Anak ingat setiap janji yang ibu bapa buat pada mereka, jadi jangan mungkir janji anda!

Jangan lupa janji dengan anak kalau tidak ingin mereka hilang kepercayaan dengan kita kerana anak akan memegang janji dengan teliti dan tidak mudah lupa!

Apabila cuba membesarkan anak dengan baik, kadang-kadang ibu bapa suka membuat janji dengan anak.

Ibu bapa menggunakan cara ini sebagai dorongan atau motivasi supaya anak akan mendengar kata dan melakukan apa yang disuruh. Namun, kadang-kadang ibu bapa hanya pandang ringan apabila membuat janji kosong dengan anak.

Kita sering memberi alasan yang kita terlupa dengan janji tersebut dan berpura-pura melupakannya. Tapi tahukah anda yang anak ingat setiap janji anda?

“Tapi kan ayah/ibu dah janji?!”

Related image

Janji dengan anak perlu ditepati oleh ibu bapa. Kalau tidak, anak akan hilang kepercayaan mereka pada kita. Anak akan sentiasa memegang janji itu dan tidak mudah lupa sebarang janji.

Mereka akan terluka dan sedih apabila ibu bapa memungkiri janji. Oleh itu, adalah lebih baik jika ibu bapa tidak menjanjikan apa-apa, dari melupakannya.

Apabila ibu bapa janji dengan anak, anak tidak mudah lupa kerana mereka belum pandai mempertimbangkan keadaan. Mereka bertindak mengikut gerak hati dan emosi.

Emosi ini akan membentuk gambaran yang jelas tentang apa yang telah dijanjikan. Contohnya belanja makan ais krim, pergi main di taman dan membelikan mainan kegemaran mereka.

Mereka dapat melihat “janji” ini dalam fikiran mereka kerana minda mereka telah menciptakan gambaran ini.

Selain itu, mereka juga percaya dengan kata-kata ibu bapa sendiri. Anak juga akan mengharapkan ibu bapa untuk melakukan apa yang telah dijanjikan. Jadi apabila janji dengan anak, ibu bapa haruslah berhati-hati untuk menepatinya.

Apa pengajaran yang boleh diperolehi apabila ibu bapa menepati janji dengan anak

janji dengan anak, janji anak dengan ibu bapa, mungkir janji, mungkir janji anak, janji anak, putus janji dengan anak, jangan putuskan janji

Anak boleh mendapat pengajaran apabila ibu bapa menepati janji mereka. Ini akan membina rasa percaya antara ibu bapa dan anak. Selain itu, anak akan rasa gembira dan selamat. 

Anak yang membesar dalam persekitaran yang selamat akan mempunyai keupayaan untuk mencapai potensi sepenuh mereka.

Sebaliknya, apabila ibu bapa mungkir janji dengan anak, persekitaran selamat ini akan terjejas. Mereka akan rasa marah dan kecewa. Mereka juga akan rasa tidak berupaya dan hilang kepercayaan untuk ibu bapa.

Apakah maksud janji dengan anak? Janji dengan anak bermakna “saya akan menepati dan melakukan apa yang saya telah katakan.”

Apabila ibu bapa menepati janji, anak akan belajar untuk mempercayai kata-kata ibu bapa. Sebaliknya anak juga akan belajar untuk menepati janji supaya ibu bapa juga boleh mempercayai mereka.  

Oleh itu ia adalah penting untuk menepati janji dengan anak, kerana kita sedang menanam keyakinan setiap kali kita melakukannya. Ibu bapa juga perlu sedar anak juga memerlukan jaminan bahawa mereka penting dan ibu bapa akan mengambil berat kata-kata mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

'Janjilah Ibu, Jangan Penat Mendukungku' Luahan Hati Bayi Jika Boleh Bicara