Jika Malaysia tiada peraturan untuk 24 jam
Bayangkan tiada peraturan untuk 24 jam, apakah yang akan berlaku? Senarai ini adalah jangkaan untuk apa yang mungkin berlaku dalam tempoh ini.
Kadang-kala, peraturan adalah untuk mendisiplinkan kami dan juga untuk menjaga keamanan dan juga, keselamatan kami. Bayangkanlah, jika, untuk tempoh 24 jam, anda dibenarkan untuk melakukan apa-apa saja, kerana, untuk tempoh 24 jam, kita tidak perlu mematuhi apa apa peraturan. Ini adalah senarai aktiviti-aktiviti yang kami rasa, akan berlaku dalam tempoh 24 jam tersebut.
Merompak
Orang yang suka jenama jenama antarabangsa tentu akan syok kalau tiada undang undang. Pergi je ke Pavillion, Kuala Lumpur dan ambil ape je dengan sesuka hati. Kan best? Nak beg mahal? nak aiskrim mahal? Nak rompak mesin ATM lagilah best!
Menculik idola kesayangan
Nak bergambar dengan idola kesayangan tetapi takde rezeki? Jom, kita culik mereka untuk sesi fotografi dengan kita. Kita juga boleh memaksa artis kegemaran kita untuk meluangkan masa dengan kami! Bestnya!
Melancong ke luar negara tanpa passport
Ini adalah impian setiap orang, kerana boleh melancong tanpa menghadap kerenah birokrasi di imigresen yang menjengkelkan. Kebanyakan rakyat akan “enjoy” melancong kemana-mana sahaja.
Ponteng kerja
Dengan semua peraturan, ramai juga yang mencari alasan untuk ponteng kerja. Walaupun mereka pergi ke kerja, mereka tidak produktif langsung. Bayangkanlah, jika dunia ini tiada peraturan, semua akan huru hara. Banyak yang akan ponteng kerja dan tidak menghiraukan dunia luar sambil menonton TV. Pilihan untuk beristirehat di rumah itu memang ada.
Buat perlumbaan haram di jalan raya
Bayangkanlah, jika tiada peraturan dan keadaan jalan raya sangat sepi kerana tiada orang yang berani keluar dari rumah, keadaan ini penting dan seronok untuk pelumba-pelumba haram untuk menunjukkan skil memandu mereka.
Jika mempunyai kereta sport, motosikal Honda EX5 ataupun Myvi, sekalipun, anda boleh buat perlumbaan haram di jalan raya. Manfaatkan aset yang ada. Tapi, utamakan keselamatan, meskipun negara tiada undang-undang. Sayangilah nyawa anda.