AWAS, 6 penyakit isteri dapat sebab suami, no #3 anda pasti rasa kecewa bila tahu!

lead image

Penyakit yang kami senaraikan ini mungkin anda ambil sambil lewa, tapi ia haruslah dibendung daripada awal jika tidak mahu meracun perkahwinan dan rumahtangga kalian. Apapun beringat sebelum terkena...

Anda pasti terkejut atau tak percaya bila baca headline ini, kan? Betul. Ada enam jenis-jenis penyakit yang isteri boleh kena gara-gara suami. Tapi mengapa? Dan apa alasannya agak-agak ya?

Pertama, anda perasan tak selepas berkahwin, tahap kesihatan sedikit menurun berbanding sebelum kahwin. Sebenarnya ada banyak punca masalah ini terjadi.

Salah satunya ialah sebab SUAMI. Pernah tak anda terfikir jenis-jenis penyakit yang berpunca daripada suami? Jom lihat penemuan kami ini…

6 jenis-jenis penyakit isteri boleh kena sebab suami

1. Sukar tidur sebab suami berdengkur 

jenis-jenis penyakit, penyakit isteri dapat dari isteri, penyakit, punca penyakit, isteri dapat sakit, sakit isteri daripada suami, isteri terkena penyakit sebab suami, isteri jatuh sakit sebab suami, isteri sakit gara-gara suami, sakit, isteri sakit

Kredit: Saatva Mattress

Jenis-jenis penyakit yang boleh dihadapi isteri disebabkan suami adalah apabila isteri sukar nak tidur. Sebab apa?

Kerana suami kuat berdengkur. Lantas tubuh isteri rasa penat dan lesu bila tak dapat tidur yang mencukupi. 

Apatah lagi dengan berdengkur, ia menyebabkan pendengaran pasangan mengalami masalah. Jadi apabila suami alami masalah berdengkur, sila segera berjumpa doktor untuk dirawat. 

2. Lebih mudah dapat sakit jantung 

Jenis-jenis penyakit yang isteri boleh terkena akibat suami adalah serangan jantung. Ia berlaku apabila isteri terlalu sedih, stress atau kurang gembira dalam rumahtangga. 

Menurut kajian, isteri yang kurang bahagia dalam perkahwinan cenderung untuk terkena sakit jantung berbanding pasangan yang gembira dalam rumah tangganya. 

Sebab itu apabila ada masalah tertentu, isteri jangan pendam berseorangan. Minta bantuan dan nasihat suami supaya ia tak mengganggu tahap kesihatan anda di kemudian hari. 

3. Alergi pada seks 

jenis-jenis penyakit, penyakit isteri dapat dari isteri, penyakit, punca penyakit, isteri dapat sakit, sakit isteri daripada suami, isteri terkena penyakit sebab suami, isteri jatuh sakit sebab suami, isteri sakit gara-gara suami, sakit, isteri sakit

Kredit: Video Hive.net

Jangan tak percaya dengan kenyataan ini. Tapi, ada sebilangan suami yang alergi pada seks. Mereka akan rasa sakit dan tak selesa apabila bersama pasangan. Yang terpaksa tanggung derita pastinya si isteri.

Jadi segera dapatkan nasihat doktor untuk merawat penyakit ini. 

4. Tekanan dan stres

Cuba ingat kembali, berapa kerap anda bergaduh dengan pasangan? Terutama apabila ada saja kata-kata dia yang anda kurang setuju lalu pergaduhan akan tercetus. 

Hal ini akan menyebabkan tubuh anda rasa stres dan tertekan dek kerana selalu sangat bergaduh dengan suami dan tubuh akan sembuh secara lebih perlahan berbanding pasangan yang kurang bergaduh.

5. Janggut penyebab penyakit kulit 

jenis-jenis penyakit, penyakit isteri dapat dari isteri, penyakit, punca penyakit, isteri dapat sakit, sakit isteri daripada suami, isteri terkena penyakit sebab suami, isteri jatuh sakit sebab suami, isteri sakit gara-gara suami, sakit, isteri sakit

Kredit: Healthy women

Janggut suami memang nampak seksi. Tapi anda tahu tak janggut juga boleh menyebabkan anda terkena penyakit kulit?

Hal ini kerana, bakteria boleh berada atas janggut suami terutama bila dia sentuh janggutnya dengan tangan yang kotor. Lantas, bakteria itu boleh berpindah kepada anda bila kalian bercium atau mendekatkan muka ke wajah suami.

Apapun, pastikan suami mencukur janggutnya selalu dan kerap cuci muka bagi mengelak masalah ini. 

6. Masalah kegemukan 

Jenis-jenis penyakit lain yang boleh terjadi gara-gara suami adalah masalah kegemukan yang sering dialami para isteri.

Apabila ada masalah ini, sudah tentu penyakit mudah dekati seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan lain-lain. 

Menurut Southern Methodist University, pasangan yang berkahwin dan hidup dalam keadaan lebih gembira akan bertambah berat badan berbanding sebelum berkahwin. 

Hal ini kerana, semasa bujang, anda lebih menjaga badan sebab nak cari pasangan hidup. Tapi selepas berkahwin, anda membiarkan diri gemuk dan tak cantik. 

Apa kata anda ajak suami supaya bersenam bersama-sama. Secara tak langsung kalian berdua dapat jalani hidup dengan lebih sihat dan gembira. 

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi di laman Facebook anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: video blocks