Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Semasa hamil, bukan sahaja ibu memerlukan kalsium untuk tulang bahkan bayi juga memerlukannya untuk pembentukan tulang dan organ.

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan lebih-lebih lagi suplemen kalsium untuk tulang.

Ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

Kepentingan Kalsium Untuk Tulang Ibu Mengandung

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Kalsium adalah satu unsur kimia yang penting untuk organisma hidup, termasuklah manusia. Kita memerlukan sejumlah kalsium untuk tulang yang tertentu untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat serta memelihara kesihatan hubungan antara otak dan pelbagai bahagian tubuh manusia.

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi pabila mereka lahir terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium untuk tulang juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.

Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Semasa hamil, anda bukan sahaja memerlukan kalsium untuk tulang tubuh anda, sebaliknya, bayi dalam kandungan juga memerlukan kalsium untuk membina tulang mereka, tumbesaran jantung, saraf, dan otot yang sihat, dan perkembangan degupan jantung yang normal serta keupayaan pembekuan darah.

Jika ibu mengandung tidak mendapat kalsium untuk tulang yang cukup dalam diet, bayi akan mendapatnya dari tulang ibu, sekaligus boleh menjejaskan kesihatan ibu nanti.

Panduan Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Biasanya suplemen kalsium untuk tulang akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka.

Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium untuk tulang sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Tapi, bagaimana nak pilih suplemen kalsium untuk tulang yang paling bagus? Jadi, kami kongsikan tip untuk memilih suplemen kalsium yang bagus untuk menampung nutrisi keperluan badan kita.

1. Jumlah dan sumber kalsium yang diambil

Terdapat pelbagai jenis sumber kalsium untuk tulang yang digunakan untuk membuat suplemen kalsium. Setiap satunya mempunyai jumlah kalsium yang berbeza, dan ianya dipanggil ‘elemental calcium’.

Kebiasaannya suplemen kalsium dihasilkan dari sumber:

  1. Kalsium Karbonat, Calcium Carbonate (40% elemental calcium)
  2. Kalsium Sitrat, Calcium Citrate (21% elemental calcium)
  3. Kalsium Lactat, Calcium Lactate (13% elemental calcium)
  4. Kalsium Glukonat, Calcium Gluconate (9% elemental calcium)

Selalunya sumber kalsium yang digunakan adalah dalam bentuk Karbonat dan Sitrat. Kalsium Karbonat lebih banyak digunakan oleh pengeluar suplemen kerana harganya lebih murah, akan tetapi ia lambat diserap di dalam perut berbanding Kalsium Sitrat.

Kalsium Karbonat memerlukan asid dalam perut untuk membantu proses penyerapan, akan tetapi Kalsium Sitrat tidak memerlukan asid perut untuk membantu proses penyerapan. Jadi ia boleh diambil ketika perut kosong.

Untuk mengira jumlah kalsium sebenar yang terdapat dalam satu tablet, sebagai contoh, katakan untuk satu tablet yang mengandungi 1000 mg Kalsium Karbonat, maksudnya ia mempunyai 40% elemental calcium, iaitu di dalamnya mengandungi 400 mg kalsium sahaja.

Jadi kita perlu ambil tahu berapa kandungan kalsium yang terdapat dalam satu tablet supaya kita tidak mengambil kalsium secara berlebihan.

2. Kandungan lain di dalam suplemen kalsium

Selain kalsium, terdapat kandungan nutrisi lain yang dicampur di dalam suplemen kalsium. Kebiasaannya suplemen kalsium untuk tulang ini ditambah mineral lain seperti vitamin D dan Magnesium. Sebaiknya kita memilih suplemen kalsium yang mengandungi campuran mineral lain.

Ini kerana dengan adanya mineral lain, ia dapat membantu kalsium menyerap dengan kadar yang lebih optimum.

3. Suplemen kalsium untuk tulang yang mudah larut

Walaupun terdapat banyak jenis suplemen kalsium di pasaran, tetapi carilah suplemen yang mudah diserap oleh badan supaya ia diserap sepenuhnya ke dalam badan kita.

Untuk mencari suplemen kalsium yang mudah larut, pastikan kita mengambil suplemen kalsium yang mengandungi dos yang kecil (500 mg atau kurang) kerana dengan dos yang kecil, ia lebih senang larut.

Kita boleh menguji kadar keterlarutan suplemen kalsium itu dengan memasukkannya ke dalam air suam dan dikacau sekali sahaja. Sekiranya ia hancur dalam masa kurang dari 30 minit, bermaksud ia mudah larut dalam badan kita.

4. Sumber kalsium untuk tulang

Elakkan suplemen kalsium yang dihasilkan dari tulang dan dolomite kerana ia dikhuatiri mengandungi plumbum yang boleh menyebabkan keracunan. Selain itu, boleh pilih suplemen kalsium yang dihasilkan menggunakan Kalsium Sitrat.

Ini kerana ia lebih mudah larut walaupun dalam keadaan perut kosong atau mengandungi asid perut. Ini sesuai untuk mereka yang telah berusia kerana kebanyakan mereka yang telah berusia mempunyai asid perut yang sedikit.

8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik
Caltrate 600 Plus
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Yang Meyokong Kekuatan Otot
more info icon Beli di Shopee
Blackmores Calcium + D3
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Jenama Popular
more info icon Beli di Shopee
Obical Calcium
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Pilihan Sejak 40 Tahun Lalu
more info icon Beli di Shopee
Calcium Carbonate
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Paling Murah
more info icon Beli di Shopee
Amway Nutrilite Cal Mag D Plus
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Tanpa Kandungan Laktosa
more info icon Beli di Shopee
Shaklee Ostenutrix
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Dengan Formula Unik
more info icon Beli di Shopee
Catalo Naturals Vegetarian Calcium Formula Prenatal Algae Calcium
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Dengan Tablet Sayuran
more info icon Beli di Shopee
Ostelin Calcium 600mg & Vitamin D3
Suplemen Kalsium Untuk Tulang Kuat
more info icon Beli di Shopee

Caltrate 600 Plus

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Yang Meyokong Kekuatan Otot

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik 

Caltrate 600 Plus untuk apa sebenarnya? Ia membantu mengekalkan tulang yang lebih kuat untuk mobiliti sendi yang lebih besar dengan tambahan nutrien yang menguatkan tulang ibu hamil. 

Caltrate 600 Plus turut mengandungi mineral lain seperti Magnesium untuk membantu tulang utama yang kuat, Zink untuk membantu pembentukan tulang dengan sokongan tisu yang sihat, Kuprum bagi menyokong mineralisasi tulang dan kolagen serta Mangan untuk sokongan pembangunan rangka.

Caltrate 600 Plus juga mengandungi Vitamin D yang boleh menyokong kekuatan otot yang membantu mengurangkan risiko keseluruhan patah tulang pada lelaki dan wanita.

Apa yang kami suka :

  • Ia bertindak sebagai multivitamin
  • Boleh diamalkan juga selepas bersalin
  • Ia direka khas dan bersalut filem untuk lebih mudah ditelan

Blackmores Calcium + D3

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Jenama Popular

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Kalsium adalah mineral yang paling banyak dalam badan, dan kira-kira 99 peratus daripada kalsium badan wujud dalam tulang. Fungsi utama kalsium ialah membina dan mengekalkan tulang dan gigi.

Kalsium juga terlibat dalam pelbagai peranan metabolik. Vitamin D adalah penting untuk penyerapan dan penggunaan kalsium. Kekurangan vitamin D mengakibatkan kekurangan kekuatan dan ketumpatan tulang.

Keperluan kalsium wanita meningkat selepas menopaus kerana tahap estrogen menurun menyebabkan penyerapan kalsium berkurangan.

Mahu mengatasi masalah ini, blackmore calcium d3 dicipta sebagai suplemen kalsium yang membekalkan 600 mg unsur kalsium dengan 500 IU vitamin D3 dalam setiap tablet yang mudah ditelan.

Vitamin D3 berfungsi untuk menyokong kepadatan mineral tulang dan membantu penyerapan kalsium. blackmore calcium d3 juga boleh membantu mengekalkan tulang yang sihat dan mengekalkan ketumpatan tulang.

Apa yang kami suka :

  • Jenama pilihan rakyat Malaysia
  • Mudah didapati di farmasi utama

Obical Calcium

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Pilihan Sejak 40 Tahun Lalu

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Obical Calcium adalah suplemen ibu hamil pilihan sejak 40 tahun lalu yang menyediakan kandungan kalsium yang diperkaya dengan FOS untuk meningkatkan penyerapan kalsium.

Obical Calcium berfungsi untuk mencegah serta mengatasi kadar kalsium yang rendah di dalam darah. Suplemen ini boleh diamalkan untuk memenuhi keperluan kalsium bagi mereka yang tidak mampu memenuhi keperluan kalsium dari makanan.

Ia memberikan kalsium tambahan yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk pemeliharaan dan perkembangan kesihatan, tulang dan gigi yang kuat.

Apa yang kami suka :

  • Turut mengandungi Magnesium, Phosphorus, Vitamin D3 dan FOS
  • Jenama suplemen kalsium pilihan ibu hamil
  • Harga yang murah
  • Mudah didapati di farmasi utama

Calcium Carbonate

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Paling Murah

Calcium Carbonate kalsium untuk tulang

Suplemen jenis kalsium karbonat cenderung menjadi nilai terbaik, kerana ia mengandungi jumlah unsur kalsium tertinggi (kira-kira 40% mengikut berat) dan ditawarkan pada harga yang murah.

Kerana kalsium karbonat memerlukan asid perut untuk penyerapan, sebaiknya ambil produk ini bersama makanan. Kebanyakan orang dapat menerima kalsium karbonat dengan baik, tetapi sesetengah orang mengadu tentang sembelit ringan atau rasa kembung.

Mengambil suplemen kalsium ini ketika hamil sebaiknya dikonsultasikan dengan doktor terlebih dahulu. Rekomendasi bertujuan agar keperluan kalsium janin dan ibu dapat dipenuhi.

Apa yang kami suka :

  • Harga yang murah
  • Sesuai dijadikan ubat antasid
  • Juga sesuai untuk penghidap Hyperphosphatemia dan Hypocalcemia

Amway Nutrilite Cal Mag D Plus

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Tanpa Kandungan Laktosa

Amway kalsium untuk tulang

Kalsium dan Vitamin D dapat membantu pembentukan tulang, sel dan otot bayi dalam kandungan. Pengambilan kedua-duanya dapat mengelakkan ibu mengandung mengalami masalah kekurangan kalsium yang boleh menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, gigi reput atau patah. 

Nutrilite Cal Mag D Plus mempunyai khasiat yang mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik. Satu tablet mengandungi 3 nutrien penting iaitu Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.

Kekurangan tiga vitamin ini ketika mengandung juga boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan darah tinggi yang boleh memudaratkan bayi dalam kandungan seperti kekurangan zat dan berat badan serta boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.

Ibu hanya perlu amalkan sebanyak 3 kali sehari sahaja untuk mengelakkan tulang dan gigi rapuh. 

Apa yang kami suka :

  •  Tidak mengandungi laktosa dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah intoleransi laktosa.

Shaklee Ostenutrix

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Dengan Formula Unik

Shaklee kalsium untuk tulang

OsteNutrix dengan tambahan 20 peratus vitamin D3 untuk penyerapan yang lebih baik berbanding formula lama, Ostematrix ia berbeza daripada suplemen kalsium yang berada dipasaran kerana ia mempunyai formula yang unik.

Kandungan di dalam ostematrix bukanlah hanya sekadar kalsium kerana ia dicampur dengan bahan mineral yang lain supaya ia lebih berkesan kepada penggunanya seperti mineral zink, tembaga, magnesium, boron dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Kesemua nutrien diatas wajib ada dalam suplemen kalsium yang kita ambil bagi memastikan 99 peratus kalsium menyerap ke dalam badan ibu. Secara tak langsung, dengan adanya mineral lain dalam suplemen kalsium ini, ia dapat mengelakkan endapan mineral yang lain dalam badan kita.

Apa yang kami suka :

  • Mudah ditelan
  • Cepat diserap

Catalo Naturals Vegetarian Calcium Formula Prenatal Algae Calcium

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Dengan Tablet Sayuran

Catalo kalsium untuk tulang

Merupakan formula kalsium vegetarian yang mengandungi kalsium Alga Merah yang kaya dengan kalsium, magnesium dan 72 mineral berbeza dan unsur surih lain, ia sangat bioaktif yang memudahkan tubuh menyerap dan digunakannya.

Selain itu, suplemen ini juga mengandungi Acerola Cherry yang mempunyai kandungan vitamin C bagi meningkatkan lagi penyerapan kalsium dan zat besi serta menyokong imuniti ibu.

Jika diambil sebelum mengandung, suplemen ini berfungsi untuk meningkatkan imuniti sebagai persediaan sebelum hamil manakala jika diambil ketika hamil, ia berperanan untuk memberikan sumber kalsium yang diperlukan ibu dan anak dalam kandungan dan jika diambil ketika menyusu, anak dapat menyerap vitamin C yang terkandung dalam susu ibu.

Apa yang kami suka :

  • Boleh diamalkan sebelum, semasa & selepas hamil
  • Menyokong kesihatan tulang 
  • 100% semula jadi
  • Keberkesanan potensi yang berkualiti

Ostelin Calcium 600mg & Vitamin D3

Suplemen Kalsium Untuk Tulang Kuat

Ostelin kalsium untuk tulang

Ostelin Calcium & Vitamin D3 ialah suplemen gabungan dengan kalsium dan vitamin D3 semulajadi.

Kalsium meningkatkan ketumpatan mineral tulang, membantu perkembangan normal tulang yang sihat dalam kalangan ibu hamil dan juga membantu dalam pencegahan osteoporosis apabila pengambilan makanan dengan sumber kalsium yang tidak mencukupi.

Vitamin D adalah penting untuk penyerapan kalsium, membantu menyokong fungsi otot dan boleh membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.

Apa yang kami suka :

  • Tanpa kandungan yis, gluten, laktos
  • Tanpa pewarna, pemanis tiruan, dan pengawet
  • Tanpa bahan tenusu
  • Mempunyai sijil Halal

Perbandingan Harga Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Jenama Kuantiti Harga
Caltrate 600 Plus 60 tablet RM30.84
Blackmores Calcium + D3 30 tablet RM16.54
Obical Calcium 30 tablet RM32.99
Calcium Carbonate 100 biji RM7.90
Amway Nutrilite Cal Mag D Plus 180 tablet RM62
Shaklee Ostenutrix 120 tablet RM63
Catalo Naturals Vegetarian Calcium Formula Prenatal Algae Calcium 60 tablet RM168.90
Ostelin Calcium 600mg & Vitamin D3 300 tablet RM83.07

Sumber Lain Kalsium Untuk Pemakanan Ibu Hamil

Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Dietari kalsium boleh ditemui dalam beberapa makanan dan minuman tertentu, malah kita juga disarankan untuk mengambil kalsium daripada pelbagai sumber. Antara makanan dan minuman yang merupakan sumber kaya kalsium;

1. Susu

Salah satu makanan tinggi kalsium yang paling popular iaitu susu. Faktanya, setiap produk susu termasuklah yoghurt dan keju mempunyai kandungan kalsium dalam yang tinggi. Jika ibu tidak alergi terhadap produk susu, mengamalkan segelas susu dapat mengisi kembali tubuh dengan sekitar 300 mg kalsium. Secawan yoghurt dapat memberi ibu sekitar 450 mg, sedangkan secawan keju cottage hanya mengandungi hingga 138 mg kalsium. Ini menjadikan susu sebagai sumber makanan yang berharga sepanjang kehamilan.

2. Kurma

Kurma memiliki pelbagai nutrisi bermanfaat, antaranya kalsium malah termasuk dalam makanan berkalsium tinggi. Buah kurma juga tinggi akan nutrisi lain seperti karbohidrat, kalium, magnesium, dan zat besi, menjadikannya makanan yang bermanfaat untuk dimakan selama kehamilan. Buah ini dapat mengisi 38 mg kalsium bila dimakan satu portion kurma seberat 100 miligram.

3. Badam

Makanan tinggi kalsium untuk ibu hamil seterusnya adalah almond atau badam yang penuh dengan kandungan kalsium serta vitamin E. Dengan mengonsumsi seperempat cawan, ibu mendapat sehingga 88 mg kalsium. Belum lagi memakannya dalam jumlah sedang setiap hari dapat membantu mengurangkan keradangan, gula darah, dan stres oksidatif. Ini dapat membantu mencegah bayi mengalami gangguan metabolisme di kemudian hari.

4. Buah-buahan

Pada trimester ketiga kehamilan, ibu mungkin merasa tidak suka dengan sebahagian besar makanan, bahkan mungkin susu. Jika itu masalahnya, pertimbangkan untuk menikmati buah-buahan seperti oren, kiwi, aprikot, nenas, betik, strawberi, dan limau mandarin sebagai makanan tinggi kalsium.

Bayam adalah sayuran berdaun hijau yanf dapat membantu mencegah kanser, menurunkan tekanan darah, dan meningkatkan kesihatan mata. Sayuran berdaun ini bahkan sangat bermanfaat bagi kesihatan ibu hamil. Bayam adalah salah satu sayuran yang dapat memberi nutrisi yang banyak selama kehamilan.

Dengan mengamalkan bayam, ibu akan mendapatkan sekitar 99 mg kalsium dalam 100 gram bayam. Selain perkembangan tulang, kalsium juga membantu mencegah pembekuan darah di arteri dan juga bertanggung jawab untuk meningkatkan fungsi saraf atau otot.

6. Sardin dalam tin

Sardin dalam tin merupakan makanan tinggi kalsium untuk ibu hamil. 92 gram sardin dalam tin mengandungi 35 peratus dari RDI. Ikan berminyak ini juga menyediakan protein berkualiti tinggi dan asid lemak omega-3, yang baik untuk jantung, otak, dan kulit ibu.

Meskipun makanan laut mengandungi merkuri, ikan yang lebih kecil seperti sardin memiliki kadar yang rendah. Selain itu, sardin juga memiliki paras selenium yang tinggi, mineral yang dapat mencegah dan membalikkan toksik merkuri. Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kurang vitamin D dan kalsium boleh buat anak cacat seperti ini!

Baca juga: Serbuk Bilis Homemade Dapat Menaikkan Selera Makan Anak, Ia Tinggi Kalsium & Vitamin A!

Baca juga: 5 Jenis Nutrisi Pemakanan Yang Membantu Anak-Anak Membesar Dengan Sihat & Pintar