Jika Tak Mahu Dijangkiti Herpes, JANGAN SESEKALI Cuba Sampel Lipstik Di Kedai!

lead image

Kalau anda tak sanggup berkongsi berus gigi dengan orang lain, kenapa berani cuba sampel lipstik di mall? Herpes mungkin boleh merebak dari sampel lipstik itu!

Anda boleh dapat jangkitan herpes dari lipstik?

Saat masuk ke kedai mekap di mana-mana shopping mall, anda pasti tergoda untuk mencuba sampel lipstik yang ditawarkan. Betul tak?

Lagipun, dalam cara apa lagi kita boleh uji warna yang kita nak itu, melainkan dengan memakainya? 

Ha… lain kali, mungkin ada perlu fikir dulu sebelum menerima godaan tersebut.

Menurut pakar, ya – anda boleh dijangkiti virus herpes dari sampel lipstik.

herpes dari lipstik

Dr. Amreen Bashir, seorang mikrobiologi di Aston University, Birmingham menjelaskan –

“Ramai wanita tidak sanggup nak berkongsi berus gigi dengan orang lain. Tapi mereka sanggup berkongsi makeup tester.”

Risiko terkena jangkitan bakteria dan virus herpes dari makeup tester amat besar. Apatah lagi kerana setiap individu mempunyai organisme hidup yang berbeza.

Satu makeup tester boleh digunakan oleh hampir 30-40 orang yang terbuka untuk menyebarkan sebarang jangkitan!

Jangkitan herpes itu apa?

Herpes adalah sejenis jangkitan virus yang boleh menghasilkan nanah pada kulit.

Jangkitan ini disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit, bercium atau melakukan hubungan seks.

Individu yang menghidap jangkitan herpes boleh menyebarkan virus ini melalui tuala, cawan, pemotong dan juga lipstik. 

Herpes menyebabkan nanah di sekeliling bibir atau mulut dan ia mungkin bertahan sehingga 10 hari. 

Jadi menurut Dr. Hunter Handsfield, Professor of Medicine di University of Washington Center for AIDS and STD, jika individu yang dijangkiti herpes menyentuh/memakai sesuatu (contohnya lipstik), maka individu kedua yang mencuba dan menyentuh objek tersebut boleh terkena jangkitan juga.

Kes terkena herpes dari lipstik

Sebenarnya, kes jangkitan herpes dari sampel lipstik hangat diperkatakan oleh wanita apabila ada kes jangkitan di California.

Pada Oktober lalu, seorang wanita bernama Elena Davoyan telah menyaman Sephora kerana dia dikatakan terkena herpes selepas mencuba lipstik di sana.

Elena mengaku dia tidak pernah mengalami herpes sebelum ini. Namun, selepas mencuba satu sampel lipstik di Sephora Los Angeles, dia terus didiagnosis dengan herpes.

Oleh sebab kes ini, Elena ingin memberi amaran kepada semua wanita tentang bahaya mencuba sampel make up di mana-mana kedai kosmetik.

herpes menular lewat lipstik

Elena juga menuduh pihak Sephora tidak melakukan sebarang usaha untuk mencegah jangkitan herpes di kedai mereka.

Contohnya, Sephora patut menyediakan cotton bud atau tisu untuk mengelap sampel lipstik sebelum dicuba.

Menurut The Conversation, hampir semua kosmetik memiliki pengawet yang mampu mencegah pertumbuhan mikrob.

Tapi, kosmetik itu masih terbuka untuk dijangkiti virus jika ada individu yang menggunakan ia dengan jari yang kotor. 

Bahkan, kosmetik juga mudah terdedah pada virus jika ia tidak disimpan dengan baik.

Walaupun kes jangkitan herpes dari lipstik jarang berlaku, namun virus ini tetap aktif terutamanya pada kawasan yang lembap.

Dr. Eileen Tan, ahli dermatologi di Hospital Mount Elizabeth Novena berkata, virus yang tertinggal dalam sampel make up boleh tertular pada individu yang lemah.

“Selain jangkitan herpes simplex, bakteria lain seperti Salmonella dan E.Coli juga boleh tersebar melalui lipstik,” ujar Dr. Tan lagi.

Cara mencegah jangkitan herpes dari lipstik atau kosmetik

Untuk mencegah jangkitan ini, Dr. Tan menyarankan semua wanita untuk mengikut 5 langkah berikut:

  1. Jangan cuba test mana-mana sampel make up di tubuh badan terus. Anda boleh mencubanya di atas tisu
  2. Minta sampel untuk individu, contohnya mungkin lipstik ukuran mini yang boleh dibawa balik
  3. Jika tiada sampel untuk individu, bersihkan sampel make up terbabit dengan tisu basah sebelum mencubanya
  4. Jangan terus cuba make up di kawasan yang dekat dengan mata, mulut atau hidung
  5. Jangan pakai sampel make up di kawasan kulit yang ada luka

Setelah mengetahui bagaimana herpes boleh merebak dari lipstik sekarang, anda bolehlah lebih berhati-hati ketika mencuba sampel make up di mana-mana kedai kosmetik.

Lebih senang kalau sentiasa bawa tisu basah dalam beg. Jom sebarkan ia dengan kawan-kawan anda!

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia, Channel News Asia, The Conversation, The Independent

Kredit gambar: Yahoo News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Berhenti Pakai Produk Tati 5 Dalam 1 — Buang Ia Sekarang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Ayu Idris