“Anak Baru 8 Bulan Dah Beranak Balik, BERANAK Ya Bukan Mengandung!”
Nak hamil lagi pun berfikir dua kali, apatah lagi jarak kehamilan yang dekat. Tambah pula risiko pada ibu dan bayi yang ada kemungkinan memberi kesan yang agak merbahaya.
Ngilu terasa parut czer yang dah nak masuk 15 bulan ni bila dapat tahu kisah seorang ibu yang telah pun beranak lagi selepas baru 8 bulan melahirkan anak pertama. Ramai doktor menegaskan jarak kehamilan yang sangat dekat punyai banyak risikonya.
Nak hamil lagi pun berfikir dua kali, apatah lagi jarak kehamilan yang dekat. Tambah pula risiko pada ibu dan bayi yang ada kemungkinan memberi kesan yang agak merbahaya.
Malah ada ibu bapa yang disarankan untuk menggugurkan kandungan sekiranya ia memberi kesan buruk kepada ibu atau bayi. Minta dijauhkanlah komplikasi yang sebegitu.
Bersalin jarak 7 bulan dari kelahiran lepas
Mengikut perkongsian Twitter daripada @DocMummy22, yang merupakan seorang doktor di jabatan O&G serta pakar laktasi, ada seorang wanita ini bersalin anak pertama pada Januari 2020, dan pada bulan Februari terus melekat kandungan kedua. Wanita itu juga dikhabarkan bersalin pramatang. Dan kandungannya ketika itu baru menginjak 7 bulan.
Dia juga sempat memesan agar orang ramai tidak mengecam pasangan yang mengalami jarak kehamilan yang dekat. Tujuan dia berkongsi twitter itu adalah untuk mengingatkan orang ramai akan efeknya kepada bayi yang dikandung nanti.
Dan ya, memang ada orang yang subur sebaik darah nifas kering.
Risiko jarak kehamilan dekat
Apabila jarak kehamilan kurang daripada 2 tahun ini risiko yang akan dialami ibu dan anak:
#1. Anemia
Ibu akan mudah menghidap anemia, dan HB ibu ketika hamil juga akan sentiasa rendah. Wanita akan kehilangan darah dalam 200-400ml setiap kali melahirkan anak (jika beranak normal). Dan kehilangan darah yang banyak ini perlulah diganti semula. Badan kita memerlukan masa sebanyak 90 hingga 120 hari untuk darah merah terhasil semula. Jadi kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat ‘ditopup’ jadi ibu akan menghidap anemia ketika kandungan seterusnya.
Sudahlah tak cukup darah, setiap kali pemeriksaan susulan pula ibu hamil perlu diambil darah. Kena makan pula ubat tambah darah, dan hati kita pun kena kerja keras hasilkan darah. Kesian kan?
#2. Rahim jatuh & pecah
Rahim adalah otot yang fleksibel, jadi makin kerap kita beranak tanpa menjaga jarak yang betul, semakin tinggi risiko untuk rahim jatuh. Semasa melahirkan anak banyak otot yang luka dan trauma sebenarnya, lalu ia memerlukan masa untuk pulih.
Malah rahim pecah juga sangat berisiko untuk berlaku pada ibu yang melahirkan secara czer. Rahim yang dibedah memerlukan lebih masa untuk pulih. Rahim yang belum sempat sembuh ada potensi untuk pecah jika kehamilan dekat (ia jarang berlaku, tapi ia mungkin terjadi).
#3. Kelahiran pramatang
Apabila rahim menjadi lemah maka kandungan pun lemah, akibatnya ia tidak dapat menampung cukup bulan. Jadi akan menyebabkan kelahiran awal atau pramatang.
#4. Bayi kurang berat badan
Kesian bayi tak cukup nutrisi apabila ibu terkena anemia. Jadi apabila lahir tak cukup bulan maka anak pun kurang berat badan.
#5. Depresi
Manakan tidak, nak menjaga seorang bayi yang kian membesar juga dalam masa yang sama nak menjaga bayi baru lahir tentu memberi tekanan kepada si ibu. Badan pula masih dalam pemulihan, dan luka bersalin baik normal atau czer masih perlu dijaga dengan teliti.
Adalah lebih baik jika kehamilan yang seterusnya berlaku ketika 18 ke 23 bulan selepas kelahiran awal. Hal ini dapat kurangkan risiko komplikasi ke atas kehamilan dan masalah kesihatan yang lain.
Namun begitu, ibu jangan terlalu panik jika hamil kurang dari 18 bulan. Tarik nafas dan bertenang. Kemudian jagalah kandungan dengan baik dan dapatkan nasihat doktor untuk mengelak sebarang perkara yang tak diingini terjadi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia