Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

undefined

Kanak-kanak tersebut dikatakan tertidur sebelum terperangkap selama 3 jam dalam van terbabit. Beliau maut kerana strok haba. Kanak-kanak paling berisiko terkena serangan strok haba!

Rawang – Seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki van bersama 3 kanak-kanak lain, maut selepas terperangkap selama 3 jam dalam van yang membawa mereka. Kejadian ini berlaku di Bandar Country Homes, Rawang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Mohd. Marzuki Mohd. Mokhtar, mereka dalam perjalanan untuk ke Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) pada pukul 2.30 petang.

Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

Kredit gambar: My NewsHub

Mangsa bernama Muhammad Iqram Danish Abdullah, kemudiannya dipercayai tertidur, sebelum beliau terperangkap selama lebih daripada 3 jam lalu tidak sedarkan diri.

Berdasarkan siasatan awal, pemandu van terbabit tidak sedar yang Muhammad Iqram tertidur dalam van terbabit. Lalu, selepas menghantar mereka ke KAFA, dia bergegas pulang.

Kira-kira pukul 5 petang, ketika dia ingin mengambil semua kanak-kanak itu semula, dia menjumpai Muhammad Iqram dalam van dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Memetik laporan daripada Harian Metro, pemandu van tersebut terus menghantar kanak-kanak malang itu ke klinik berhampiran. Muhammad Iqram kemdiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan kecemasan.

Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

Kredit gambar: My Metro

Akan tetapi, mangsa tidak sempat untuk diselamatkan. Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa disahkan meninggal dunia kerana serangan stok haba. Namun, kes ini masih dalam siasatan kerana pihak polis mendapati terdapat beberapa unsur kecuaian yang boleh disabitkan.

Keterangan lanjut telah diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Apakah itu Serangan Strok Haba?

Strok haba adalah sejenis hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak. Normalnya, suhu badan manusia adalah 37°C. Tapi, jika suhu badan meningkah hingga melebihi 40.5°C, anda boleh terkena serangan strok haba!

Kes serangan strok haba merupakan kes perubatan kecemasan yang serius kerana jika mangsa tidak menerima rawatan yang segera, maut menanti!

Bagaimana Serangan Strok Haba terjadi?

Umumnya, badan manusia mengeluarkan haba kerana metabolisme. Kemudian, badan akan menghilangkan haba itu dengan proses sejatan peluh.

Tapi, jika badan terbuka pada keadaan haba yang terlampau panas, badan tidak akan dapat menghilangkan haba dengan sempurna. Lalu suhu badan meningkat hingga serangan strok haba terjadi.

Ataupun, serangan ini boleh terjadi kerana dehidrasi. Individu yang kekurangan air tidak dapat mengeluarkan peluh, lalu meningkatkan suhu badan. Akibat suhu badan yang meningkat, badan mengalami penyahhidratan yang teruk, tisu otak membengkak, tekanan darah rendah dan kerosakan pada organ hingga maut.

Kanak-Kanak Paling Berisiko!

Bayi dan kanak-kanak paling berisiko untuk mengalami serangan ini. Lebih-lebih lagi jika mereka ditinggalkan dalam kenderaan yang tertutup.

Ini sebab suhu dalaman kereta yang berkunci boleh meningkat dari 10 hingga 20 darjah dalam masa 20 minit. Jadi, kepanasan melampau boleh terjadi!

Jadi, jangan sesekali tinggal si manja anda dalam kereta, ibu bapa semua! Anda harus beringat sebelum terjadi!

 

Kredit gambar: My News Hub

Sumber rujukan: My News Hub

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!