Jangan Tinggalkan Anak Berseorangan Apabila ke Tandas Awam

Seorang penjaga warga asing telah menyambar tangan anak bongsunya dengan tiba-tiba dan telah cuba untuk melarikan kanak-kanak itu.

Seorang ibu telah berkongsi di Facebook tentang kejadian di tandas awam sebuah pusat membeli-belah terkenal, di mana anaknya hampir menjadi mangsa culik.

Kedua-dua anak lelaki ibu ini telah pergi ke pusat membeli-belah dengan seorang rakan karib keluarga. Apabila dia terpaksa ke bilik air, dia telah meminta kedua-dua kanak-kanak (12 dan 8 tahun) itu, untuk tunggu di luar bilik air.

Tidak seorang pun yang mempedulikannya

sumber: Daily Express

Seorang penjaga warga asing telah menyambar tangan anak bongsunya dengan tiba-tiba dan telah cuba untuk melarikan kanak-kanak itu.

Anaknya telah melawan balik dan meminta penjaga itu untuk melepaskannya tetapi tidak seorang pun yang mempedulikannya.

Abang kanak-kanak itu telah memukul penjaga itu sehingga dia melepaskan tangan adiknya. Apabila sedar dia sudah gagal, penjaga itu cepat meninggalkan tempat itu.

Anggota keselamatan pusat membeli-belah itu berjaya untuk mencari lelaki yang berkenaan. Rupa-rupanya penjaga warga asing itu pekerja di pusat membeli-belah bersebelahan. Penjaga itu mendakwa dia nampak kanak-kanak itu bermain-main dan dia cuma bergurau.

Cadangan ciri – ciri keselamatan baru

Ibu itu telah membuat laporan polis tentang kejadian tersebut dan pihak pengurusan pusat membeli belah telah memberi jaminan bahawa mereka akan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Menyediakan garis panduan dan tatatertib interaksi antara pekerja, pelanggan dan kanak-kanak.
  2. Memasang butang keselamatan dan kamera di luar pintu tandas awam dengan kamera.
  3. Cadangan untuk menempatkan kakitangan di luar pintu tandas kerana ramai kanak-kanak selalu menunggu ibu bapa mereka.
  4. Menjemput cadangan dan langkah-langkah keselamatan yang lain untuk dipertimbangkan.

 Jangan biarkan mereka berseorangan di tandas awam

sumber: Daily Express

Kanak-kanak yang dibiarkan menunggu di luar bilik air untuk ibu bapa mereka, adalah sasaran mudah. Saya selalu membawa mereka masuk tandas wanita dan suruh mereka tunggu berhampiran dengan singki. Dengan sekelip mata sahaja, perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

1 dalam 6 kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak lelaki di bawah umur 6 tahun atau kanak-kanak yang bersaiz kecil akan di lapor hilang. Kejadian-kejadian ini jarang diumumkan untuk mengelak orang ramai dari hidup ketakutan dan panik.

Post ini bukan untuk menanam rasa takut dalam ibu bapa tetapi sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga apabila membawa anak ke pusat membeli-belah. Pastikan anak-anak setiasa berada berdekatan dengan anda.

Sumber: Sharlini Palar