Jangkitan yis pada kanak-kanak, ini 4 perkara yang ibu bapa selalu tak sedar

Jangkitan yis pada kanak-kanak, ini 4 perkara yang ibu bapa selalu tak sedar

Faktor-faktor lain seperti antibiotik, kerengsaan, geseran pada kulit dan juga tekanan boleh menyebabkan jangkitan yis bayi. Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jangkitan yis kanak-kanak jarang dibincangkan berbanding dengan jangkitan yis pada wanita. Tapi tahukah anda jangkitan yis kanak-kanak (malah bayi) sebenarnya perkara biasa?

Bagaimana ibu bapa boleh mengesan jika anak terkena jangkitan yis? Apakah perbezaan antara jangkitan yis kanak-kanak dan ruam lampin? Kami memberi semua jawapannya di sini!

Apakah jangkitan yis?

Dalam badan setiap orang terdapat yis atau kulat yang dipanggil Kandida. Ia hadir dalam usus, mulut dan permukaan kulit.

Apabila berlakunya kesan faktor luaran seperti antibiotik, kerengsaan, geseran ataupun tekanan hidup, ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan mikrob.

jangkitan yis kanak-kanak

Kredit: BabyCenter

Akibatnya, pembentukan Kandida menjadi lebih dari biasa sehingga menyebabkan jangkitan yis.

Jangkitan yis juga juga boleh berlaku pada bahagian badan yang dibiarkan basah dan lembap.

Contohnya jangkitan yis di bahagian ketiak, mulut, leher dan lampin bayi dan kanak-kanak kecil. Kadang-kadang jangkitan ini boleh merebak ke punggung dan paha mereka.

4 jenis jangkitan yis kanak-kanak yang popular

Secara am terdapat 4 jenis jangkitan yis, tapi hanya 2 jenis yang khusus untuk kanak-kanak dan bayi.

Berdasarkan usia dan keupayaan mereka untuk melawan jangkitan, tahap dan kesannya berbeza bagi setiap kanak-kanak.

Misalnya jika bayi itu masih memakai lampin, maka mereka akan lebih terdedah kepada jangkitan yis pada pangkal paha dan kawasan kelamin. 

1. Jangkitan yis dalam mulut atau Oral Trush

jangkitan yis kanak-kanak

Sumber gambar: Shutterstock

Semua bayi baru lahir mempunyai sistem pencernaan yang steril.

Maksudnya, usus dan perut bayi belum lagi ada bakteria baik dan sistem imun mereka masih belum diaktifkan lagi sehingga mereka mula menyusu dan mendapat kolostrum dari ibu.

Tanpa imuniti ini, mereka senang mendapat jangkitan yis pada mulut dan tekak yang lebih dikenali sebagai oral thrush

Tanda-tanda termasuk :

  • Tompok-tompok putih dan kuning pada lidah, gusi, bibir, lelangit dan pipi bayi
  • Mulut serta tekak yang nampak merah
  • Kulit pada tepi mulut yang retak
  • Rasa sakit semasa menelan dan menyusu

2. Jangkitan yis pada bahagian kelamin

jangkitan yis kanak-kanak

Sumber gambar: File photo

Jangkitan yis ini lebih biasa berlaku pada kanak-kanak, terutamanya mereka yang hampir akil baligh. Ini sama dengan jangkitan yis yang sering melanda orang dewasa (terutamanya wanita).

Ini berlaku apabila keseimbangan mikrob terjejas dan menyebabkan pembentukkan yis Kandida yang terlalu banyak pada bahagian kelamin.

Ia boleh disebabkan oleh sistem imun yang lemah, penggunaan lampin, penjagaan badan yang kurang bersih, penggunaan ubat tertentu dan juga kencing manis.

Tanda-tanda termasuk :

  • Gatal-gatal di bahagian kelamin
  • Kulit nampak merah dan bengkak di sekeliling kawasan kelamin
  • Rasa sakit dan rasa terbakar, apabila kanak-kanak itu kencing
  • Sakit perut

3. Jangkitan yis dari ruam lampin

jangkitan yis kanak-kanak

Sumber gambar: Wikipedia

Ini adalah isu biasa dengan kanak-kanak kecil dan juga kanak-kanak prasekolah apabila ibu bapa salah anggap jangkitan yis untuk ruam lampin.

Ruam lampin biasanya berlaku apabila lampin kotor atau basah tidak ditukar dengan kerap.

Tapi jika ibu bapa sudah cuba merawat ruam lampin dengan krim atau petua lain dan ia masih berterusan, ada kemungkinan itu bukan ruam lampin tetapi jangkitan yis.

Tanda-tanda termasuk :

  • Ruam lampin yang tidak pulih walaupun sudah disapu krim dan ubat.
  • Kawasan yang dijangkiti nampak merah dan mempunyai lebam ataupun bintik-bintik kecil di sekelilingnya.
  • Nampak macam kesan geseran pada celah-celah kaki di mana bersentuhan dengan lampin yang dipakai.

4. Jangkitan Kandidiasis dalam badan

Jangkitan yis pada kanak-kanak, ini 4 perkara yang ibu bapa selalu tak sedar

Apabila yis kandida memasuki badan melalui aliran darah, ia boleh menjangkiti jantung, otak, tulang serta mata dan boleh membawa maut.

Walaupun jangkitan ini jarang berlaku kepada kanak-kanak, ia masih boleh menjangkiti kanak-kanak berimun rendah yang sering keluar masuk hospital.

Tanda-tanda termasuk :

  • Demam teruk yang berterusan sehingga menggigil kesejukkan
  • Diiringi penyakit kencing manis dan sistem imun yang lemah
  • Badan yang lemah

Doktor boleh merawat semua jenis jangkitan yis kanak-kanak dengan memberi ubat anti-kulat. 

Cara mencegah jangkitan yis kanak-kanak

  1. Jika ibu bapa beri anak puting kosong, pastikan steril terlebih dulu puting itu. 
  2. Gantikan puting botol yang lama dan pastikan anda mensterilkan puting botol sebelum menyedia susu    
  3. Pastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih. 
  4. Jika ibu bapa ada mesin pencuci pakaian dengan fungsi air panas, anda boleh mensterilkan pakaian bayi 2 kali sebulan untuk membunuh segala kuman yang mungkin terdapat pada baju. Ini termasuk baju yang baru dibeli.
  5. Ajar anak kebersihan diri apabila mereka sudah pandai pergi ke tandas bersendiri. 
  6. Elakkan pakaian yang ketat. Pastikan anak memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas dan bukan kain sintetik apabila cuaca sangat panas. 

Cara merawat jangkitan yis kanak-kanak

Kebanyakan doktor akan memberi antibiotik apabila merawat jangkitan yis kanak-kanak. Tapi jika ibu-ibu ingin mengelak dari memberi antibiotik, anda bolehlah cuba petua-petua di bawah ini:

  • Minyak tea tree. Didihkan 1/2 cawan air dan biarkan ianya sejuk. Tambah 3-5 titis minyak tea tree dan sapukannya pada kawasan yang dijangkiti. Jangan gunakan minyak tea tree dalam bentuk tulen, ianya sangat tepu dan boleh membakar kulit anak. Jangan gunakan rawatan ini pada kawasan kelamin.
  • Yogurt. Yogurt tanpa perisa mempunyai bakteria yang baik (lactobacillus acidophilus) yang boleh menghalang yis dan kulat dari merebak. Beri anak makan yogurt atau sapukan sedikit pada kawasan yang terjangkit dan biarkan beberapa minit sebelum membersihkannya.
  • Serbuk penaik(Baking soda). Larutkan 1 sudu besar baking soda dengan 1 cawan ai kemudian sapukan pada kawasan yang dijangkiti. Jika ibu bapa rajin menyapu larutan ini, anak sepatutnya pulih dalam masa seminggu.
  • Cuka epal. Campurkan 1 cawan air suam dengan 1 cawan cuka epal. Sapukan larutan ini ke kawasan yang dijangkiti untuk seminggu. Cuka epal mempunyai ciri-ciri anti-kulat tetapi ia juga sangat kuat dan boleh menyebabkan kulit sensitif terbakar. Berhenti dengan segera jika ini berlaku kepada kulit anak.

Semoga tips ini dapat membantu ibu bapa. Walaupun jangkitan ini tidak membawa maut, ia boleh menyebabkan anak rasa tidak selesa. 

Jika jangkitan yis kanak-kanak bertambah teruk atau masih berterusan, bawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.

 

 

 

 

Sumber: webmdmedicinenet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Bukti Visual : Susu Ibu Boleh Melawan Pelbagai Bakteria!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner