Jika anak anda duduk di dalam posisi 'W', hentikannya sekarang!

Jika anda melihat anda anda duduk membentuk huruf W - di mana kedua lutut dibengkokkan dan kaki menghala keluar dari badan - ketahuilah yang ia mungkin membawa kepada isu kesihatan yang melibatkan pinggul dan masalah ortopedik yang serius untuk jangka masa yang panjang.

Duduk di dalam posisi W adalah posisi duduk yang sangat biasa kita lihat pada kanak-kanak, terutamanya semasa bermain.

Jika anak anda duduk dengan cara ini, adalah lebih baik untuk anda betulkan kedudukannya dengan segera bagi memastikan ia tidak menjadi tabiat.

Menurut seorang ahli paediatrik, Jean McNamara, ianya normal untuk kanak-kanak duduk seperti itu kerana ia menambah keseimbangan untuk mereka duduk dan bermain dengan permainan mereka.

Kebergantungan yang berlebihan terhadap kedudukan W boleh mendatangkan masalah seperti:

  • Masalah Ortopedik. Kedudukan W boleh membuatkan seorang kanak-kanak cenderung mengalami tulang pinggul teralih (hip dislocation), jadi, jika mempunyai sejarah ini, atau pernah diberitahu tentang risiko ini, posisi ini harus di elakkan.
  • Otot tegang. Posisi ini akan menyebabkan otot hamstring (hamstrings), adductor pinggul (hip adductors), pemutar dalaman (internal rotators) dan sendi tumit (heel cords) berada di dalam keadaan seakan dipendekkan. Jika seorang kanak-kanak cenderung mendapat otot tegang, galakkan posisi duduk yang lain.
  • Kesan Neurologik/ perkembangan yang lambat. Jika seorang kanak-kanak mempunyai tona otot yang tinggi (hypertonia, spasticity), kedudukan W adalah salah satu posisi yang harus di elakkan. Gunakan posisi duduk lain yang akan membantu tumbersaran.

Bagaimana untuk tidak menggalakkan posisi duduk W

Terdapat dua perkara penting yang perlu dilakukan untuk tidak menggalakkan posisi duduk W

1. Pastikan anak anda perasan perbezaan duduk di dalam posisi W dan duduk di dalam posisi bersila. Betulkan tabiat mereka dengan menunjukkan cara duduk yang betul dan terbaik untuk mereka. Anda tunjuk, mereka ikut!

2. Anak anda perlu terbiasa dengan kedudukan kaki ke hadapan. Ini memerlukan latihan untuk membentuk fleksibility dan kawalan.

Apabila anda terlihat anak anda duduk di antara kaki mereka (posisi W), dengan lembut betulkan kaki mereka ke posisi yang lebih baik dan jelaskan kepentingan duduk dengan kaki di hadapan.

Anda juga boleh menjadikan ia satu permainan – sesiapa dengan kaki ke depan menang! Galakkan banyak pergerakkan mencapai kedepan untuk merenggangkan otot belakang dan pinggul semasa melakukan ini.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!