Peguam Dedah Wanita Bersungguh Nak Kahwin Laki Orang, Akhirnya Frust Sendiri, Sorry Sayang...
Heboh kini, pelbagai kisah curang, kahwin lain, rampas suami orang. Ibarat kisah bercinta dengan suami orang jadi topik hangat minggu ini.
Heboh di laman media sosial kini, pelbagai kisah curang, kahwin lain, rampas suami orang dan sebagainya di laman media sosial ketika ini. Ibarat kisah bercinta dengan suami orang jadi topik hangat minggu ini.
Bagi mereka yang dah berkahwin, mungkin ada rasa kecut perut bila melihat pelbagai ragam dan perangai, baik lelaki mahupun wanita. Seperti sama naik gayanya.
Tidak kisah siapa pun dia, berduit atau tidak, ada yang kata rupa paras pun tidak seberapa tetapi terlalu ‘laku’ pula di pasaran. Seperti dilaporkan mStar peguam syarie ini Nurul Izzah Zainol berkongsi pengalamannya mengendalikan kes seorang anak guamnya yang memilih bercinta dengan suami orang beberapa tahun lalu.
Rampas suami orang nak kahwin ikut undang-undang, tapi tak nak isteri pertama tahu
Peguam ini yang berkongsi posting di laman Facebook berkata wanita berkenaan memerlukan khidmat nasihatnya untuk berkahwin dengan teman lelakinya secara sah mengikut undang-undang, tetapi tidak mahu persetujuan dari isteri lelaki berkenaan.
“Ceritanya begini, dia adalah orang ketiga yang sedang bercinta dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri lelaki tersebut. Dia berjumpa saya untuk mengetahui ada tak cara poligami nak ikut undang-undang di Malaysia tanpa panggil isteri sedia ada datang court.
“Saya beitahu dia tak ada. Memang isteri sedia ada akan dinaman sebagai defendan/responden untuk hadir ke mahkamah untuk menjawab tuntutan poligami suami.
“Tak ada pintu belakang melainkan ada yang buat afidavit serahan palsu atau rasuah pegawai mahkamah. Wajahnya frust. Tak pus hati.”
Wanita itu memang tidak berputus asa dan tetap menemuinya lagi bagi memohon khidmat nasihat guaman. Bagaimanapun, untuk pertemuan kedua, peguam berkenaan menetapkan syarat untuk pertemuan kali kedua yang mana ia mesti disertai teman lelakinya itu.
“Di sebuah kafe di KLCC, wanita itu bawa saya brtemu mata dengan laki orang tersebut. Sambil menghembuskan rokok bersepul-sepul depan muka saya, dengan kereknya dia buat statement ‘saya hanya nak tahu, ada tak cara saya kahwin dengan dia ikut undang-undang tanpa isteri saya tahu?’
“Saya ulang sekali lagi, memag tiada. Isteri sedia ada akan dimaklumkan dengan tuntutan poligami encik.”
Bagaimanapun, peguam itu terkejut dengan jawapan lelaki berkenaan selepas itu.
“Dia kata kepada teman wanitanya, ‘OK, sorry sayang, I memang tak boleh kahwin dengan U kalau nak ikut undang-undang isteri I kena tahu. I tak nak nanti dia minta cerai, sebab I pun masih sayangkan dia macam I sayang U.
“tu dia, dua-dua belah dia nak makan. Serius terkejut dan frust perempuan bertudung litup tu bila dengar statement laki orang orang tu.”
Suami anda ditangkap curang, apa nak buat?
#1. Fokus dan rawat emosi diri
Belajar terima kenyataan. Tidak salah menangis. Menangislah sepuas-puasnya tetapi jangan terlalu lama, cukuplah seminggu. Selepas itu bangkitlah. Fokus dan rawat emosi anda supaya orang di sekeliling tidak terkena tempias ‘bara api’ terutamanya anak-anak.
Jadi bagaimana menyuntik elemen ranggi dalam jiwa untuk meniti cabaran berubah tangga di abad ini? Jangan biarkan diri anda terus sendu tidak bertepi.
Fokus kepada merawat hati anda, sayangi diri anda sepenuhnya malah lebih dari apa pun di dunia ini kerana getaran positif dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam diri anda ini sebenarnya berjangkit. Tak percaya? Cuba dulu ya.
#2. Buang persepsi negatif terhadap suami
Pasti terbayang-bayang di mata apa yang dilakukannya di belakang anda. Tapi belum cuba belum tahu ya. Berusaha buang persepsi negatif itu,
#3. Keputusan akhir di tangan anda
Jika tidak merasa, memang tak tahu. Jadi orang sekeliling memang boleh bercakap tetapi yang merasainya adalah anda. Persoalan sama ada perlukah memaafkan suami yang curang itu jawapannya hanya terletak pada anda.
Bukan semua luka boleh disembuhkan dengan peredaran masa, ada yang terlalu dalam hingga bernanah dan terlalu parah.
Jika rasa bersedia dan sanggup menerimanya kembali, teruskan. Jika rasa nak pandang muka pun tak mampu dan mahu teruskan hidup tanpa kehadirannya, teruskan langkah anda usah toleh ke belakang lagi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: mStar
Baca juga:
Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung? Apa Salah Kita?