Bayi lebih percaya dan suka merenung orang yang good-looking dan cantik - penyelidikan

lead image

Antara kajian berkaitan bayi yang menarik adalah tentang perangai bayi apabila berhadapan orang yang good-looking. Mereka akan merenung lebih lama pada yang kacak dan cantik!

Ibu ayah pernah terfikir tak mengapa bayi kita itu kadangkala suka tengok sesetengah orang, tapi kadangkala juga, tak suka tengok orang yang lain pula. Ada kajian berkaitan bayi (yang agak menarik) telah memberikan penjelasan tentang hal ini.

Kajian berkaitan bayi – mereka suka tengok orang cantik/handsome

Terdapat satu kajian berkaitan bayi yang telah dilakukan pada 2004 di UK. Ia menyentuh tentang aspek tingkah laku atau psikologi bayi.

Yang menariknya, kajian ini mendapati bayi tidak perlu belajar tentang cara mengenal wajah, tetapi sudah pun lahir dengan kemahiran ini.

kajian bayi, kajian berkaitan bayi, kajian tentang bayi

Kredit: Matadornetwork.com

Bayi dikatakan lebih gemar merenung atau melihat orang yang good-looking, tidak kisahlah sama ada ia lelaki atau perempuan. Asalkan yang di hadapannya itu sedap mata memandang, bayi itu tidak akan berhenti merenungnya.

Dalam kajian berkaitan bayi tersebut, pengkaji Alan Slater dan rakannya dari University of Exeter telah menunjukkan beberapa gambar wajah kepada bayi.

Mereka mendapati bayi akan merenung lebih lama pada gambar orang yang kacak atau cantik, berbanding gambar orang yang berwajah average atau kurang menarik.

Bayi suka merenung wajah yang menarik dan sedap mata memandang!

kajian bayi, kajian berkaitan bayi, kajian tentang bayi

Kredit: Shutterstock

Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru. Ahli psikologi perkembangan kanak-kanak sudah pun mengetahui yang bayi sememangnya menyukai beberapa objek tertentu.

Ia termasuklah imej yang sangat kontra atau pun yang berbentuk menarik. Namun, kajian masih belum dapat mengesahkan mengapa anak kecil ini menyukai sesetengah objek dan membenci sesetengah objek yang lain.

Yang menariknya, minat bayi pada objek juga merangkumi wajah orang dewasa yang sedap mata memandang!

Mengapa bayi suka tengok orang cantik?

Slater menerangkan yang bayi suka tengok orang cantik mungkin disebabkan orang cantik mempunyai wajah simetri sempurna seorang manusia.

Pada pandangan mata bayi, ia adalah stereotaip muka manusia yang telah pun mereka belajar untuk kenal secara semulajadi.

Wah, menarik juga penerangan ini! Tambah Slater lagi:

“Bayi lahir dengan persepsi wajah manusia yang sempurna. Maka, mereka seolah-olah sudah terbiasa dengan wajah orang yang cantik dan kacak yang banyak membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah lain. Malah, orang yang good-looking membantu mereka tentang dunia sosial!”

Amboi, sampai begitu sekali ya!

kajian bayi, kajian berkaitan bayi, kajian tentang bayi

Kredit: Farzad.uz

Lagi satu kajian berkaitan bayi yang suka tengok orang handsome atau cantik

Ada lagi satu kajian yang disiarkan dalam British Journal of Developmental Psychology di mana ia menunjukkan yang bayi serta kanak-kanak mudah percaya kata-kata orang yang berwajah elok, terutamanya kata-kata wanita cantik!

Adakah terdapat sebarang perbezaan antara reaksi bayi lelaki dengan bayi perempuan? Jawapannya adalah tidak!

Kedua-dua bayi lelaki dan perempuan mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama pada wanita cantik atau lelaki kacak berbanding mereka yang berwajah kurang menarik.

Jadi ibu ayah sekalian, kalau selepas ini ada bayi merenung wajah anda, jangan berasa gusar atau tidak senang duduk. Itu mungkin bermakna yang dia mengiktiraf anda sebagai seorang wanita cantik atau lelaki yang handsome!

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Wanita cantik cenderung dapat anak perempuan dan ini buktinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner