Lelaki harus kahwin dengan wanita bijak untuk hidup yang lebih baik, ini sebabnya

lead image

Kahwin wanita bijak boleh mengurangkan risiko demensia dan meningkatkan kualiti hidup anda. Jadi, adakah anda mengahwini wanita bijak?

Kajian telah lama mengupas tentang rahsia perkahwinan yang sihat. Menurut pakar kesihatan mental Lawrence Whalley, lelaki perlu kahwin wanita bijak untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. 

Tapi mengapa?

Jika anda kahwin wanita bijak, intelek anda akan sentiasa terangsang

Lawrence J. Whalley, pengarang Understanding Brain Aging and Dementiabercakap, jika anda kahwin wanita bijak, intelek anda akan sentiasa terangsang. Dengan itu, ia bukan sahaja akan menjauhkan anda dari demensia di usia tua, malah anda juga boleh memperbaiki kualiti hidup.

Ini disebabkan jika anda kahwin wanita bijak, anda akan sentiasa terpesona dan tercabar oleh kecerdikan mereka.

kahwin wanita bijak

Kajian sebelum ini mengatakan perkahwinan adalah salah satu cara untuk melawan kemerosotan otak. Walaubagaimanapun, pengarang bersama kajia dan juga seorang psikiatri Andrew Sommerlad pula menjelaskan yang perkahwinan sahaja bukan kunci utama.

"Kajian kami menunjukkan yang kesan perlindungan dikaitkan dengan pelbagai faktor gaya hidup yang mengiringi perkahwinan, seperti menjalani gaya hidup yang sihat dan mempunyai lebih stimulasi sosial jika tinggal bersama pasangan."

Kahwin wanita bijak: Peningkatan dimensia di Asia

Terdapat lebih 47 juta orang di dunia yang menghidapi demensia.

Bertentangan dengan kepercayaan ramai orang, demensia berbeza dari Alzheimer. Ia adalah penyakit yang tidak spesifik, dengan simptom yang pengurangan memori dan keupayaan mental.

Namun Alzheimer adalah penyumbang besar kepada kebanyakkan kes demensia.

kahwin wanita bijak

Di Asia, demensia seperti yang diterangkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) adalah wabak yang semakin meningkat. Ini meninggalkan beban kepada pasangan dan penjaga.

Teori seperti Lawrence adalah satu jaminan yang kita inginkan. Kita ada kuasa untuk melawan penyakit yang tidak boleh diubati ini dan penyakit yang boleh mencuri kehidupan orang yang kita sayang.

Tips untuk mencegah demensia

Adakah anda berisiko untuk mengalami demensia? Ia semua bergantung kepada kombinasi beberapa faktor seperti umur, genetik, keadaan kesihatan dan pilihan gaya hidup.

Penuaan merupakan risiko yang paling tinggi untuk demensia. Satu dari 20 orang yang mengalami demensia berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun, ada juga demensia muda.

Jadi, pakar percaya lelaki yang kahwin wanita bijak boleh membantu memperlahankan proses penuaan.

Siapa yang berisiko untuk mengalami demensia?

  • Wanita lebih berisiko besar untuk mengalami demensia berbanding lelaki.
  • Demensia boleh diwarisi tetapi penyelidikan yang lebih diperlukan untuk mengetahui bagaimana ini terjadi.
  • Kardiovaskular seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan obesiti  sebagai meningkatkan risiko demensia.

Bagaimana untuk mengurangkan risiko demensia?

Kahwin wanita bijak

Selain dari nasihat yang anda patut berkahwin dengan wanita bijak, wanita dan lelaki boleh mencegah demensia melalui gaya hidup yang sihat seperti:

1. Makan dengan baik

Diet yang seimbang dan sihat mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Mengikuti plan diet  yang betul boleh mengurangkan risiko demensia.

MIND diet — Intervensi Mediterranean-DASH untuk kelewatan Neurodegenerative — telah diketahui berkesan untuk menurunkan risiko sebanyak 53%.

Diet ini melibatkan: gandum penuh (sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari), sayur hijau (6 hidangan sehari), beri (2 hidangan seminggu), ikan (1 hidangan seminggu), kekacang (5 hidangan seminggu).

2. Senaman

Senaman bukan sahaja boleh buat berat badan berkurang, ia juga meningkatkan metabolism otak.
Jadi, apa kata anda naik basikal atau berlari bersama pasangan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

3. Tidur yang cukup

Di penghujung hari yang sibuk, badan dan otak perlukan masa untuk sembuh dan cas semula. Mendapatkan tidur yang cukup boleh membaik pulih perhatian anda dan mood anda. Ia juga boleh membaik pulih kulit anda. Menurut Harvard Health, tidur yang cukup boleh melawab Alzheimer.

4. Bergaul

Berhubung dengan rakan-rakan yang mencabar anda yang memberi inspirasi untuk anda. Ini bukan sahaja boleh buat anda menikmati hidup, ia juga boleh buat pemikiran anda tajam.
Kekalkan rakan-rakan yang merangsang emosi dan intelek anda seperti isteri yang bijak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore 

Baca juga

https://my.theasianparent.com/perkahwinan-sakit-jantung-kesihatan/