Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

Sementara kajian mengejut ini mengatakan ianya efektif, para pakar yang lain tidak mencapai konklusi yang sama. Jadi bagaimana anda merawat bayi kolik?

Kedengaran pelik, bukan? Walaupun saya sedar yang mereka adalah pakar di dalam bidang akupuntur paediatik yang merawat kanak-kanak, tetapi menggunakan teknik ini untuk merawat bayi kolik kedengaran mengarut.

Mengikuti laporan ini, di dalam kajian kontroversi yang pengkalannya di Sweden, bayi yang menangis di sebabkan kolik boleh dilegakan dengan akupuntur. Namun, pakar dari UK telah mencadangkan yang magnitud konklusi ini tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kajian kecil berjumlah 147 orang bayi di dalam lingkungan dua hingga lapan bulan.

Menurut kajian ini, durasi atau tempoh masa bayi menangis berlebihan berkurang di dalam kumpulan bayi yang terlibat di dalam kajian mereka. Namun, walau ianya menyedihkan dalam cuba mengawal bayi yang menangis disebabkan kolik, ianya bukanlah situasi yang menderitakan. Terdapat pelbagai cara untuk melegakan bayi, dan ianya jelas, akupuntur bukan di dalam senarai tersebut.

Bayi kolik selalunya menangis secara tidak terkawal sehingga selama 2-3 jam dan ianya kelihatan seperti tiada apa yang melegakan mereka. Sementara bayi kolik sebenarnya bukanlah sesuatu yang anda harus risau sebagai ibu bapa, ia sangat melemahkan semangat.

Melihat bayi kecil itu menangis umpama dia berada di dalam kesakitan yang amat sangat dan kita seperti tidak berguna di dalam pengalaman pahitnya, ia sangat menyedihkan.

Jadi bagaimana kita boleh melegakan bayi kolik? Berikut adalah beberapa cara yang efektif untuk anda ketahui. Sesetengah darinya berkesan untuk anak saya apabila dia berada di dalam fasa kolik. Saya harap dapat membantu anda juga:

  • Apa yang anda beri dia makan (minum)Sesetengah bayi menjadi tidak selesa kerana apa yang kita beri mereka makan (minum) atau bayi bayi menyusu badan, apa yang ibunya makan akan mempengaruhi ini. Cuba ubah satu atau dua perkara di dalam corak makanan anda. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin serta elakkan memberi susu lembu. Walaupun seperti tiada kaitan, ia mungkin membuatkan dia tidak selesa. Juga, sentiasa ingat untuk menyendawakannya selepas makan (minum).

baby colic

  • Bunyian atau pergerakan yang beritma: Berjalan semasa memegangnya atau mendodoikan bayi boleh melegakan kolik. Anda boleh hanya memegang erat dan mendodoikannya. Anda juga boleh menggunakan buaian untuk membuainya perlahan-lahan. Terdapat juga hari yang anak saya lebih tenang apabila kami meletakan dia di dalam tempat letak bayi di dalam kereta (carseat) dan membawanya berjalan di dalam kereta. Getaran dan pergerakan kereta melegakannya.
  • Berhenti menghakimi diri anda: Ya, memang cinta hati anda sedang menangis dan menangis tanpa henti sejak sejam yang lalu. Ya, ia seperti tiada apa yang anda boleh lalukan untuk melegakannya. Tetapi ia tidak bermakna tidak layak menjadi ibu atau bapa. Tahukah anda, kolik selalunya tidak mempunyai ‘ubat’? Jadi, ahli paediatrik mungkin hanya memberi anda titisan yang membuatkan bayi tidak kembung. Namun kembung hanya salah satu daripada banyak punca dan ubat tersebut tidak berkesan setiap masa.

Saya masih ingat, bergegas pergi berjumpa doktor semasa kali pertama anak saya menunjukkan tanda kolik. Saya menangis. Doktor tersebut, seorang yang berusia, melihat saya dan melihat anak saya kemudian berkata. “Berhenti menangis.”

Saya menjawab, “Saya tidak rasa dia mendengar apa yang anda cakap.” Dia mendengus, “Saya sedang meminta awak yang berhenti menangis. Jika anda nak menangis, bersedia untuk menangis selama 3 bulan, kerana kolik akan bertahan sekurang-kurangnya selama itu.”

Cuba teka? Dia hanya selang seminggu untuk genap 3 bulan, dan saya sedang menyiapkan diri saya untuk tangisan kolik bermula. Ia tidak. Tidak, saya tidak bergegas kepada doktor tersebut untuk memeluknya. Saya dapat rasa dia tidak sebegitu dramatis. Jadi, ingin saya tegaskan, relaks. Jika ianya kolik, dia akan baik-baik sahaja.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!