Gara-Gara Pakaikan Tali Harness Pada Anak, Ibu Ini Digelak & Diejek

Ibu mana yang tak risau dengan keselamatan anaknya? Tapi ibu ini digelak dan diejek gara-gara menggunakan 'child harness' untuk pastikan anaknya tak hilang! Jom baca perkongsiannya.

Keselamatan anak adalah perkara utama!

Normallah, bagi mana-mana ibu bapa pun, mereka pasti akan mengutamakan yang terbaik untuk anak mereka. 

Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keselamatan anak. Terlalu banyak kejadian buruk yang terjadi sekarang hingga ramai ibu bapa menjadi paranoid dengan keselamatan anak.

Saya tak terkecuali.

Begitu juga dengan ibu ini yang telah berkongsi pengalamannya digelak dan diejek hanya semata-mata kerana beliau ingin menjaga keselamatan anaknya.

Beliau menggunakan ‘child harness‘ untuk memastikan anaknya tidak hilang. Namun, penerimaan orang sekeliling amat mengecewakan.

cara jaga keselamatan anak

Masyarakat memandang hina langkah keselamatan dengan ‘child harness’

Menurut status yang dimuat naik ibu ini, beliau bukan saja sekadar digelakkan

Malah, ada yang mengejeknya mengatakan dia memperlakukan anaknya seperti binatang

MasyaAllah, masyarakat Malaysia ini…

Sudahlah digelakkan, diejek dengan bahasa kurang enak pula!

Ikuti luahan ibu tersebut seperti di bawah:

Namun tindakan ibu tersebut yang tak mengendahkan kata-kata orang keliling, wajar dicontohi!

Mengapa?

Apa yang lebih penting dari keselamatan anak sendiri, bukan?

Seperti yang dinyatakan oleh ibu tersebut, biarlah apa orang nak kata pun, kerana jika apa-apa terjadi pada anaknya – bukan mereka yang akan merasai kesusahan itu.

Bayangkan jika anak anda hilang di pusat membeli belah, ataupun pasar malam! Ha… siapa yang panik? Anda ke orang lain?

Bagi yang tak tahu, mari kita lihat apa itu ‘child harness’ yang dipandang lekeh ini:

Terdapat pelbagai jenis ‘child harness’ yang boleh didapati di pasaran.

Ada yang dipasang pada tangan anak dan tangan ibu bapa, ada juga yang dipakaikan seperti bag galas, atau yang dipakaikan seperti bengkung.

cara jaga keselamatan anak

Kredit gambar: Bunny Bumpkin

Walaupun berbeza rupa dan jenis, namun, tujuan utama penggunaan ‘child harness’ ialah satu: UNTUK MENJAGA KESELAMATAN anak.

Bagaimana ‘child harness’ membantu menjaga keselamatan anak anda?

Selalu kan kita lihat anak kecil ‘tertinggal‘ di tempat rawak seperti pusat beli belah, taman rekreasi?

  • Dengan menggunakan ‘child harness’ risiko terjadinya keadan seperti ini dapat dielakkan.
  • Wayar atau tali ‘child harness’ diperbuat dari bahan yang tidak boleh dipotong sewenang-wenangnya.
  • Panjang tali ‘child harness’ memastikan anak anda berada di dalam jarak yang selamat.
  • Anak anda bebas berjalan sendiri sekiranya enggan memegang tangan anda, tetapi masih ‘terikat‘ dengan anda tanpa perlu memegang tangan.

Itu adalah sebahagian kecil kebaikan ‘child harness’ untuk anda dan anak anda. 

Di zaman yang penuh dengan berita penculikan dan kekejaman terhadap kanak-kanak, tidakkah ini mengurangkan kegusaran anda?

Biar sahaja apa orang hendak kata kerana keselamatan anak kita adalah tanggungjawab kita bukan mereka.

Seperti yang dikatakan ibu ini, jika terjadi apa-apa pada anak, bukan mereka yang menanggung, tetapi kita sendiri!

Pilihan di tangan anda, sama ada memilih untuk mendengar kata orang atau memilih untuk mengutamakan keselamatan anak.

Selamat maju jaya, semua ibu bapa!

Semoga Tuhan sentiasa melindungi anak-anak anda. Amin.

Sumber rujukan: Facebook Nazza Hamat

Baca juga:

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!