Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

Semua suami isteri harap mereka dapat ibu mertua yang baik, penyayang dan penyabar. Tapi, kalau anda dapat mertua seperti 9 jenis ini, apa patut anda buat?

Semua pengantin baru mengharapkan mereka dapat ibu mertua jenis yang baik, penyabar, akan menerima dan menyayangi mereka.

Namun jika ia sudah nasib anda mendapat ibu mertua yang mencabar, ini mungkin boleh memberi kesan antara hubungan anda dengan suami.

Tapi jangan risau lagi wahai suami isteri semua.

Mungkin Tina B. Tessina, PhD (AKA “Dr Romance”), ahli psikoterapi dan pengarang How to be Happy Partners: Working it out Together, dapat membantu.

Di bawah, dia berkongsi petua terbaik untuk mengendali situasi yang mencabar bersama mertua dan cara untuk memastikan kedamaian di rumah. 

1. Jenis kuat cemburu

ibu mertua

Saya pasti semua orang kenal ibu mertua jenis ini.

Ibu mertua ini bukan jenis yang pemurah. Dia selalu suka mengkritik perbuatan anda kerana rasa dirinya telah diganti dalam kehidupan anaknya. Dia juga selalu bersaing dengan anda kerana itu cara dia melayan semua wanita lain.

Apa patut anda buat: Cara terbaik dan paling berkesan dalam mengendali ibu mertua jenis ini adalah dengan berdiam dan tidak bertindak balas atau cuba mempertahankan diri.

Buat seolah-olah dia telah mengatakan sesuatu yang tidak disegani dan jangan endahkan kata-katanya.

Pandang mukanya, senyum dan jangan katakan apa-apa.

Ada kemungkinan selepas 30 saat yang tidak selesa, dia mungkin juga akan menghentikan perbuatannya (buat masa ini!) dan berhenti membuat kacau antara anda dan suami.

2. Jenis yang selalu nak bersama suami anda

Apa patut anda buat: Anda dan pasangan perlu bincang bersama bagaimana untuk membahagi masa semasa cuti bersama keluarga masing-masing. 

Selepas membuat keputusan, beritahu mertua anda dengan baik dan lembut tapi pastikan anda juga tegas dalam keputusan anda. 

Ibu mertua anda perlu menerima kenyataan yang anaknya mempunyai keluarga baru sekarang, dan keluarga anda juga sangat penting.

3. Jenis yang kepoh

Semua dia nak ajar dan kongkong, termasuk perbelanjaan wang, hal keibubapaan, isu kesihatan, rakan dan rumah anda.
 

Apa patut anda buat: Biar dia cakap dan anda jawab “ya” dan “hmm”. dan biarkan sahaja, lagipun ini bukan masalah besar.

 
Jangan rasa seperti anda perlu melakukan segala-galanya supaya dia gembira, kerana ini jalan penyelesaian yang tidak berkesudahan dan mengecewakan, percayalah!

4. Jenis yang suka mengawal

Ibu Mertua Ada 9 Jenis Karenah, Ini Bagaimana Untuk Melayan Perangai Itu

Walaupun berniat baik, malangnya ibu mertua ini belum pandai melepaskan tangan dan akan cuba melakukan segala-galanya untuk anda.
 
Walaupun ini nampak bagus pada mulanya, terutamanya jika dia membantu dengan bayaran pendahuluan rumah baru, membeli kereta, menjaga cucu atau menyelamatkan anda daripada masalah kewangan.
 

Dia mungkin mempunyai niat lain akan meminta balasan daripada anda satu hari nanti. 

5. Jenis yang suka minta wang

Ibu mertua yang selalu tidak ada duit dan mahu meminjam wang atau membuat anda menandatangani perjanjian pinjaman wang, dan lain-lain amat bahaya.

Ini boleh merumitkan keadaan terutamanya apabila anda tiada ikatan darah dengan mertua anda. Sudah tentu mertua boleh meminjam dari anak sendiri, tetapi anda berdua mesti menetapkan had itu bersama-sama.

6. Yang suka berleter

Dia akan buat hal dengan berleter apabila situasi tidak mengikut apa yang dia harapkan.

Apa patut anda buat: Anda perlu ingat untuk mempertahankan diri dan mencari jalan untuk melindungi perkahwinan anda dari tingkah lakunya yang bersifat negatif.

Jika anda atau pasangan anda sentiasa dipaksa untuk mengikut kehendaknya, ini boleh merosakkan hubungan anda.

Anda sepatutnya orang utama dalam kehidupan anda berdua sekarang. 

7. Mertua yang suka menghakimi

Jika mertua anda tidak meluluskan cara anda mengendalikan wang, membesarkan anak, membahagi kerja, berpakaian, dan pasangan anda juga dipengaruhi oleh pendapat itu, ini boleh merosakkan hubungan dengan suami. 

Mereka perlu ingat yang anda dan pasangan sudah dewasa dan mereka tidak sepatutnya memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda yang membuat keputusan sekarang!

8. Jenis yang terlalu terlibat

ibu mertua

Dia sangat sayang cucu tetapi hanya mahu menjaga dan mendidik mereka ikut cara dia dan tidak mahu menyokong cara anda.

Apa patut anda buat: Jangan bertengkar dengan pasangan anda mengenai ini.

Anda boleh menetapkan masa anak untuk bersama datuk nenek mereka.

Ajar disiplin akan jadi rumit, jika tidak mendapat kerjasama dan sokongan sekeluarga.

9. Ibu mertua yang suka buat drama

Kesiannya… kalau dah nasib mendapatkan ibu mertua yang suka berdrama sudah pasti keadaan di rumah sangat tegang. 

Jika anda dan pasangan anda selalu bertengkar akibat ibu mertua, mungkin anda berdua perlu jumpa kaunselor untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau boleh, pergi cepat, sebelum hubungan anda dan pasangan anda semakin terjejas.

Apa pandangan anda? Ada lagi pelbagai kerenah atau ibu mertua yang mencabar dan tip untuk mengendali mereka? 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kerana Bergaduh Dengan Mak Mertua, Ibu Ini Campak Bayi Dari Jambatan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!