Jangan cium mulut anak jika ibu bapa tidak mahu bayi mengalami masalah gigi

Biarpun menunjukkan kasih sayang kepada si manja, jangan cium mulut bayi anda!

Ramai ibu bapa suka mendakap dan cium mulut bayi ketika bermain atau melakukan masa bonding. Inilah cara ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada si manja mereka.

Tetapi kini pakar berpendapat ibu bapa tidak harus cium mulut bayi mereka kerana sebab-sebab yang boleh memudaratkan.

Bakteria boleh merebak apabila kita cium mulut bayi

Murut kajian yang dilakukan oleh Pusat Kesihatan Gigi BioMed, seorang ibu boleh memindahkan bakteria apabila mereka cium mulut bayi mereka. Bakteria ini boleh berpindah dari mulut ibu ke bibir anak mereka.

Akibatnya, bayi mereka berisiko dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan kaviti serta pelbagai masalah gigi yang lain. 

Tapi kuman tidak hanya berpindah begitu sahaja. Sebelum ini, kami pernah berkongsi mengapa ibu bapa tidak patut meniup makan bayi mereka yang masih panas. Kesannya sama. Malah berkongsi sudu semasa makan juga boleh memberi kesan yang sama. 
 
cium mulut bayi, bolehkah cium mulut bayi, jangan cium mulut bayi, kesan cium bayi, kesan cium mulut bayi, gigi kanak-kanak, gigi bayi, memberus gigi anak, memberus gigi bayi, kesihatan gigi kanak-kanak

Jangan cium mulut bayi anda! Malah berkongsi sudu juga boleh memindahkan bakteria dari mulut ibu!

Masalah gigi dan kaviti akibat cium mulut bayi

Apabila doktor memberi diagnosis anaknya yang baru 2 tahun mempunyai kaviti, Rachel sangat terkejut. Menurut doktor gigi, kaviti anaknya mungkin disebabkan si ibu selalu cium mulut bayi. 

“Doktor gigi telah memberi saya sekeping kertas dengan maklumat mengenai pemindahan air liur,” kata ibu itu memberitahu NBC News

“Panduan tersebut tidak menggalakkan ibu bapa berkongsi cawan, sudu garpu, makanan dan mencium mulut bayi. Saya tidak tahu sebelum ini. Setiap kali saya makan, saya pasti akan kongsi dengan anak saya! Menurut doktor gigi, ini  penemuan terbaru.” 

Kerosakkan gigi adalah sejenis jangkitan bakteria yang boleh merebak apabila gigi anak masih senang diserang.

“Ianya sama seperti cium mulut bayi apabila ibu bapa sakit selesema. Si manja akan terjangkit virus yang sama,” kata Dr. Soxman. 

Bagaimana untuk mengelak kerosakan gigi pada masa depan?

cium mulut bayi, bolehkah cium mulut bayi, jangan cium mulut bayi, kesan cium bayi, kesan cium mulut bayi, gigi kanak-kanak, gigi bayi, memberus gigi anak, memberus gigi bayi, kesihatan gigi kanak-kanak

Ibu bapa tidak terlambat! Jagalah kebersihan gigi anak dan jangan cium mulut bayi anda!

 
Di sini kami sertakan panduan dan petua dari Pusat Pergigian Pediatrik untuk membasmi kuman yang boleh menyebabkan kerosakan gigi:
  • Jaga kebersihan mulut dan gigi sendiri. Ibu and mereka yang bakal menjadi ibu perlu jumpa doktor gigi, berus dengan ubat gigi berfluorida dan guna flos dengan kerap.
  • Semasa hamil, jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan bersama doktor gigi. 
  • Elakkan pemindahan air liur dengan TIDAK bercium pada mulut atau berkongsi sudu garpu semasa makan. 
  • Jika puting kosong si manja terjatuh, pastikan ibu bapa cuci sebelum memulangkannya.
  • Berus dan flosskan gigi si manja mengikut saranan doktor gigi.
  • Kurangkan minuman manis.
  • Biarpun anak belum tumbuh gigi lagi, ibu bapa masih perlu menjaga kebersihan gigi dan mulut anak. Guna kain basah yang bersih untuk mencuci gusi bayi 0-12 bulan. Selepas itu ibu bapa perlu memberus gigi anak dengan ubat gigi yang selamat 2 kali sehari.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan gigi si manja, rujuklah kepada doktor pakar anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: NBC News, BMC Oral Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Gel tumbuh gigi untuk bayi anda: adakah ia selamat atau tidak?