Jika anda hamil, JANGAN makan gula-gula ini

lead image

Glycyrrhizin memang diketahui sebagai penyebab darah tinggi dan punca bersalin awal, walaubagaimanapun, kajian terdahulu tidak dapat membuktikan kesan jangka masa panjang pada fetus sehinggalah kajian ini.

Satu kajian baru di Finland telah mendapati yang wanita harus mengelak dari memakan likoris di dalam kuantiti yang banyak semasa hamil. Walaubagaimanapun, had limit selamat dimakan masih belum diperolehi.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Helsinki, Institut Kesihatan dan Kebajikan Nasional Helsini dan Hospital Uusima, telah memantau 378 kanak-kanak berusia di dalam lingkungan 13 tahun yang ibu mereka telah memakan likoris di dalam kuantiti yang banyak, sedikit atau tiada langsung semasa hamil.

Menurut kajian tersebut, kuantiti yang banyak telah didefinisikan sebagai melebihi 500 mg glycyrrhizin (konsituen utama likoris) seminggu dan kuantiti sedikit adalah kurang daripada 349mg glycyrrhizin seminggu.

250g likoris bersamaan dengan 500mg glycyrrhizin.

Glycyrrhizin memang diketahui sebagai penyebab darah tinggi dan punca bersalin awal, walaubagaimanapun, kajian terdahulu tidak dapat membuktikan kesan jangka masa panjang pada fetus sehinggalah kajian ini.

Bagi melihat kesan jangka masa panjang, peserta di minta untuk melengkapkan ujian penaakulan kognitif yang dijalankan oleh ahli psikologi.

Pasukan kajian itu mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada jumlah besar likoris di dalam rahim mempunyai keputusan ujian yang lebih rendah berbanding kanak-kanak yang terdedah pada jumlah yang sedikit atau tiada langsung. Perbezaannya ialah lebih kurang tujuh mata IQ.

Tambahan pula, kanak-kanak yang terdedah kepada jumlah likoris yang tinggi menunjukkan keputusan ujian yang rendah dalam mengukur kapasiti memori.

Ibu bapa juga melaporkan yang kanak-kanak ini menunjukan lebih masalah seperti ADHD berbanding rakan sebaya. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka juga akil baligh lebih awal.

Di Finland, Institut Kesihatan dan Kebajikan Nasional telah meletakkan likoris di dalam kategori tidak disarankan untuk wanita hamil, tetapi juga menyatakan yang pengambilan sekali sekala di dalam jumlah yang sedikit seperti di dalam ais krim atau pemanis tidak mendatangkan bahaya.

Para pengkaji telah menasihatkan wanita hamil dan wanita yang merancang untuk hamil untuk lebih peka dengan keburukan produk yang mengandungi glycyrrhizin terhadap kesihatan anak mereka yang bakal lahir.

Keputusan kajian ini boleh di dapati di American Journal of Epidemiology

Apakah itu glycyrrhizin?

6269193 f520 Jika anda hamil, JANGAN makan gula gula ini

Glycyrrhizin ialah sejenis pemanis yang di ekstrak dari akar likoris. Ianya adalah 50 kali lebih manis dari gula. Ia mempunyai rasa likoris yang kuat membuatkan ia tidak sesuai digunakan sebagai pemanis tanpa campuran bahan lain. Ia mempunyai kualiti medikal dan digunakan di dalam mengubat ulser dan juga campuran ubat batuk. Ia juga sering digunakan di dalam ubat gigi. Ia dikatakan mempunyai tahap kosong indeks glaisemik membuatkan ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kencing manis.

Apakah kesan sampingan glycyrrhizin?

Pengambilan glycyrrhizin di hadkan kepada 100mg sehari kerana pengambilan berlebihan dan berterusan akan mengganggu keseimbangan Sodium dan Kalium di dalam badan. Jadi meninggikan lagi risiko tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Apakah produk yang mengandungi glycyrrhizin?

s l300 Jika anda hamil, JANGAN makan gula gula ini

Selain daripada sesetengah ubat gigi dan ubat batuk, glycyrrhizin juga terdapat di dalam sesetengah gula-gula seperti likoris (liquorice). Ianya juga dijual di dalam bentuk serbuk terutamanya kedai-kedai herba.

about Jika anda hamil, JANGAN makan gula gula ini

Sumber : the star, American Journal of Epidemiology