Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor
Jenis penyakit berbahaya, Covid-19 bagi ibu mengandung yang positif virus ini memerlukan anda melalui prosedur caesarean bagi keselamatan semua pihak
Coronavirus merupakan jenis penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja. Individu berusia, mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung dan bayi adalah golongan yang berisiko tinggi sekiranya dijangkiti wabak ini.
Keselamatan dan kesihatan diri aspek yang paling dirisaukan oleh seluruh masyarakat di dunia kerana virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Justeru, bagi ibu hamil positif Covid-19, anda dinasihatkan untuk melalui prosedur kelahiran secara caesar.
Covid-19 antara jenis penyakit berbahaya terhadap ibu mengandung
Mempertimbangkan cara bersalin bagi ibu mengandung yang positif virus ini sememangnya perlu benar-benar diberikan perhatian. Hal ini adalah untuk mengurangkan risiko berlakunya penularan virus terhadap bayi dan petugas kesihatan yang terlibat dalam proses kelahiran.
Menurut doktor pakar bidan dan kandungan, Dr. Yassin Yanuar Mohammad, menjelaskan lebih lanjut tentang prosedur bersalin bagi ibu yang disahkan positif sebagai pesakit Covid-19.
”Untuk ibu mengandung yang positif, sebenarnya pihak perubatan dunia dan Kumpulan Obstetri dan Ginekologi Indonesia (POGI), prosedur melahirkan bayi pada pesakit Covid-19 hendaklah disesuaikan dengan indikasinya sahaja,” jelasnya melalui webinar dari Health Grid.
Tambah beliau, jenis penyakit berbahaya ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Justeru proses bersalin caesar pada ibu yang positif Covid-19 adalah amat disarankan.
Hal ini kerana ia memerlukan banyak tenaga daripada petugas perubatan berbanding proses bersalin bagi ibu hamil yang tidak dijangkiti Covid-19 ini.
”Melihat sahaja situasi semasa yang mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19, kami perlu bersiap sedia peralatan dan pasukan sekiranya nanti ramai yang memilih untuk melalui proses caesarean. Hal ini turut membantu kami menjadualkan tarikh bersalin dengan baik.”
”Bayangkan kalau contohnya tengah malam, ibu mengandung berkenaan positif Covid-19 tiba-tiba sahaja ingin melahirkan anak, tentu sekali kita perlu menyediakan pasukan dan mengumpul petugas yang ramai. Ia tidak mudah seperti yang anda bayangkan,”
”Jadi pilihan untuk melalui prosedur caesarean ini adalah tepat, konvenien dan optima,” jelasnya.
Penting untuk anda ketahui bahawa setiap pesakit Covid-19 yang telah menjalani operasi obstetri dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga pihak perubatan dalam jumlah banyak.
Begitu juga dengan ibu mengandung positif Covid-19 dan perlu melalui persalinan secara pembedahan.
Pihak perubatan yang bekerjasama menangani rawatan untuk pesakit Covid-19 akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu dalam dan luar. Pembahagian kumpulan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus ini di kawasan hospital dan kemudahan kesihatan yang lain.
Perawatan untuk bayi baru lahir dari ibu yang positif Covid-19
Selanjutnya Dr Yassin turut menjelaskan bahawa para bayi yang baru lahir dari ibu positif Covid-19 ini akan dipisahkan buat beberapa waktu. Cara ini terpaksa dilakukan untuk menjaga daya tahan tubuh bayi lebih baik.
”Apabila ibu positif Covid-19, bayi akan dipisahkan dari ibunya. Jadi setelah proses pembedahan selesai, kedua-duanya akan dibawa menjalani isolasi dalam ruangan yang khusus. Si bayi tidak akan bersama ibu dan mendapatkan susu badan melalui pengepaman,” jelasnya.
Meskipun demikian, Dr Yassin menekankan bahawa ada baiknya untuk bakal ibu dan ayah melakukan terlebih dahulu ujian saringan Covid-19 seperti swab test. Ia hendaklah dilakukan 2 atau 3 minggu sebelum tarikh ibu dijangka bersalin.
Hal ini adalah untuk memastikan bayi tidak dijangkiti Covid-19 atau penyakit berbahaya yang lain.
Kesimpulannya, anda dan pasangan hendaklah duduk bersama berbincang mengenai hal ini supaya nanti tibanya detik bersalin, tidaklah ibu berasa cemas. Dalam situasi semasa, pengalaman bersalin mungkin setiap berbeza.
Suami mungkin tidak dibenarkan untuk masuk menemani anda di dalam wad bersalin dan ibu hendaklah bersedia fizikal mental. Sentiasa mendoakan yang baik-baik agar proses kelahiran berjalan dengan lancar.
Dalam tempoh PKPB ini juga wanita hamil tidak digalakkan untuk merantau atau aktif keluar rumah supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan. Sentiasalah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti duduk di rumah, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.
Sumber: Penulis asal Cut Nadia. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Kredit foto: gettyimages
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: