Jangan Biar Anak Bermain Aplikasi Roblox untuk Ipad

'Anda kelihatan comel.... Anda kelihatan seksi'

Iain Morrison, seorang ayah di London terkejut apabila membaca mesej seksual di ruang chat dalam aplikasi permainan Roblox yang dimain anaknya yang berusia lapan tahun.

Roblox mempelawa pemain mereka ke dalam dunia maya untuk bermain, main peranan dan belajar dengan rakan-rakan mereka. Dengan adanya fungsi ruang chat, aplikasi permainan ini membolehkan orang yang tidak dikenali untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anak-anak muda. Roblox yang digelar “the new Minecraft” mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan – kebanyakkannya kanak-kanak dan remaja.

dari laman Facebook Iain Lee Morrison

‘Anda kelihatan comel. Anda kelihatan seksi’

Apabila mendapati anak-anaknya bermain Roblox dan membaca berita yang kurang positif mengenainya, Morrison telah memutus untuk mencuba aplikasi permainan itu.

Menurut Morrison, dari luar permainan tersebut nampak biasa sahaja. Ia mempunyai siri bilik dan scenario maya yang berbeza-beza di mana anda boleh bermain denganberbagai jenis peranan. Tak sampai 15 minit bermain, bapa berusia 33 tahun itu telah “dipelawa” oleh seorang yang tidak dikenali.

“Mereka berkata ‘hi’ jadi saya berkata ‘hi’ dan mereka bertanya sama ada saya adalah seorang lelaki atau perempuan dan umur saya. Saya memberitahu mereka saya adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun.”

“Saya dipelawa untuk mengikut masuk ke rumah mereka dan diajak ke dalam bilik tidur. Mereka meminta saya baring atas mereka dan ini diikuti oleh perilaku seksual.

“Mereka berkata, ‘anda kelihatan comel’ dan ‘anda kelihatan seksi’.”

kredit : Pinterest

Morrison berkata dia berasa sungguh menjijikkan membaca semua komen yang muncul di ruang chat tersebut. Anak-anak dia benar-benar tidak faham atau sedar apa yang sedang berlaku.

“Sexual Grooming” dan Undang-Undang

‘Sexual grooming’ merujuk kepada proses mendapatkan kepercayaan kanak-kanak untuk eksploitasi seks dan Malaysia belum lagi mempunyai undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada proses ini. Pemangsa seks biasanya akan mengambil masa yang lama untuk ‘menawan’ dan mendapatkan kepercayaan kanak-kanak itu sebelum memperkenalkan seks ke dalam perbualan mereka secara perlahan-lahan .

Berdasarkan statistik Bukit Aman, aplikasi chat seperti WeChat dan BeeTalk adalah alat utama pemangsa seks di Malaysia.

Nampaknya zaman sekarang, ruang chat dalam aplikasi permainan juga boleh menjadi tempat pertemuan bagi pemangsa seks untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anak-anak muda.

kredit : Onya

Awasi Aplikasi Permainan yang dimuat turun

Aplikasi Permainan Roblox telah dipadam oleh Morrison dan dia mengharam anak-anaknya daripada bermain aplikasi itu lagi. Tidak ada orang yang menjaga apa yang berlaku di dalam ruang chat.

Morrison berkata “Tidak ada apa yang dapat mengelak orang dewasa dari berpura-pura mereka kanak-kanak. Kalau anak-anak saya telah muat turun aplikasi ini dengan mudah, saya tertanya-tanya berapa banyak lagi kanak-kanak yang sedang bermain aplikasi ini tanpa kesedaran ibubapa mereka.”

Jadi awasi jenis aplikasi permainan yang dimuat turun oleh anak anda. Aplikasi permainan ini mungkin kelihatan tidak berbahaya dari luar tetapi anda tidak tahu perkara-perkara buruk yang tersembunyi sebaliknya.

 

Kredit : TheSun, SinarHarian