X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

4 min bacaan
5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

Fikirkan saja pun sudah ngeri, apatah lagi merasainya. Jahitan bersalin terbuka antara perkara yang menjadi kerisauan buat ibu-ibu yang baru melahirkan.

Fikirkan saja pun sudah ngeri, apatah lagi merasainya. Jahitan bersalin terbuka antara perkara yang menjadi kerisauan buat ibu-ibu yang baru melahirkan.

Bagi mereka yang terbuka jahitan bersalin, jahitan yang diterima sebelum ini perlu dibuka semula dan perlu dijahit semula. Rasa ngeri kan? Tetapi itulah yang selalunya perlu dilalui oleh ibu yang jahitannya terbuka.

Jahitan bersalin terbuka adalah sesuatu yang jika boleh ibu hamil tidak mahu hadapinya langsung, tetapi jika sudah ditakdirkan untuk merasainya, terpaksalah terima kenyataan. Apa yang penting kesihatan ibu sentiasa terjaga.

Jahitan bersalin terbuka, ini simptomnya

jahitan bersalin terbuka

Menurut perkongsian seorang pakar sakit puan yang dipetik majalahpama, doktor Dr Yulianty Arifuddin, selepas proses kelahiran memang ada risiko jahitan bersalin terbuka tidak kira sama ada perineal atau episiotomy atau c-section.

Walaupun ia agak jarang berlaku, tetapi ia bukanlah mustahil untuk terjadi. Walaupun risiko dan kekerapannya adalah rendah, bagaimanapun ia boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi jika tidak dirawat awal.

Sebab jahitan terbuka

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan jahitan terbuka ia termasuklah:

#1. Bukaan dan koyakan yang terlalu panjang

jahitan bersalin terbuka

Bukaan dan koyakan yang terlalu panjang atau sukar ketika proses kelahiran boleh menyebabkan jahitan terbuka. Jadi sila alert ya ibu jika doktor maklumkan jahitan anda panjang atau tisu anda terlalu lembut kerana ada kemungkinan anda bakal hadapi jahitan bersalin terbuka,

Berdasarkan pengalaman ibu bersalin, orang yang mempunyai tisu dalaman lembut juga akan mengambil masa yang lama untuk sembuh jahitan bersalinnya. Jadi jika doktor ada maklumkan anda bahawa tisu dalaman anda lembut, sentiasalah berhati-hati ketika menjaga luka bersalin.

#2. Penjagaan luka ketika pantang tidak bersih

Penjagaan luka amat perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihannya. Ia bagi memastikan tiada kuman atau jangkitan pada luka dan jahitan bersalin anda.

Jika ada jangkitan kuman ada kemungkinan jahitan bersalin anda akan mudah terbuka dan akhirnya menyebabkan sama ada ia perlu dicuci dan seterusnya mungkin perlu dijahit semula.

Ada banyak kemungkinan boleh berlakunya jangkitan salah satunya termasuklah penjagaan luka tidak bersih.

Pastikan kawasan luka anda sentiasa kering dan jangan biarkan ia lembap yang menyebabkan lebih mudah risiko jangkitan berlaku.

#3. Masalah sembelit ketika berpantang

jahitan bersalin terbuka

Masalah sembelit ketika berpantang juga boleh menyumbang kepada berlakunya jahitan luka terbuka terutama bagi ibu yang terlibat episiotomi. Jadi pastikan anda mengambil serat yang secukupnya bagi mengelakkan sembelit.

Elakkan meneran terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan luka anda terbuka. Elakkan juga makan makanan yang boleh menyebabkan sembelit.

Pastikan anda minum air yang secukupnya kerana air sangat penting untuk sisterm perkumuhan anda. Jangan takut untuk minum air dan makan buah yang menjadi sumber serat anda dan seterusnya mengelakkan berlakunya sembelit.

#4. Ibu mempunyai BMI tinggi atau GDM

Ibu yang mempunyai BMI tinggi atau GDM mempunyai risiko kelewatan atau penyembuhan luka yang kurang baik terutamanya ketika gagal mengawal gula dalam darah dengan baik.

Jadi pastikan anda pantau kandungan gula dalam darah anda dengan baik untuk memastikan penyembuhan luka anda dapat berlaku dengan baik dan tiada kelewatan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

5 simptom jahitan bersalin terbuka

Anda boleh merasakan sendiri jika jahitan bersalin terbuka jadi setiapa perubahan yang berlaku pada diri anda harus peka bagi memastikan ia tidak terus melarat.

#1. Kesakitan yang teruk pada bahagian perineal selama dua hari atau lebih

Jika anda mengalami kesakitan di bahagian ini dan anda ada menerima jahitan episiotomi segeralah minta suami tenggokkan keadaan luka anda.

Lebih baik teruslah berjumpa doktor untuk pastikan sama ada luka anda dalam keadaan baik atau sebaliknya. Memang ada yang takut untuk berjumpa doktor, tetapi lagi lambat anda mendapatkan rawatan risiko lain pula bakal timbul.

#2. Terasa faraj mengeluarkan bau tidak menyenangkan

Jika berlaku ini, segeralah buat pemeriksaan dikhuatiri ada jangkitan yang menyebabkan nanah.

#3. Berlaku pendarahan segar atau titikan darah pelik

Jika berlaku luka bersalin terbuka, anda munculnya darah segar.

#4. Demam atau rasa tidak sihat

Kadangkala kesakitan dan jangkitan akan membuat ibu demam atau rasa tidak sihat, jadi segeralah berjumpa doktor

#5. Bengkak, bernanah

Jika anda rasa berlaku bengkak atau bernanah, segeralah buat pemeriksaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: majalahpama

Baca juga:

https://my.theasianparent.comluka-bersalin-czer

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham