Wanita, Hati-Hati Dengan Jenayah Terlindung "Upskirt" Ini Di Tempat Awam!

Buat wanita di luar sana, hati-hati! Jenayah seksual makin berleluasa. Contohnya jenayah terlindung upskirt ini yang selalu berlaku di tempat awam tanpa kita sedar!

Jenayah “Upskirting” di tempat awam

Adakah anda pernah mendengar tentang jenayah upskirt atau upskirting? Jika anda tidak pernah mendengarnya, hati-hati!

Ia merupakan satu lagi jenayah terlindung yang mensasarkan wanita sebagai mangsa utama.

Upskirting adalah perbuatan merakam gambar bahagian dalam skirt, dress atau pakaian seseorang wanita, tanpa kebenaran daripada mangsa.

Pelaku jenayah ini akan merekod gambar tersebut menggunakan telefon bimbit mereka. Ada juga yang sengaja menyimpan kamera tersembunyi di dalam kasut.

Yang lebih menakutkan, semua gambar yang telah “curi-curi” dirakam itu akan dimuatnaik ke laman pornografi dan erotik!

Wanita, Hati-Hati Dengan Jenayah Terlindung Upskirt Ini Di Tempat Awam!

Malang buat wanita, pelaku jenayah upskirting sentiasa terlepas daripada hukuman!

Jika anda ingin memahami dengan lebih lanjut tentang jenayah terselindung ini, cuba lihat video di bawah:

https://www.facebook.com/playgroundenglish/videos/527848224215179

 

Tiada undang-undang melindungi mangsa jenayah terselindung ini!

Yang lebih membuatkan kita wanita perlu berhati-hati adalah kerana pesalah jenayah ini tidak akan dihukum dalam undang-undang pencabulan atau pelakuan seksual!

Satu-satunya undang-undang yang mengheret penjenayah upskirters ini adalah pertuduhan mencetuskan kemarahan di tempat awam dan perbuatan mengintai. 

jenayah upskirt

Kredit: Pinterest

Tapi, perbuatan mengintai atau voyeurism hanya akan dikira sebagai mengintai jika pelaku melakukan jenayah tersebut di tempat tertutup seperti dalam bilik salin baju dan sebagainya.

Namun, jenayah upskirting biasanya dilakukan di tempat umum, seperti di supermarket, tempat menunggu bas/keretapi dan sebagainya.

2 tahun lepas, seorang lelaki yang selalu mengintai wanita ketika dalam tandas dan sedang menyusu badan ditangkap, namun dia dilepaskan kerana perbuatan upskirt tidak dikira sebagai satu jenayah seksual. 

Dia dilaporkan aktif menangkap gambar skirt dan dress wanita tanpa kebenaran.

Malah, dia mempunyai hampir 300-500 gambar dalam masa 2 jam bersiar-siar di tempat pengangkutan awam.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, dia didapati mempunyai hampir 9,000 gambar yang dicuri-curi ambil di dalam tandas dan di eskalator.

Ketika disoal mengapa dia melakukan perbuatan itu, lelaki tersebut mengatakan ia kerana dia menggemarinya dan dia adalah seorang asshole

Eeee… seram dan tidak adil, bukan?

jenayah upskirt

Kredit: MakeUseOf

Perbuatan upskirt di tempat awam

Biasanya, pemangsa akan memilih untuk melakukan perbuatan jijik ini di tempat awam dengan keramaian mangsa.

Tanpa mangsa sedar, bawah skirt dan dress mereka telah “diceroboh” tanpa kebenaran. 

Mungkin masyarakat akan menyalahkan wanita atas isu ini. Persoalan mengapa pakai skirt/dress akan muncul. Pemakaian seorang wanita tidak seharusnya menjadi sebab mengapa jenayah seperti ini berleluasa. 

Jangan lupa, pelaku kesalahan upskirt ini turut merekod wanita yang memberi susu badan dalam berpakaian tertutup! 

Pelaku jenayah seksual mudah turn on tanpa dirangsang dengan niat oleh mana-mana wanita. Maka, bukankah kesalahan ini terletak pada pelaku, dan bukannya pada mangsa?

Sama-samalah kita mencegah jenayah ini daripada berleluasa.

Buat para wanita di luar sana, hati-hati. Jika boleh, simpan pepper spray dalam beg anda. 

Jenayah seksual semakin berleluasa sekarang. Sama ada anda berpakaian sopan atau tidak, risiko terkena serangan masih tinggi. 

Sama-sama kita melindungi diri sendiri malah wanita lain dalam kelompok masyarakat ini!

Sumber rujukan: Time, ELLE UK, Telegraph dan Playground+

Kredit gambar: Getty Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwanita-dirogol-hari-perkahwinan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!