Seusai saja habis proses bersalin, ibu pasti akan bertanya jururawat yang bertugas “Nurse, berapa banyak jahitan luka bersalin saya?“. Alamak, jururawat boleh terkedu sebab soalan anda itu!
Hal ini kerana, jahitan luka bersalin normal tak sama seperti jahitan akibat kemalangan atau kecederaan. Malah, setiap ibu akan menerima jahitan luka bersalin yang berbeza-beza mengikut peringkat.
Tapi, ada juga yang tak menerima sebarang jahitan, bertuah sungguh! Untuk menambah pengetahuan anda, berikut merupakan 5 peringkat jahitan luka bersalin yang anda patut tahu.
5 peringkat jahitan luka bersalin normal
Kredit: Healthjade.net
- 1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.
- 2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.
- 3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.
- 4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
- Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.
Sekiranya pesakit hanya mengalami luka di bahagian 1st degree, 2nd degree dan episiotomi saja, jururawat yang akan melakukan jahitan itu.
Tapi jika alami koyakan lebih daripada itu, doktor pakar yang akan menjahit. Malah benang yang digunakan juga benang serap sendiri. Ini bermaksud tanpa perlu ke klinik untuk membuka jahitan.
Dua jenis benang untuk jahitan luka bersalin
Luka bersalin turut dijahit menggunakan benang. Tetapi ada benang khas digunakan untuk menjahit jahitan episiotomi. Terdapat dua jenis benang yang digunakan untuk menjahit luka bersalin. Dua benang berkenaan adalah:
- 2/0 (ecosorb) panjang benang 90 cm, jarum VH 35mm
- 2. 3/0 (ecosorb) panjang benang 75 cm, jarum RH 26mm (pendek serta halus sedikit berbanding dengan 2/0, biasanya digunakan untuk kulit perineal atau luka yang sangat sedikit
Apa itu luka episiotomi?
Kredit: Freepik
Episiotomi adalah teknik membuka laluan pada bahagian yang dipanggil perineum. Ia terletak di antara faraj dan lubang dubur. Kalau dulu, pihak perubatan akan melakukannya secara rutin.
Namun kini di beberapa negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain, ia tidak dilakukan secara rutin tetapi jika ada kes tertentu baru mereka akan jadikan sebagai pilihan terakhir.
Bahkan doktor di sesetengah tempat akan mengelak dari melakukan episiotomi kerana ia lambat sembuh, sukar untuk membuang air besar dan kecil serta luka ini menyakitkan.
Namun, ia merupakan jalan terakhir jika bayi bersaiz besar dan perlu membuat laluan yang lebih lebar bagi memudahkan bayi untuk keluar.
Mengapa perlunya episiotomi?
Pasti ada yang mempersoalkan mengapa perlunya episiotomi? Ia seolah-olah seperti sengaja melukakan ibu dengan menggunting bahagian perineumnya.
Episiotomi1 ialah potongan (hirisan) melalui kawasan antara pembukaan faraj dan dubur anda. Kawasan ini dipanggil perineum. Prosedur ini dilakukan untuk menjadikan lubang faraj2 anda lebih besar untuk bersalin.
Biasanya, sebaik sahaja kepala bayi dilihat, doktor anda akan memudahkan kepala dan dagu bayi anda keluar dari faraj anda. Sebaik sahaja kepala bayi keluar, bahu dan seluruh badan mengikuti.
Kadang-kadang lubang faraj tidak cukup meregang untuk kepala bayi keluar. Dalam kes ini, episiotomi membantu memberi laluan untuk bayi keluar.
Adalah penting untuk membuat hirisan episiotomi daripada membiarkan tisu terkoyak. Doktor anda biasanya akan melakukan episiotomi apabila kepala bayi telah meregangkan lubang faraj anda hingga beberapa sentimeter.
Sebaik uri keluar, doktor anda akan menjahit luka. Jika anda tidak mempunyai epidural, mereka akan menyuntik ubat kebas ke dalam perineum. Ini akan menyebabkan kebas sebelum memperbaiki episiotomi.
Bagaimanapun, tidak semua wanita memerlukan episiotomi. Meregangkan tisu secara semula jadi boleh membantu mengurangkan keperluan anda untuk itu.
Tanpa episiotomi, tisu perineum anda mungkin koyak. Ini boleh menjadi lebih sukar untuk dibaiki. Doktor mungkin menasihati episiotomi dalam situasi ini:
- Bayi tidak mempunyai oksigen yang mencukupi (fetal distress)
- Kelahiran yang rumit, seperti apabila bayi songsang iaitu bahagian kaki keluar terlebih dulu atau apabila bahu bayi terperangkap (distosia bahu)
- Meneran terlalu lama
- Forceps atau vakum
- Bayi besar
- Bayi pramatang
- Sebab-sebab lain yang dirasakan perlu atas pertimbangan doktor
Langkah mempercepatkan jahitan luka bersalin episiotomi sembuh

- Letak pek ais di tempat kawasan jahitan. Ais akan membuatkan kawasan luka ‘rasa kebas’ lalu kurangkan rasa sakit.
- Rendam punggung dalam bekas air suam. Kemudian campurkan larutan antiseptik bagi membasuh kotoran di sekitar luka.
- Jika bersendirian dalam bilik, dedahkan luka supaya cepat kering. Kemudian buka kipas supaya pengudaraan lebih baik.
- Jangan terlalu lama berdiri dan duduk. Hal ini kerana luka yang ingin sembuh akan membengkak apabila tidak cukup rehat dan berbaring saja adalah tak bagus. Jadi berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah supaya luka cepat sembuh
- Jika luka berair. Masukkan kain kasa ke tempat jahitan. Namun jika keluar darah, nanah atau berlendir, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Jika rasa sakit atau demam ringan, anda boleh makan paracetemol 500mg setiap 6 jam tapi bila sudah sembuh elakkan makan ubat terutama ibu yang menyusukan bayi
- Luka ini akan sembuh dalam tempoh dua minggu hingga enam bulan. Benang jahitan juga akan tanggal dengan sndiri tanpa perlu berjumpa doktor. Kebanyakan benang yang digunakan hospital kini juga akan larut sendiri dalam kulit, jadi tidak perlu ke hospital semula untuk mencabut benang.
Apa boleh dijangka selepas bersalin?
Selepas bersalin lebih-lebih lagi apabila anda bersalin dengan luka episiotomi, ada beberapa perkara perlu anda bersedia fizikal dan mental.
Selepas episiotomi, anda mungkin mengalami sakit di bahagian yang potong. Pek ais boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan. Mandi cetek suam atau sejuk (mandi duduk) boleh meredakan kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan. Krim ubat atau semburan kebas juga boleh membantu.
Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti yang disyorkan oleh doktor anda. Pastikan anda hanya mengambil ubat yang disyorkan.
Pastikan kawasan luka bersih dan kering menggunakan kaedah yang disyorkan oleh pembekal penjagaan kesihatan anda. Ini penting selepas buang air kecil dan buang air besar. Jika pergerakan usus menyakitkan, pelembut najis yang disyorkan oleh pembekal penjagaan kesihatan anda mungkin membantu.
Jangan douche, gunakan tampon, atau lakukan hubungan seks sehingga penyelia penjagaan kesihatan anda mengatakan ia boleh. Anda juga mungkin mempunyai had lain pada aktiviti anda, termasuk tiada aktiviti berat atau mengangkat berat.
Anda akan merasa perkara berikut selepas episiotomi:
- Bahagian perineum anda akan rasa tegang dan perit dalam kira-kira masa dua minggu kerana jahitan yang dibuat untuk mencantumkan semula kulit yang sudah luka ketika bersalin.
- Secara umumnya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu. Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh,
- Biasanya episiotomi akan dijalankan kepada wanita yang bersalin anak pertama kerana masih tidak mempunyai laluan lahir bayi. Biasanya untuk kelahiran kedua dan seterusnya si ibu sudah mempunyai laluan kelahiran jadi jahitan episiotomi tidak lagi diperlukan.
Bila perlu berjumpa doktor?
Anda perlu berjumpa doktor segera sekiranya anda alami beberapa perkara berikut:
- Pendarahan di bahagian luka episiotomi
- Saluran faraj yang berbau busuk (bau hanyir atau meloyakan)
- Keluar nanah pada bahagian luka atau sekitarnya
- Demam atau menggigil
- Kesakitan perineum yang teruk, rasa terlalu perit di bahagian perineum
- Langsung tidak boleh berjalan dan rasa terlalu sakit di bahagian perineum
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah artikel ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Luka Bersalin Czer Ibu Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ! Anda Tahu Tanda Jangkitan Bagaimana?
Baca juga: Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini
Baca juga: Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!