Parent jangan didik anak dengan menakut-nakutkan mereka, ini kesan buruknya

lead image

Kita biasa dididik dengan cara ditakutkan hingga terbawa-bawa pada anak. Cara begini boleh beri masalah pada psikologi anak. Jadi, jangan takutkan anak.

Ramai ibu bapa terutamanya di negara Asia, mendidik anak dengan cara menakut-nakutkan anak. Tahukah anda, jika anda sering takutkan anak, ia boleh memberi kesan jangka panjang pada diri mereka? Jadi, jangan takutkan anak anda!

Jangan takutkan anak, ia beri kesan buruk berpanjangan!

Seorang rakan saya bercerita, dia sering dimomokkan dengan “orang jahat” oleh ibu bapanya.

Oleh sebab dia sering ditakutkan dengan kehadiran “orang jahat”, dia tak mampu untuk berdikari dan tidak boleh jalan seorang diri kerana takut ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pernah satu malam, kami pulang dari unversiti dan ketika sampai di rumah, dia ingin menelefon abangnya untuk buka gate rumahnya kerana dia takut untuk keluar.

Risau jika ada peragut yang akan meragutnya semasa dia membuka gate!

jangan takutkan anak, takutkan anak, anak penakut, anak takut, anak menangis, anak ketakutan

Ini adalah contoh, kesan dari menakutkan anak dari amalan ibu bapa sendiri. Antara sebab ibu bapa memilih untuk metakutkan anak adalah kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk anak dengar cakap.

Jangan takutkan anak: Itu cara orang lama mendidik

Ramai antara ibu bapa yang memang dididik dengan cara ditakut-takutkan. Seperti orang dahulu yang takutkan anak mereka dengan pelbagai cara.

Tak dinafikan, orang dahulu takutkan anak mereka kerana mereka mempunyai alasan yang baik di sebaliknya. Tapi, adakah ia masih relevan kini?

Di bawah adalah beberapa contoh perkara yang sering ibu bapa guna untuk takutkan anak-anak:

1. Jangan balik rumah waktu maghrib nanti disorok hantu t***k

2. Jangan nyanyi semasa di dapur nanti kahwin dengan orang tua

3. Jangan makan bersepah. Satu nasi jatuh sama dengan satu anak tiri

4. Jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul

5. Anak dara tak boleh duduk di tangga nanti tak ada orang masuk meminang

jangan takutkan anak, takutkan anak, anak penakut, anak takut, anak menangis, anak ketakutan

Orang tua menggunakan cara ini kerana malas untuk menerangkan dengan panjang-lebar kenapa anak mereka tidak boleh melakukan sesuatu.

Cara ini juga mungkin berkesan kerana orang dahulu mengamalkan “jangan banyak tanya, ikut je cakap orang tua”. 

Kerana ini, mereka hanya hidup dengan tanggapan perkara ini akan berlaku dan takut untuk melakukan perkara-perkara sebegini kerana risau akan kesan yang akan dihadapi.

Jangan takutkan anak: Ia boleh menyebabkan masalah psikologi pada anak

Namun sebenarnya, menakut-nakutkan anak boleh menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi akibat ketakutan yang berlebihan kepada sesuatu.

Ia dapat dilihat seperti contoh rakan saya di atas, walaupun dia sudah dewasa, tapi dia tak boleh berdikari kerana masih rasa tidak selamat tidak kira di mana dia berada.

Tentu anda juga ramai kenal dengan kawan-kawan yang terlalu takutkan hantu sehingga tidak boleh rumah terlalu gelap atau pergi ke tandas tanpa berteman.

Mereka sebenarnya takutkan imaginasi mereka sendiri.

jangan takutkan anak, takutkan anak, anak penakut, anak takut, anak menangis, anak ketakutan

Jadi, para ibu bapa di luar sana jangan takutkan anak. Berhenti takutkan anak kerana anak-anak kita sangat curious, mereka mahukan jawapan pada setiap persoalan mereka.

Mereka belum mampu berfikir secara logik, jadi mereka akan menyerap dan ingat segala jawapan anda pada persoalan mereka.

Terangkan pada anak anda dengan cara yang betul dan alasan yang masuk akal kerana pembentukan otak anak juga akan membentuk mental dan peribadi anak pada masa hadapan.

Kita perlu sabar dalam mendidik anak dan beri jawapan yang sebaik mungkin pada setiap persoalan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya