Akibat salam berlaga pipi, muka gadis ini terpaksa dibedah kerana jangkitan!
Siapa sangka ketulan yang kita ingat jerawat di muka ini sebenarnya sejenis jangkitan bakteria hingga terpaksa dibedah! Itulah yang dialami gadis ini.
Pasti kita tak pernah sangka jerawat di muka boleh menyebabkan jangkitan, kan? Tapi, itulah yang terjadi pada gadis ini.
Hidayah Saari, terpaksa melakukan pembedahan selepas ketulan aneh muncul di mukanya tiba-tiba. Pada mulanya, beliau menyangka ketulan aneh itu hanyalah jerawat.
Jadi, beliau hanya mengabaikan ketulan tersebut. Namun selepas beberapa hari, ketulan aneh itu masih belum hilang, malah ia semakin besar!
Akhirnya Hidayah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar. Selepas perjumpaannya dengan doktor, beliau dikhabarkan dengan berita buruk.
Doktor marah kenapa lambat datang berjumpa pakar
Doktor pakar memarahi Hidayah kerana lambar merujuk doktor. Hal ini kerana ketulan aneh di pipi Hidayah itu sebenarnya ialah jangkitan bakteria!
Malah, ia sudah bernanah di dalam. Ia bukanlah jerawat di muka seperti yang disangka Hidayah dulu.
Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, Hidayah terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang ketulan nanah yang besar di pipinya itu.
Bagaimana jangkitan ini boleh merebak?
Menurut penerangan doktor, jangkitan ketulan besar ini mungkin boleh berlaku kerana tahap kebersihan yang diamalkan orang yang berjerawat.
Masalah jerawat bukanlah sejenis penyakit yang merebak, namun tahap keterukan dan kebersihan individu yang berjerawat haruslah dijaga.
Contohnya: jika seseorang individu tersebut kerap memicit jerawatnya, maka jangkitan bakteria senang berlaku berikutan kerana bakteria di tangan.
Lebih-lebih pula jika individu tersebut memegang pipinya semula atau melagakan pipi pada orang lain.
Jerawat di muka terjadi kenapa?
Masalah jerawat berlaku kerana ketidakseimbangan unit pilosebaceous yang ada pada badan setiap manusia. Ia termasuk dalam folikel rambut, kelenjar sebaceous dan liang roma.
Oleh sebab pilosebaceous paling banyak di kulit muka, atas tengkuk dan belakang badan, maka kawasan ini paling mudah terdedah kepada pertumbuhan jerawat.
Apabila bakteria yang wujud dalam kulit kita menarik sel darah putih ke folikel kulit, ia akan menghasilkan enzim yang boleh merosakkan dinding folikel tersebut.
Apabila dinding folikel rosak, kandungan folikel yang rosak itu akan masuk ke dalam lapisan dermis kulit.
Walaupun masalah jerawat tidak boleh berjangkit dan merebak, namun perbuatan memicit, mengorek atau mencucuk jerawat ada kesan buruknya.
Ia membolehkan bakteria tersebar di bahagian lain liang pori muka dan melekat pada tangan anda.
Jerawat di muka boleh dirawat dengan cara ini
Bakteria yang menyebabkan jerawat boleh dirawat dengan menggunakan benzoyl peroksida, tetracycline, antibiotik serta ubatan yang dihasilkan secara semula jadi seperti minyak cengkih, ulam-ulam yang mempunyai anti oksidan dan sebagainya.
Malah, jerawat di muka juga sebenarnya boleh dikawal dengan melakukan rawatan kulit agar bakteria tidak mengalami reaksi negatif dengan kulit.
Anda dengan masalah jerawat juga digalakkan mencuci muka dengan pencuci muka yang mengandungi asid salisilik. Ia berupaya untuk membersihkan kulit dan mengurangkan radang.
Akan tetapi, bukan semua bakteria yang ada atas kulit ini memberi kesan buruk. Apa yang penting ialah anda perlu menjaga kebersihan dengan betul.
Jangan sampai jadi begini, ya!
Sumber rujukan: Hijabista, My Health, Dr Hasseenah
Baca juga:
Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya