Wow, 5 artis cantik ini sanggup jadi bini kedua dan kahwin dengan duda, ini kisah percintaan mereka

Wow, 5 artis Bollywood ini sanggup jadi bini kedua dan kahwin dengan duda. Mari baca kisah cinta mereka. Adakah mereka punca penceraian pertama suami?

Kahwin dengan duda atau menjadi isteri kedua bagi duda… bagi sesetengah keluarga, hal ini mungkin agak sensitif. Iyalah, ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka menganggap lelaki bujang lebih cocok dengan anak mereka berbanding lelaki duda, kan?

Namun bukanlah duda itu tidak baik. Buktinya? Lihat saja bagaimana 5 diva Bollywood ini sanggup memilih untuk kahwin dengan duda dan bahagia kini!

Kebanyakan duda yang dikahwini telah melalui perkahwinan pertama yang tidak berjaya. Mari kita ikuti kisah cinta dan perkahwinan 5 artis diva Bollywood ini dengan lelaki duda.

1. Kareena Kapoor

kahwin dengan duda, duda, perkahwinan kedua, artis, artis bollywood, bollywood, selebriti

Sebelum berkahwin dengan Kareena, Saif merupakan suami kepada Amrita Singh. Mereka bernikah pada tahun 1991, ketika Saif Ali Khan belum lagi memulakan kariernya dalam dunia Bollywood.

Perkahwinan Saif dan Amrita awalnya ditentang kerana usia Amrita yang jauh lebih tua dari Saif.

Namun panas tidak sampai ke petang, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada tahun 2004. 3 tahun kemudian, barulah Saif mula bercinta dengan Kareena Kapoor.

Kareena berusaha menjadi sahabat terbaik kepada kedua-dua anak Saif iaitu Sara dan Ibrahim. Kemudian pada tahun 2012 barulah Kareena dan Saif berkahwin. Kini pasangan ini mempunyai anak lelaki yang bernama Taimur Ali Pataudi Khan.

2. Mendiang Sridevi

kahwin dengan duda, duda, perkahwinan kedua, artis, artis bollywood, bollywood, selebriti

Mendiang Sridevi merupakan isteri kepada seorang produser Bollywood iaitu Boney Kapoor. Sebelum berkahwin dengan Sridevi, Boney pernah berkahwin selama 8 tahun. Namun perkahwinannya itu berakhir dengan penceraian.

Perkahwinan Sridevi dengan Boney Kapoor kemudiannya dihiasi dengan 2 cahaya mata iaitu Jhanvi dan Khushi.

3. Shilpa Shetty

kahwin dengan duda, duda, perkahwinan kedua, artis, artis bollywood, bollywood, selebriti

Raj Kundra merupakan seorang usahawan yang kaya dan telah berkahwin dengan seorang wanita cantik bernama Kavita. Namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2006.

Tiga tahun kemudian, Raj telah melawar Shilpa Shetty. Kini mereka mempunyai seorang anak lelaki yang telah dinamakan Viaan. Menurut perkhabaran media, Shilpa Shetty merupakan sebab mengapa Raj menceraikan bekas isterinya.

Namun, Shilpa Shetty menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

4. Rani Mukherji

kahwin dengan duda, duda, perkahwinan kedua, artis, artis bollywood, bollywood, selebriti

Suaminya, Aditya Chopra merupakan produser filem yang terkenal. Sebelum berkahwin dengan Rani, Aditya berkahwin dengan Payal, seorang pereka dalaman pada tahun 2001.

Tetapi perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada tahun 2009.

Setelah bercerai, Aditya mula mendekati Rani. Walaupun begitu, masih ada yang mengatakan Rani adalah perampas suami orang.

Mereka kemudian berkahwin di Itali dan kini mempunyai seorang anak perempuan bernama Adira.

5. Kiran Rao (isteri Amir Khan)

kahwin dengan duda, duda, perkahwinan kedua, artis, artis bollywood, bollywood, selebriti

Aamir Khan telah berkahwin dengan kekasih sejak kecil pada tahun 1987. Dan mempunyai dua orang anak, Junaid dan Ira. Mereka bercerai pada tahun 2002.

Kemudian pada tahun 2005, Aamir Khan berkahwin dengan Kiran Rao dan mempunyai seorang anak bernama Azad yang dilahirkan melalui ibu tumpang.

 

 

 

 

 

 

Sumber : theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comartis-bollywood-lelaki/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!