Prasekolah ini sengaja beri dadah, cucuk dan cabul kanak-kanak

lead image

Kes kanak kanak didera seakan tak pernah habis. Ini kisah sebuah prasekolah kejam yang sengaja beri dadah, cucuk jarum dan mencabul kanak-kanak pula!

Kanak kanak didera di prasekolah terkenal

Tambah lagi satu kes kanak kanak didera di China. Jika sebelum ini kami pernah melaporkan sebuah taska di China sengaja menyapu wasabi ke muka kanak-kanak, kali ini kes penderaan di prasekolah ini lebih teruk!

Menurut laporan Reuters dan People’s Daily, beberapa guru dan tenaga pengajar di sebuah prasekolah terkenal di China telah dituduh mencabul, memberikan dadah dan menyucuk hampir berdozen-dozen kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Kes kanak kanak didera ini sungguh mengejutkan! Ramai ibu bapa telah tampil ke hadapan dan menfailkan pertuduhan pada tenaga-tenaga pengajar terbabit. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/Collage Fotor 2.jpg Prasekolah ini sengaja beri dadah, cucuk dan cabul kanak kanak

Kredit The Independent

Kanak kanak didera dengan diberi dadah, disuruh berbogel dan dicucuk

Prasekolah itu adalah sebuah sekolah yang dimiliki oleh Red Yellow Blue (RYB) Education group. Ia salah sebuah kumpulan pendidikan prasekolah terkenal untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. 

Pada September tahun lepas, RYB Education group telah mencipta nama di New York Stock Exchange sehingga diangkat sebagai pembekal pendidikan awal kanak-kanak China pertama di Amerika Syarikat.

Ramai ibu bapa yang mengadu tentang kes kanak kanak didera ini mendapati selepas menghantar anak mereka ke prasekolah tersebut, anak mereka pulang ke rumah memberitahu yang cikgu telah “melakukan sesuatu pada mereka”. 

Antaranya, mereka disuruh berbogel. Selain itu, terdapat kesan jarum di anggota badan kanak-kanak terbabit. 8 ibu bapa juga akan menyaman prasekolah tersebut kerana pemberian dadah pada anak mereka.

Semuanya terbongkar apabila 2  ibu bapa menemui satu “pil putih” pada anak mereka. Apabila mereka menyoal dari mana datangnya pil itu, si anak menjawab cikgu yang memberikannya pada mereka. Mereka disuruh makan pil itu untuk cepat tidur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/Amoxicillin Dosage For Kids 624x416.jpg Prasekolah ini sengaja beri dadah, cucuk dan cabul kanak kanak

Kredit: MomJunction

Anak kecil itu juga dengan jujur mengatakan mereka perlu makan pil tersebut setiap hari!

Pembongkaran kes kanak kanak didera dan dicabul di prasekolah

Seorang lagi ibu telah mendapati terdapat beberapa kesan jarum di tangan dan badan anaknya. Ketika dia menyoal hal ini pada si cikgu, mereka mengatakan mereka tidak tahu apa-apa.

Ibu tersebut pantas menyoal anaknya pula. Anaknya berkata ada “pakcik” dan “atok” yang akan datang ke sekolah untuk memeriksa kesihatan mereka. Ketika pemeriksaan, kanak-kanak tersebut diminta untuk berbogel.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/ryb scandal2.jpg Prasekolah ini sengaja beri dadah, cucuk dan cabul kanak kanak

Malah, kanak-kanak itu juga menunjukkan bagaimana atok dan pakcik terbabit menyentuh beberapa bahagian sulit yang tak sepatutnya disentuh!

Mereka buat seolah-olah perkara itu normal. Jadi anak-anak ingat ia normal!” 

Pada hari Khamis lepas, semua ibu bapa mangsa telah berkumpul di depan pagar prasekolah terbabit untuk melakukan protes. Mereka menuntut untuk melihat video pengawasan yang ada dalam prasekolah itu.

Namun menurut laporan, video pengawasan terbabit telah diambil oleh pihak polis dan mereka sedang melakukan siasatan lanjut. 

Seorang bapa telah mendedahkan bagaimana beliau membawa anaknya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas kejadian ini. Di sana, doktor mendapati terdapat kesan trauma pada kawasan punggung kanak-kanak itu!

Semua kanak-kanak di prasekolah itu juga didapati telah diugut untuk tidak memberitahu sebarang kejadian aneh ini kepada ibu bapa mereka. Pengugut mengatakan mereka ada “teleskop yang panjang” untuk melihat segala gerak-geri kanak-kanak terbabit.

Hari demi hari, lebih banyak kes penderaan kita dengar. Ada kanak-kanak yang didera di sekolah, taska mahupun yang didera si pengasuh. Ini membuatkan lebih ramai ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak ke tempat pendidikan sedemikian.

Nasihat saya, dapatkan maklumat lanjut tentang setiap tempat pendidikan/asuhan yang anda ingin pilih untuk menghantar anak. Kalau boleh, semak tempat tersebut dengan mengejut untuk melihat bagaimana pengendalian mereka di sana.

Semoga kes seperti ini dapat dielak pada masa akan datang. Sama-sama kita melindungi anak kita, ya!

 

 

 

Sumber rujukan: The Independent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ramai kanak-kanak ini didera dengan teruk di taska

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!