4 Perkara Yang Allah Janjikan Bila Kehilangan @ Keguguran Anak, Usahlah Berterusan Bersedih

undefined

Tak perlu terlalu bersedih di atas kematian atau keguguran kandungan, ini kata seorang ustaz.

Menjadi lumrah sebagai manusia kita akan bersedih dan berduka apabila kehilangan seseorang yang kita sayangi terutama bila ia membabitkan nyawa anak. Namun, Ustaz Sharhan Shafie menasihatkan agar ibu bapa jangan bersedih Allah bersama kita apabila mengalami situasi sedemikian.

Ajal maut, jodoh dan pertemuan juga bukanlah ditangan manusia tapi ditangan Allah Yang Maha Esa kerana Dialah sebaik-baik pemberi rahmat dan kekuasaan seluruh semesta.

Malah bukan kuasa kita, jika Allah mengatakan kita akan ditakdirkan untuk kehilangan bayi yang dikandungkan sebelum si kecil itu melihat dunia malah tidak sempat untuk diberi sepenuh kasih dan sayang.

Namun, jangan bersedih Allah bersama kita dan disebalik kejadian itu pasti ada hikmat yang mampu membuatkan kita kembali tersenyum dan meredhai apa yang telah berlaku.

Berikut ini antara hikmah jika kita kehilangan anak.

Jangan bersedih Allah bersama kita bila kehilangan anak , ini 4 hikmah di sebaliknya

#1. Anak masuk syurga tanpa dihisab

Jangan bersedih Allah bersama kita

– Apabila kehilangan anak tercinta sama ada disebabkan keguguran atau kematian anak, iaitu di dalam Islam telah diterangkan bahawa anak tersebut akan terus masuk ke syurga tanpa perlu dihisab terlebih dahulu.

– Apabila anak tidak perlu dihisab tentunya hati ibu ayah akan rasa lebih tenteram dan mendamaikan. Ini kerana, mereka akan rasa bahagia bila anak yang dikandungkan itu terus menuju ke syurga yang abadi.

– Namun tidak dinafikan kejadian itu tentunya membuatkan hati ibu bapa berkecai dan kecewa kerana ia berlaku tanpa kita sangka. Walaubagaimanapun , jangan bersedih kerana anda boleh bertemu mereka di akhirat kelak. Insyaallah.

– Hr Musim dan Bukhari ” Tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

#2. Anak membawa orang tua masuk syurga

Jangan bersedih Allah bersama kita

– Bagi anak yang meninggal sama ada sebelum dilahirkan atau baligh, mereka dapat menghantar orang tuanya ke dalam syurga. Hal ini tentunya menjadi penyejuk buat ibu bapa yang kehilangan anak mereka.

– Ini kerana mereka masih boleh berjumpa di dalam syurga nanti dan bersama-sama dengan buah hatinya.

– Allah SWT berfirman kepada anak-anak semasa hari kiamat “Masuklah kalian ke dalam syurga. Anak-anak itu lalu berkata “Ya Rabbi, kami menunggu hingga ayah ibu kami masuk: Kemudian mereka mendekati pintu syurga tanpa masuk ke dalamnya.

Lalu Allah berfirman lagi “Mengapa Aku lihat mereka enggan masuk, Masuklah kalian ke dalam syurga! mereka menjawab tetapi bagaimana dengan orang tua kami.

Allah berfirman “masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian – Hadith Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah. Sumber daripada sahabat Nabi SAW.

#3. Allah SWT tidak membebani sesuatu diluar kemampuan Hambanya

jangan bersedih

– Antara hikmah lain di sebalik kehilangan buah hati ini adalah Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya.

– Walaupun Allah memberi dugaan yang berat tapi ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan sentiasa memberikan hikmah dan sesuatu di sebalik kejadian yang terjadi.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya. dan ia mendapat sisa dari kejahatan yang dikerjakannya.

Ya Tuhan kami, jangan Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.

#4. Allah gantikan yang lebih baik

Ingatlah apa saja dugaan, cabaran ataupun masalah yang melanda atas kehilangan si jantung hati, ternyata Allah akan memberi ganti yang lebih baik di kemudian hari kelak.

Namun, sebagai hambaNYa kita mestilah berlapang dada dan memperbanyakkan bersabar di atas ujian tersebut agar setiap apa yang kita hajati dikabulkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Bahkan, Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. 

Di harap perkongsian ini sedikit sebanyak membangkitkan semula semangat ibu ayah yang hilang itu setelah kehilangan anak tercinta. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber : Ustaz Sharhan Shafie 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-syurga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!