Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

Terdapat beberapa jenis jerawat bayi yang perlu diketahui agar ia tidak disalah anggap atau tafsir dengan jenis masalah kulit bayi yang lain.

Terdapat beberapa jenis jerawat bayi yang perlu diketahui agar ia tidak disalah anggap atau tafsir dengan jenis masalah kulit bayi yang lain. Sebagai ibu baru pasti anda akan bersedih apabila mendapati kulit halus anak penuh dengan jerawat.

Apabila bayi anda dilahirkan, jangan hairan jika keadaan kulitnya lebih teruk dari kulit remaja. Sebenarnya, jerawat bayi adalah perkara normal yang tidak perlu dibimbangkan. Malah, jerawat bayi juga sering disalah anggap dengan keadaan masalah kulit yang lain contohnya seperti ekzema.

Jerawat ini juga akan bertambah teruk jika kebersihan bayi tidak dijaga dengan baik. Bagi memahaminya dengan lebih mendalam agar tidak tersalah, ketahui mengenai jenis jenis jerawat dan bentuk jerawat tersebut dengan lebih jelas dan terperinci melalui perkongsian ini.

Jenis Jerawat Bayi

jenis jerawat, jenis jenis jerawat, macam macam jerawat, bentuk jerawat

Jerawat bayi atau turut digelar sebagai Neonatal Cephalic Pustulosis merupakan keadaan kulit yang biasa terjadi pada satu daripada lima bayi yang dilahirkan secara sihat. Pertumbuhan jerawat neonatal ini dianggarkan berlaku atau menjejaskan di antara 20% hingga 40% pada bayi yang berumur kurang daripada enam minggu.

Manakala bagi gejala jerawat bayi pula, ia akan bermula ketika bayi memasuki usia 3 hingga 6 bulan. Kedua-dua jenis jerawat ini cenderung untuk dihidapi oleh bayi lelaki.

Jerawat bayi juga lebih kurang sama dengan ruam kulit dan keadaan kulit yang lain. Antara jenis jerawat bayi yang perlu anda tahu beserta gejalanya dan cara untuk membezakannya adalah seperti berikut:

#1. Gejala Jerawat Neonatal

  • Mula tumbuh ketika umur bayi memasuki dua atau tiga minggu
  • Terjadi selama beberapa minggu atau bulan
  • Menjejaskan kira-kira 20% bayi
  • Kelihatan seperti benjolan dan jerawat merah, meradang dan terdapat pada pipi, dada, dahi dan belakang
  • Tidak meninggalkan parut

#2. Gejala Jerawat Bayi

  • Akan muncul kira-kira umur bayi memasuki usia tiga bulan
  • Terjadi selama beberapa bulan atau ke atas hingga bayi memasuki usia dua hingga tiga tahun
  • Berlaku kepada dua peratus bayi
  • Jerawat kelihatan seperti jerawat remaja iaitu bintik hitam, bintik putih atau kemerahan
  • Boleh meninggalkan parut

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keadaan kulit yang seakan sama dan selalu disalah anggap sebagai jerawat iaitu:

  • Ekzema

Ia biasanya muncul dengan benjolan merah di wajah dan mungkin akan muncul pada lutut dan siku apabila bayi semakin membesar. Terdapat dua jenis ekzema yang sering menjangkiti bayi iaitu dermatitis atopik dan dermatitis seborrheic. 

  • Erythema toxicum

Terjadi ketika bayi berusia beberapa hari setelah dilahirkan. Di permukaan tubuh bayi seperti muka, dada akan mulai dinaiki ruam, benjolan kecil atau bintik merah.

  • Milia

Milia merupakan benjolan putih yang muncul di wajah bayi anda dan terjadi disebabkan oleh sel kulit mati yang terperangkap dalam kulit. Ia akan muncul setelah beberapa minggu bayi dilahirkan.

Di Bahagian Mana Jenis Jerawat Bayi Ini Biasa Muncul

jenis jerawat, jenis jenis jerawat, macam macam jerawat, bentuk jerawat

Kebiasaannya jerawat bayi selalu tumbuh di bahagian pipi, hidung dan juga dahi. Ia berlaku pada awal kehidupan pertama bayi anda. Jerawat bayi yang turut dikenali sebagai jerawat neonatal ini kelihatan sama seperti jerawat yang dihidapi oleh orang dewasa dan remaja iaitu bintik-bintik berwarna keputihan serta kemerahan.

Selain pipi, dahi dan hidung jerawat ini juga boleh tumbuh di bahagian anggota badan yang lain seperti:

  • dagu
  • kulit kepala
  • leher
  • atas belakang
  • dada atas
  • kelopak mata

Jerawat ini akan pulih dengan sendiri kira-kira tiga hingga empat bulan serta ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan untuk menyembuhkannya. 

Apa Punca Berlaku Perubahan Kulit Bayi Ini?

Menurut Healthline, jerawat ini sama seperti jerawat biasa yang dialami kanak-kanak apabila mereka akil baligh, cuma ia berlaku pada kulit bayi baru lahir. Jerawat boleh muncul pada bahagian badan atau muka bayi.

Kajian mendapati ada kemungkinan jerawat disebabkan oleh yis dan bukan akibat perbentukan minyak dalam kulit. Pakar juga pernah berkata keadaan ini sering dikaitkan dengan pendedahan kepada hormon ibu semasa dalam rahim.

Jerawat bayi biasanya kelihatan di bahagian dahi, hidung atau pipi. Namun, kadang-kadang ia hingga ke bahagian belakang bayi tersebut. Walaupun tidak sedap dipandang, jerawat bayi adalah normal dan tidak akan kekal selama-lamanya. 

Bagaimana Rupa Kulit Bayi?

Ia kelihatan seperti jerawat biasa yang dialami orang dewasa dan remaja. Ia seakan benjolan (papul) atau dalam bentuk kulit merah ataupun putih dan kadang-kadang kulit di sekeliling jerawat juga akan nampak kemerah-kemerahan.

Papul putih pada bahagian hidung, pipi ataupun dagu yang tidak nampak meradang dikenali sebagai milia. Ini berlaku apabila sel kulit mati terperangkap di bawah kulit. Milia tiada kaitan dengan jerawat bayi dan tidak memerlukan rawatan.

Bila Jerawat Bayi Mula Muncul?

Menurut pakar sesetengah bayi sudah pun mempunyai macam-macam jerawat saat mereka dilahirkan, tetapi kebiasaannya, jerawat ini hanya akan muncul 2-4 minggu selepas kelahiran.

Keadaan ini boleh bertahan dari beberapa hari atau minggu, hingga beberapa bulan.

Punca Jerawat Jadi Makin Teruk?

  • bayi anda selalu menangis
  • kain pakaian kasar
  • air liur
  • kesan muntah susu pada kulit yang dibiarkan terlalu lama

Cara Cegah Jerawat & Rawatan? 

jenis jerawat, jenis jenis jerawat, macam macam jerawat, bentuk jerawat

Malangnya, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mencegah keadaan kulit ini. Tetapi berita baik di sini ialah jerawat bayi ini selalunya akan hilang sendiri tanpa parut.

Walaupun ia biasanya tidak berlarutan lebih daripada beberapa hari atau minggu, kadang-kadang ia boleh berterusan selama berbulan-bulan. Jika ini berlaku, sesetengah pakar kanak-kanak boleh mengesyorkan krim yang boleh membantu menghilangkan jerawat.

Jangan sebarang guna krim dengan berlebihan atau ubat jerawat lain di farmasi kerana kulit bayi anda sangat sensitif dan boleh bertindak balas dengan menjadi radang atau jauh lebih serius.

Di bawah adalah beberapa langkah dari Healthline untuk memastikan kulit bayi anda kekal sihat sambil menunggu jerawat untuk hilang.

1. Jangan picit jerawat yang ada pada muka 

Perbuatan ini hanya akan merangsang jerawat pada mukanya dan boleh memburukkan keadaan.

2. Pastikan muka anak sentiasa bersih

Cuci atau lap dengan perlahan, muka bayi anda dengan menggunakan air suam dan kain lembut setiap hari. Anda juga boleh basuh muka bayi anda dengan menggunakan tangan semasa mandi.

3. Jangan gesel muka bayi

Apabila kulit bayi berjerawat dan sensitif digesel, ini boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Sebaliknya lap dengan perlahan malah guna kain lap yang lembut.

4. Jangan pakai losyen

Losyen hanya akan memburukkan keadaan, jadi elakkan daripada menggunakannya sehingga kulit bayi anda pulih. Tetapi ada juga ibu yang mengatakan petua menyapu sedikit susu ibu pada jerawat boleh membantu.

5. Bersabar

Anda mungkin ingin cuba segala-galanya untuk menghilangkan jerawat itu ia memerlukan masa, jadi bersabarlah.

Bila Anda Perlu Risau

Jika keadaan jerawat bayi semakin teruk atau meninggalkan parut, anda boleh merujuknya kepada pakar dermatologi kanak-kanak. Terdapat juga beberapa keadaan di mana masalah jerawat ini mampu menunjukkan masalah kesihatan yang sedang dihidapi oleh bayi anda.

Contohnya seperti jangkitan atau masalah dengan sistem hormon bayi. Doktor akan melakukan ujian darah atau x-ray untuk mengetahui permasalahan tersebut. 

Jika ibu bapa masih bimbang dengan keadaan muka anak, rujuklah kepada doktor anda dan jangan berlengah.

Kadang-kadang jerawat bayi boleh dikelirukan dengan reaksi alahan malah ekzema. Pakar bayi boleh menentukan ini dan menyarankan beberapa cara rawatan.

Semoga bermanfaat.

  1. www.healthline.com (2018, Julai 27) Baby Acne: Causes, Treatments, and More www.healthline.com/health/childrens-health/baby-acne

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!

Baca juga: Bayi Merengek Tidak Selesa Akibat Ruam Lampin? Ini 7 Krim Terbaik Pilihan Ibu Bapa!

Baca juga: Ruam Naik Pada Muka, Leher dan Punggung Bayi – Ini Sebenarnya Apa Yang Ibu Perlu Buat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!