Aduh, ada jarum patah tertinggal dalam vagina ibu ini lepas bersalin! Bagaimana boleh jadi???

lead image

Wanita ini tidak merasakan sakit meskipun X-RAY menunjukkan ada jarum patah dalam vaginanya!

Seorang ibu, Sunti Suprapti, 24 baru sahaja melahirkan bayinya secara normal. Namun malangnya, tiba-tiba, ibu ini menderita apabila jarum patah dan tertinggal di dalam vaginanya!

Bayangkan bagaimana seksaan yang dilalui wanita ini! Walaupun dia tidak berasa sakit tapi dia masih harus dibedah semula.

Ketika bersalin normal, bayi memerlukan laluan yang cukup agar dapat keluar dengan mudah dari tubuh ibu. Pastinya saat itu, ibu mengalami koyakan besar atau episiotomi sehingga perlu mendapatkan jahitan selepas melahirkan bayi secara normal.

jarum patah, jarum bersalin patah, jarum bersalin normal, jarum bersalin tertinggal dalam vagina ibu, jarum untuk pembedahan tertinggal

Jarum patah tertinggal ketika membuat jahitan vagina

Menurut kakak kandungnya, Nurul Sudijah, adiknya itu pergi ke hospital pada 16 Mac lalu bersama keluarga. Pada jam 12.05 pagi dia selamat melahirkan seorang bayi.

Selepas bersalin, seorang jururawat telah menjahit luka koyakan pada vagina Sunti. Namun, jarum patah ketika digunakan ketika jahitan sedang dilakukan.

Kemudian, jururawat tersebut meminta jarum lain kepada pembantunya supaya dapat selesaikan proses jahitan. Selepas menjahit, jururawat berkenaan mencari-cari jarum patah itu sekitar lantai, tapi tak jumpa!

Selepas beberapa jam, jururawat berkenaan bertanyakan kepada Sunti sama ada dia merasa sakit atau tidak. Sunti mengatakan tidak sakit. Mendengar jawapan Sunti, jururawat tersebut tidak senang duduk dan terfikir adakah jarum patah itu tertinggal di dalam vagina Sunti.

jarum patah, jarum bersalin patah, jarum bersalin normal, jarum bersalin tertinggal dalam vagina ibu, jarum untuk pembedahan tertinggal

 X-ray menunjukkan ada jarum patah 3cm dalam vagina

Sehari selepas itu, Sunti dibenarkan pulang dan jururawat yang sama kembali bertanyakan soalan sama ada Sunti merasa sakit terutama di tempat jahitan. Tetapi jawapannya tetap sama, tak sakit!

Kemudian Sunti wajib melakukan pemeriksaan kesihatan dan jururawat datang ke rumahnya. Pada 19 Mac, Sunti diminta datang ke hospital untuk pemeriksaan lanjut terhadap kondisi kesihatannya.

Ibu terbabit diberikan surat rujukan untuk melakukan x-ray di makmal klinik. Ternyata hasilnya positif terdapat jarum patah sepanjang 3cm tertinggal di dalam vaginanya.

Lantas, pihak hospital membuat pembedahan kecil untuk mengambil jarum patah itu. Atas sebab kecuaian jururawat tersebut, pihak hospital bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kos pembedahan.

jarum patah, jarum bersalin patah, jarum bersalin normal, jarum bersalin tertinggal dalam vagina ibu, jarum untuk pembedahan tertinggal

Mengapa ibu perlu melalui jahitan vagina ketika bersalin normal?

Perineum adalah tempat pembukaan vagina yang terkoyak ketika melahirkan secara normal. Beberapa ibu perlu melalui fasa jahitan ini kerana tekanan dari kepala bayi.

Perineum akan terkoyak apabila ibu menolak bayi keluar. Koyakan ini boleh terjadi pada 9 dari 10 ibu yang bersalin normal. Sakit koyakan vagina ini akan bergantung pada besar mana luka koyakan.

Apa yang anda mesti tahu, lapisan kulit vagina ada 4. Lapisan pertama pada bahagian kulit tidak perlu djahit kerana ia akan pulih sendiri.

Lapisan kedua pula melibatkan otot perineum dan ia memerlukan jahitan. Manakala lapisan ketiga dan keempat lebih dalam dan berdekatan dengan lubang punggung.

Pembedahan kecil perlu dilakukan sekiranya doktor dapati terdapat koyakan di situ.

Sebab-sebab koyakan besar ketika bersalin normal

Sukar untuk mengatakan sama ada seseorang ibu mengalami koyakan atau tidak. Ia bergantung kepada tekanan kepala bayi dan saiz bayi itu sendiri.

Berikut adalah beberapa foktor penyebab terjadinya koyakan besar pada bahagian vagina.

  • Pertama kali melahirkan anak secara normal
  • Ibu sukar menolak bayi keluar dan ia mengambil masa yang lama.
  • Bahu bayi tersangkut dan jururawat perlu gunting untuk luaskan pembukaan vagina.
  • Berat badan bayi lebih 4 kg
  • Bayi lahir dibantu forceps.
  • Pernah mengalami koyakan pada lapisan ketiga dan keempat pada kelahiran sebelumnya.

Bilakah waktu sesuai berjumpa doktor?

Selepas bersalin secara normal sekitar 6 minggu, datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ketika itu luka jahitan sudah pulih.

Namun, ibu perlu berjumpa doktor kadar segera sekiranya mengalami keadaan seperti di bawah:

  • Jahitan terasa sakit dan berbau. Biasanya kerana ada jangkitan kuman.
  • Sering terburu-buru untuk membuang air kecil
  • Anda ‘terkucil’ sedikit ketika kentut
  • Rasa sakit ketika buang air kecil dan kerap.
  • Suhu badan 38.5 dalam masa 24 jam selepas bersalin
  • Mengalami sakit yang keterlaluan pada bahagian bawah atau sekitar perineum.
  • Pampers bersalin penuh darah dan keluar gumpalan darah yang besar. 

Boleh lihat video di bawah: 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia, Baby CentreKompas 

Baca juga: 

9 rahsia bagaimana melahirkan bayi kurang dari 2 minit seperti ibu ini!