12 Jenama Pampers Anak Yang Terbaik, Bantu Si Kecil Bergerak Aktif & Selesa Setiap Hari!

12 Jenama Pampers Anak Yang Terbaik, Bantu Si Kecil Bergerak Aktif & Selesa Setiap Hari!

Ini 12 jenama pampers yang terbaik untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak. Semua jenama ini diyakini memberikan keselesaan pada si manja anda sepanjang hari.

Jika dahulu ibu sangat bergantung kepada kain lampin yang perlu dibasuh setiap hari untuk menampung kencing dan berak anak, namun seiring dengan perubahan kemajuan, terdapat banyak jenama pamperspakai buang yang dapat memudahkan ibu menguruskan si kecil sekarang!

Kalau nak tahu, jenama pampersini mula dipatenkan pada tahun 1948 dengan pelbagai inovasi seperti pelekat tahan lama, getah anjal di pinggang, pelapik pampers yang tebal dan lain-lain.

Namun, anda harus memastikan jenama pampersyang dipilih bertepatan dengan saiz badan anak supaya tidak terlalu kecil atau terlampau besar.

Nak tahu jenama apa yang best untuk anak anda? Jom kita lihat dalam senarai yang kami sediakan ini. Semoga ia membantu!

Senarai jenama pampersanak yang terbaik dan popular masa kini
#1. Fitti (RM 41.90)

jenama pampers

Pampers jenama Fitti ini adalah keluaran dari China yang merupakan rangkaian lampin pakai buang  terbaik untuk setiap peringkat umur bayi dan kanak-kanak.

Ia memiliki material yang lembut dan halus seperti kapas yang dapat menjaga kulit bayi supaya sentiasa selesa setiap hari.

Malah ia juga mempunyai kuasa kekeringan berganda tanpa perlu anda bersusah payah menukar lampin anak selalu.

#2. Bambo Nature Newborn (RM 40)

jenama pampersbayi

Lampin ini sesuai bagi bayi yang baru lahir dengan berat lebih kurang 2 ke 4 kg. Ia diperbuat dari bahan berkualiti yang eco friendly, dan mampu memberi keselesaan pada bayi yang baru belajar membuang air.

Selain itu, lampin ini juga dilengkapi getah anjal di pinggang, penyerapan yang baik dan material nipis yang bantu kulit si kecil bernafas dengan selesa.

#3. Babyprime Freens Disposable Diapers (RM105.48)

jenama pampers

Lampin pakai buang ini sesuai bagi bayi bawah usia enam bulan yang dapat memberi perlindungan pada kulit anak dan mempunyai ruang yang selesa untuk kulit bernafas.

Diaper anti bocor ini juga membuatkan kulit si kecil terasa kering sepanjang hari dan  system witness sign sebagai indikasi masa untuk tukar lampin anak.

#4. Anakku Baby Napkin (RM 32.90)

jenama pampersanak

Jenama Anakku memang cukup terkenal dan terbaik di Asia kerana telah menghasilkan beberapa produk bayi seperti lampin, bedak, syampu, losyen dan lain-lain.

Lampin Anakku ini dilengkapi dengan  Elastic Waistband dan Side Leak Guards yang dapat memberi perlindungan tambahan pada si kecil sama ada siang hari awau waktu malam.

Apapun, Anakku memang produk yang selamat dan mesra untuk kulit si comel.

#5. Whoopee Baby Diaper (RM23.99)

pampers anak

Whoopee Baby Diaper ini dilengkapi dengan Drylock Absorbent Core di mana ia terdiri dari 100% kapas lembut yang mampu mengawal kebocoran kencing anak.

#6. Huggies Little Swimmer Diapers Regular (S/M/L) RM 46.90 

pampers bayi

Jenama Huggies juga sangat bagus untuk anak kecil yang dapat membantu mengawal kebocoran. Bahkan gelang elastik yang ada di bahagian peha dan pinggang tidak terlalu ketat dan selesa untuk anak.

#7. Mamy Poko Preemie (RM26.32) 

napkin pakai buang

Jenama Mamy Poko Preemie ini sesuai untuk bayi pramatang yang lahir di usia 37 minggu kehamilan.

Oleh sebab keadaan fizikal mereka yang kurang matang maka si kecil perlu mendapatkan lampin yang sesuai kerana kulit mereka masih terlalu sensitif.

Material yang digunakan dari kapas lembut dan tentunya tidak menyakiti bayi serta menjaga kulit dari masalah ruam serta kegatalan.

#8. Genki Diaper Tape (RM28.73) 

jenama pampers

Genki ini adalah produk lampin dari Jepun yang memiliki bahan yang sangat lembut dan sesuai untuk bayi yang ada kulit sensitif.

Permukaan lampin berpori membuatkan ruang pengudaraan menjadi lancar dan selesa.

Apa yang best, pampers ini lengkap dengan sistem Ultra Absorption Care yang cepat menyerap kelembapan dan menjaga kulit bayi dari ruam.

#9. Huggies Dry Pants (RM 31 – RM 49.90) 

lampin pakai buang

Huggies Dry Pants ini sesuai untuk anak-anak yang membesar dan semakin aktif. Malah ia senang dipakai dan mempunyai penyerapan yang kuat.

Apabila kanak-kanak semakin aktif maka lampin ini tidak membuatkan pembuangan cepat penuh malah selesa sepanjang hari.

Lampin ini boleh dimiliki dengan saiz S hingga XXL.

#10. Pet Pet (RM 29.90 ke RM 35.90) 

lampin pakai buang

Pet Pet antara jenama lampin yang dapat memastikan perlindungan kebocoran pada tahap yang maksima.

Malah ia juga mempunyai potongan saiz yang lebih besar berbanding jenama pampersyang lain sekaligus boleh lindungi pusat bayi.

#11. Diapex Easy (RM 33.90 – RM 35.90)

jenama pampers

Bungkusan Diapex Easy ini di datangkan dengan tiga saiz berbeza iaitu pek biasa, pek travel dan pek mega.

Diapex juga memiliki permukaan lampin yang lembut dan menjadi pilihan ramai pengguna.

#12. Baby Love Growpants (RM 36.90) 

jenama pampers

Growpants adalah jenama lampin yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan hebat di Thailand kerana ia dikatakan mampu terus kekal kering walaupun anak kerap membuang air kecil.

Malah harganya juga berpatutan sama dengan pampers jenama lain.

Mana satu yang ibu ayah paling suka untuk anak? likes  dan share artikel ini dengan rakan anda yang lain.

Semoga bermanfaat.

Perhatian: Harga mungkin berubah mengikut promosi dan pasaran.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Productnation, Sirap Limau

Baca juga: 

4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner