Kena Jangkitan Rahim Selepas Suntikan Perancang Keluarga, Ibu Ini Beri Amaran Pada Wanita

lead image

Seorang ibu telah mendapat jangkitan rahim dan tidak datang haid selama 3 tahun, selepas mendapat suntikan perancang 3 bulan. Ibu ini berkongsi kisahnya sebagai amaran kepada ibu-ibu lain yang ingin menggunakan kaedah perancang ini.

Suntikan perancang keluarga 

Suntikan perancang keluarga adalah salah satu kaedah perancang yang digunakan untuk menjarakkan kehamilan.

Walaupun suntikan perancang keluarga secara amnya adalah kaedah perancang yang selamat, wanita haruslah sedar terdapat beberapa kesan sampingan apabila menggunakan kaedah ini.

Salah satu kesan sampingan menggunakan suntikan perancang adalah risiko jangkitan rahim

Mari kita baca tentang kisah Mey Erlyn, seorang ibu yang telah berkongsi pengalamannya di Facebook setelah mendapat jangkitan rahim akibat suntikan perancang keluarga.

KISAH NYATA (Saya sendiri yang mengalami )BAHAYA KB SUNTIK 3 BULAN TIDAK HAIDUntuk perempuan2 di luar sana yg belum…

Posted by Mey Erlyn on Thursday, 31 August 2017

Bidan mencadangkan suntikan perancang keluarga 3 bulan sekali

Mey Erlin adalah ibu kepada seorang anak yang telah dilahirkan secara pembedahan Caeser pada bulan Mei 2014.

Mey selesai rawatan selepas bersalin pada bulan Jun 2014 dan telah memilih untuk menggunakan suntikan perancang keluarga 1 kali sebulan. Pada masa itu Mey masih datang haid dengan lancar setiap bulan.

Selepas itu Mey telah memilih untuk menggunakan suntikan perancang yang lebih kuat

Kali ini bidannya telah mencadangkan suntikan 3 bulan sekali kerana ini adalah kaedah perancang yang sesuai untuk ibu menyusu. 

Tetapi yang paling mengejutkan, semasa menggunakan kaedah ini Mey tidak datang haid sehingga anaknya berusia 3 tahun

Pada awal bulan Februari 2017, Mey memutuskan untuk hamil lagi dan berhenti menggunakan perancang.

Tidak datang haid selepas suntikan perancang keluarga

Sebulan selepas berhenti menggunakan suntikan perancang, Mey masih tidak datang haid.

Mey tidak rasa bimbang pada masa itu kerana ramai yang memberitahunya bahawa selepas berhenti suntikan, wanita akan mengambil masa yang lama untuk datang haid.

Dia ingat ini cuma kesan sampingan kecil yang menyebabkan hormonnya tidak stabil.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/18740539 1324903390957677 3768734193984756424 n.jpg Kena Jangkitan Rahim Selepas Suntikan Perancang Keluarga, Ibu Ini Beri Amaran Pada Wanita

Mey, ibu yang baru tahu tentang jangkitan rahimnya ketika cuba hamil anak kedua. Sumber: Facebook Mey Erlin.

Pada akhir bulan Ogos 2017 Mey masih tidak datang haid walaupun sudah 8 bulan berhenti menggunakan perancang.

Kegelisahan Mey semakin bertambah apabila dia tiba-tiba mengalami keputihan yang sangat banyak. 

Dia tidak pernah mengalami masalah ini ketika masih menggunakan suntikan perancang. Tambahan pula, dia juga mengalami kesakitan pada bahagian bawah abdomen selama 3 hari berturut-turut.

Akhirnya, Mey pergi berjumpa pakar obstetrik pada awal September untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami. 

Hasil pemeriksaan ultrasound menunjukkan terdapat bengkak dan jangkitan pada rahim Mey akibat suntikan perancang keluarga itu.

Doktor juga memberitahu Mey perlu menjalani pembedahan D&C  untuk membersihkan rahimnya.   

Darah haid yang tidak keluar selama 3 tahun telah menyebabkan rahim menjadi bengkak. Jika dibiarkan, Mey akan menghadapi masalah untuk hamil. Apabila mendengar berita ini, Mey berasa terkejut dan sedih.    

‘Cuci’ rahim

Pada 4 September lalu, Mey menjalani proses D&C untuk membersihkan rahimnya dari darah kotor yang terkumpul di dalam sehingga menyebabkan keradangan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/21270810 1415633995217949 4558116552388022061 n.jpg Kena Jangkitan Rahim Selepas Suntikan Perancang Keluarga, Ibu Ini Beri Amaran Pada Wanita

Mey selepas melakukan pembedahan untuk membersihkan rahim yang dijangkiti.

Semoga Mey segera pulih supaya boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 

Kami juga berharap keadaan Mey boleh kembali normal dan dia akan mendapatkan bayi yang dia inginkan. 

Biar kisah ini menjadi pengajaran supaya kita tahu risiko dan kesan sampingan menggunakan suntikan perancang keluarga.

Mey juga memberi amaran kepada ibu-ibu lain untuk meneliti semua kaedah perancang yang ada serta risiko kesan sampingannya sebelum membuat pilihan.

Sumber: Laman Facebook Mey Erlyn

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)