Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

Kadar denyutan nadi normal ibu mengandung adalah perkara penting setiap wanita hamil perlu ambil tahu untuk elak komplikasi.

Ibu yang sedang hamil akan mengalami banyak perubahan pada dirinya, ia termasuk degupan jantung yang dapat dikesan melalui pemeriksaan nadi. Kadar denyutan nadi normal ibu mengandung pula adalah berbeza untuk setiap wanita kerana ia turut bergantung kepada kecergasan mereka sebelum hamil serta usia.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kadar denyutan nadi normal wanita mengandung
  • Pentingnya mengetahui kadar denyutan nadi
  • Punca denyutan nadi tidak normal dan cara mengatasi

Untuk mengetahui degupan jantung ini boleh diperiksa menggunakan stetoskop manakala, denyutan nadi pula boleh diperiksa pada pergelangan tangan dan leher.

Kadar denyutan nadi normal ibu mengandung

kadar denyutan nadi normal ibu mengandung, kadar denyutan nadi normal, kadar nadi normal, kadar denyutan nadi normal ibu mengandung, bacaan nadi normal, nadi normal, bacaan nadi yang normal, denyutan nadi normal, kadar nadi normal dewasa, kadar denyutan nadi ibu mengandung

Ketika dalam keadaan rehat, kadar degupan jantung dan kadar denyutan nadi normal selalunya lebih tinggi semasa hamil, berbanding degupan jantung sebelum hamil.

Keadaan ini dapat dirasai seawal dalam seminggu pertama selepas berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum. Jantung bayi pula mula dapat dikesan seawal minggu ke-5 selepas persenyawaan.

Dengan peningkatan kadar jantung, ia akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh terutamanya pada uri untuk menghantar bekalan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien secukupnya.

Bagi wanita dewasa, denyutan nadi normal adalah 60 hingga 80 denyutan seminit manakala, kadar denyutan nadi ibu mengandung pula sekitar 80 hingga 90 denyutan seminit. Ia dianggarkan meningkat sekitar 10 hingga 20 denyutan seminit sewaktu mengandung.

Kenapa perlu tahu kadar denyutan nadi normal ibu mengandung?

Pentingnya mengambil berat mengenai bacaan nadi yang normal kerana jika ia melebihi atau kurang daripada normal, dibimbangi mengundang masalah kesihatan.

Sekiranya bacaan nadi normal tinggi melebihi 100 kali per minit, ia dipanggil sebagai tachycardia sekali gus perlu bertemu doktor untuk mengetahui punca tersebut. Mungkin ia disebabkan masalah biasa seperti demam atau tekanan atau sebab penyakit serius atau jantung.

Jika kadar denyutan nadi itu kurang daripada 60 kali per minit, ia disebut sebagai bradycardia. Ia mungkin berlaku sekiranya seseorang itu atlet atau mengalami penyakit masalah jantung.

Punca-punca denyutan nadi berubah jadi tidak normal

kadar denyutan nadi normal ibu mengandung, kadar denyutan nadi normal, kadar nadi normal, kadar denyutan nadi normal ibu mengandung, bacaan nadi normal, nadi normal, bacaan nadi yang normal, denyutan nadi normal, kadar nadi normal dewasa, kadar denyutan nadi ibu mengandung

  • Pergerakan - Jika ibu tersebut banyak melakukan pergerakan menyebabkan tekanan meningkat pada tubuhnya.
  • Gaya hidup seperti melakukan tabiat tidak sihat antaranya merokok, pengambilan alcohol dan sebagainya.
  • Anemia - Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada wanita hamil kerana perubahan dalam darah semasa mengandung. Cecair dalam darah meningkat lebih daripada bilangan sel darah merah, yang boleh menyebabkan anemia.
  • Aritmia
  • Mengalami tekanan dan anxietytekanan akan menyebabkan berlakunya perubahan pada kadar denyutan jantung yang akhirnya akan memberi kesan kepada kadar denyutan nadi anda. 
  • Mempunyai masalah sakit jantung yang pelbagai.
  • Kehilangan darah yang ketara.
  • Avitaminosis - penyakit yang disebabkan kekurangan satu atau lebih daripada satu vitamin) dan kekurangan mirkonutrien yang diperlukan oleh badan wanita.
  • Minuman seperti kopi dan teh yang kuat - Kandungan kafein dalam kopi serta teh boleh menyebabkan berlaku perubahan pada kadar denyutan nadi. Disebabkan itu ibu mengandung tidak digalakkan mengambil kafein. Malah jika terlalu teringin mereka tidak boleh ambil lebih daripada dua cawan sehari. 
  • Dehidrasi - Elektrolit ialah mineral yang mengawal irama jantung anda.
  • Berat badan bertambah dan obesiti - Berat badan bertambah berlebihan dalam tempoh mengandungkan bayi. Orang yang membawa berat badan tambahan sebelum dan semasa mengandung mempunyai peningkatan risiko degupan jantung yang tidak teratur dan penyakit jantung yang lain.
  • Perubahan hormon - Seperti peralihan hormon estrogen yang berlaku semasa kehamilan.
  • Hipoglisemia (gula darah rendah) - Ia berlaku lebih kerap pada trimester pertama.
  • Hipotensi (tekanan darah rendah) - Keadaan biasa semasa kehamilan.

Cara mengatasi supaya denyutan nadi normal sewaktu hamil

Ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah kadar denyutan nadi yang tidak normal atau laju. Kadar nadi normal dewasa adalah sekitar 60 hingga 90 dan ia dianggap laju apabila mencapai 100 dan lebih. 

Jadi antara cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan kadar denyutan nadi kekal normal sewaktu hamil termasuklah:

#1. Melakukan senaman

kadar denyutan nadi normal ibu mengandung

Ibu mengandung sudah tentu tidak boleh melakukan aktiviti yang terlampau lasak bagi menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta kandungan. Bagaimanapun, terdapat senaman ringan yang sesuai serta baik untuk ibu hamil.

Sebagai contoh, lakukan aerobik ringan, berjalan atau pelbagai lagi senaman untuk ibu mengandung kira-kira 150 minit seminggu. Ia adalah cara terbaik untuk memastikan kadar nadi normal dan stabil sepanjang tempoh mengandung.

#2. Pengambilan diet pemakanan yang sihat

Secara purata, ibu hamil disyorkan mengambil kira-kira 2,200 hingga 2,900 kalori setiap hari. Angka tersebut sudah tentu berbeza sebelum mereka mengandung selari mengikut bentuk badan mereka, berat, saiz dan pemilihan makanan.

Justeru dapatkan nasihat yang betul mengenai diet pemakanan ibu sepanjang melalui proses kehamilan. Makan makanan tinggi protein, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan.

#3. Pengurusan tekanan dan anxiety

Bukan hanya menjaga kesihatan fizikal dan makanan, pengurusan tekanan dan anxiety juga penting kepada ibu. Jika kesihatan mental ini tidak diambil berat, ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar denyutan nadi ibu hamil. Boleh amalkan dengan latihan pernafasan secara perlahan dan dalam serta kosongkan fikiran  daripada tekanan yang dialami.

Bagi umat Islam, boleh juga mengamalkan doa dan zikir, membaca al-Quran dan meluahkan kepada Allah SWT untuk menenangkan fikiran.

#4. Kawal berat badan

Berat badan ideal yang patut bertambah sepanjang kehamilan adalah hanya 12 kilogram. Jadi untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau risiko kadar denyutan nadi tidak normal, ibu harus pastikan berat badan mereka naik pada kadar yang sepatutnya semasa hamil.

Perubahan yang drastik kepada berat badan boleh memberi risiko kepada kadar denyutan jantung dan nadi anda yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jika ia tidak normal. 

#5. Elak rokok

Merokok tidak baik untuk kesihatan bukan saja ketika anda mengandung malah sepanjang hidup anda. Elakkan juga daripada menjadi second hand smoker. Kandungan pelbagai bahan kimia seperti tar dan nikotin dalam rokok boleh meningkatkan kadar denyutan nadi anda jika terhidu.

Jadi ada baiknya anda mengelak daripada terhidu asap rokok yang sangat berbahaya ini. 

Mengapa denyutan nadi/jantung tinggi?

Ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kadar nadi normal beralih kepada tidak normal atau tinggi. Antaranya termasuklah disebabkan:

  • Masalah ritma/degupan jantung
  • Masalah anxiety
  • Masalah hormon tiroid
  • Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
  • Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan

Antara sebab lain yang menyebabkan denyutan nadi atau jantung tinggi adalah:

  • Stres emosi sehingga menyebabkan denyutan nadi laju.
  • Suhu persekitaran tinggi. Badan terpaksa bekerja keras untuk membuang keluar haba.
  • Menukar posisi secara tiba-tiba (daripada duduk anda berdiri terlalu cepat).
  • Melakukan aktiviti fizikal. Jantung akan mengepam darah lebih laju untuk memastikan sel badan mendapat keperluan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti senaman.
  • Ubat dan dadah terlarang. Dadah seperti kokain dan ekstasi boleh menyebabkan denyutan nadi anda meningkat buat sementara waktu.
  • Ketakutan boleh merembeskan hormon adrenalin. Keadaan ini juga boleh meningkatkan kadar denyutan nadi.
  • Perubahan hormon. Perubahan paras hormon di dalam badan semasa hamil dan menopaus turut mempengaruhi kadar denyutan nadi jantung.

Bila patut berjumpa doktor?

Anda patut risau jika kadar denyutan nadi anda bukan dalam keadaan normal. Apabila ini berlaku, anda patut berjumpa doktor. Disebabkan itu anda perlu peka dengan keadaan diri anda bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku terutama ketika dalam keadaan hamil ini.

Ini antara keadaan yang sepatutnya anda rujuk kepada doktor jika ia berlaku kepada anda. Ia termasuklah:

  • pengsan dan pening
  • keletihan
  • sesak nafas
  • sakit dada
  • tekanan darah rendah
  • kegagalan jantung
  • strok

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Keluar Susu Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal? Berbahayakah Untuk Kandungan Ibu Hamil?

Baca juga: Ibu Mengandung Berpuasa Di Bulan Ramadhan? Ini Nasihat Doktor!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!