Remaja Tingkatan 1 Cuba Terjun Bumbung Sekolah Gara-Gara "Crush" Tak Balas Cinta

Gara-gara jatuh cinta dan cintanya tidak dibalas, remaja ini mengambil keputusan drastik untuk terjun bumbung! Bagaimana nak ajar tentang cinta pada anak?

Sebelum anda gelak membaca headline ini, fikir dulu kisah di sebalik bagaimana remaja berusia 13 tahun ini jatuh cinta dengan crush, namun nyaris bunuh diri kerana cintanya ditolak.

Berbicara soal cinta mahupun pendidikan seks kepada kanak-kanak adalah satu isu “taboo” di Malaysia. Tapi lihatlah, mungkinkah insiden ini boleh dielak sekiranya kita sebagai ibu bapa mula mengajar anak-anak tentang ertinya cinta?

Berbalik kepada kes remaja jatuh cinta namun kecewa selepas cintanya ditolak ini, kes berlaku di Banting pada hari Selasa lepas. 

jatuh cinta, remaja jatuh cinta, remaja bercinta, cinta remaja, cinta monyet, remaja cinta monyet

Pelajar lelaki itu sempat meluahkan rasa kecewanya pada sekeping nota, sebelum cuba membunuh diri dengan menerjun bumbung sekolah.

Pihak bomba mengesahkan mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden ini kira-kira pukul 1.12 tengahari ini. Menurut komander operasi, mangsa berjaya dipujuk selepas setengah jam, serta diselamatkan pihak Agensi Pertahanan Awam yang terlebih dahulu sampai sebelum bomba.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting oleh ambulans. 

Menurut laporan Astro Awani, pelajar itu mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kerana proses menyelamat, dan kini sedang menerima rawatan. 

Remaja Jatuh Cinta: Semua Gara-Gara Cinta Ditolak

Siasatan mendapati semuanya berpunca apabila mangsa kecewa dengan seorang pelajar perempuan sebayanya.

Mangsa telah “mengaku jatuh cinta” di hadapan gadis itu, namun cintanya ditolak kerana gadis tersebut menyukai pelajar lelaki lain. 

“Mengikut keterangan gurunya mangsa tidak ada sebarang masalah disiplin di sekolah dan merupakan pelajar yang baik serta pendiam.”

Kes Remaja Jatuh Cinta Dan Hampir Bunuh Diri: Bagaimana Nak Cakap Tentang Cinta Dengan Anak?

jatuh cinta, remaja jatuh cinta, remaja bercinta, cinta remaja, cinta monyet, remaja cinta monyet

Anda kena akui, sejak umur 4 hingga 11 tahun, anak akan mula membangunkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam tentang kehidupan dan hubungan

Apatah lagi apabila capai umur remaja. Dengan teknologi di hujung jari, semua kandungan tentang hubungan dan jantina lain lebih mudah dibaca/dilihat. 

Bagaimana kita ingin bercakap tentang cinta dengan anak-anak? Semuanya bergantung kepada cara anda. Tapi jangan ingat anda mampu lari selamanya dengan isu ini. 

At the end of the day, anda masih perlu bercakap tentang isu cinta ini dengan anak! Jadi apa yang anda boleh buat adalah seperti:

  • Jangan memperlekehkan “cinta monyet” mereka: Jika anda mengejek mereka, ia akan membuatkan mereka malu dan rasa tidak berguna. Jika anda risau, ajar mereka tentang adab dengan berlainan jantina.
  • Tak mengapa untuk galak anak bercinta: Memang kita takut, tapi apabila anak menyukai seseorang, pasti ada “sesuatu” pada individu tersebut yang membuatkan mereka tertarik. Ajar anak itulah kualiti yang patut ada dalam rasa cinta
  • Penolakan memang sakit: Tak kira usia berapa pun, jika cinta kita ditolak, pasti rasanya pedih. Ajar anak itulah ragam manusia dan salah satu cara untuk jadi matang. Tapi, jangan lupa untuk ajar anak yang setiap penolakan harus dilakukan dengan baik.
  • Bantu anak hadapi kekecewaan: Tiada siapa nak anak kita membesar jadi insan yang terganggu. Sebab itu, anda kena menawarkan sokongan emosi pada mereka. Mereka tiada pengalaman tentang “cinta” ini, jadi bimbinglah mereka. 

Apa yang paling penting sepanjang proses ini adalah anda kena “mendengar” apa yang dikatakan anak-anak. Jika ada sesuatu yang mencetuskan kerisauan, segera selaminya dengan lebih bijak.

Tapi janganlah terlalu rungsing. Kadang-kadang, “cinta monyet” hanyalah pengalaman emosi biasa yang akan dilalui semua orang. Apa yang penting — sentiasa dengar dan beri sokongan pada anak anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Astro Awani, NY Metro Parents, Today’s Parent

Baca juga:

"Curfew" Untuk Remaja Keluar Waktu Malam Akan Dipertimbang, Ini 5 Tips Didik Anak Remaja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!