Kanak-Kanak 1 Tahun 6 Bulan Dirogol Jiran Sendiri Depan Kanak-Kanak Lain

Kanak-Kanak 1 Tahun 6 Bulan Dirogol Jiran Sendiri Depan Kanak-Kanak Lain

Sampai hati lelaki durjana ini sanggup merogol anak jiran sendiri depan kanak-kanak lain! Mana belas ehsannya?

Kanak-kanak dirogol

Kes rogol tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jenayah remeh.

Jenayah rogol tetap rogol, walau siapapun mangsanya.

Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India.

Seorang lelaki telah ditangkap atas tuduhan merogol kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri!

Lelaki durjana tersebut telah ditahan Jumaat lalu dan merupakan pemangsa kes serangan seksual terhadap mangsa “minor” yang terkini di India.

Kanak-Kanak 1 Tahun 6 Bulan Dirogol Jiran Sendiri Depan Kanak-Kanak Lain

Semuanya bermula begini…

Kanak-kanak yang baru berusia 18 bulan itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersalah ini telah rogol oleh pemangsa dalam bilik rumah. 

Mangsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berdarah dan kesakitan.

Ibu mangsa yang menjumpainya amat terkejut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke Hospital New Delhi.

Perogol kanak-kanak itu ditahan

Menurut pegawai di Aman Vihar, perogol kanak-kanak itu telah ditahan di rumahnya.

Dia akan dikenakan hukuman di bawah Akta Gangguan Seksual yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kanak-Kanak 1 Tahun 6 Bulan Dirogol Jiran Sendiri Depan Kanak-Kanak Lain

 

Perogol tersebut mungkin akan dihukum, tapi bagaimana dengan nasib kanak-kanak malang itu?

Ketika dilawat di hospital. kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbaring, kesan akibat trauma

Sepanjang tahun 2015 saja, hampir 11,000 kes rogol kanak-kanak dilaporkan oleh National Crime Records Bureau. 

Menurut anggaran, 3 kanak-kanak akan dirogol setiap hari di Delhi.

Malah berdasarkan data childtrauma.org, hampir 1 daripada 3 mangsa rogol adalah perempuan yang berusia 18 tahun ke bawah!

Trauma kanak-kanak yang dirogol

Setiap mangsa rogol, tidak kiralah sama ada orang dewasa atau kanak-kanak akan mengalami episod trauma selepas kejadian ngeri tersebut.

Menurut Psychology Today, penderaan seksual seperti rogol mampu menyebabkan trauma kerana rasa malu yang disimpan oleh mangsa.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang dirogol akan mengalami episod trauma yang lebih dahsyat.

Ini kerana mangsa terlalu muda untuk mengekspresikan apa yang mereka rasa terhadap perkara yang terjadi. Jadi, mereka lebih sukar untuk mencari bantuan.

Kanak-Kanak 1 Tahun 6 Bulan Dirogol Jiran Sendiri Depan Kanak-Kanak Lain

Akibatnya, mereka mungkin akan menghadapi post traumatic stress disorder (PTSD) atau depresi.

Tiada kata-kata yang mampu meluahkan rasa marah pada seorang perogol.

Sebagai ibu bapa, jagalah anak anda dengan sehabis baik. Mari elakkan kejadian ini daripada berulang dengan sentiasa peka pada tanda-tanda yang ditunjuk anak anda.

Menurut American Academy of Experts in Traumatic Stress, mangsa gangguan seksual seperti rogol dan cabul akan menunjukkan beberapa tanda.

Antaranya seperti:

  1. Mengasingkan diri sendiri
  2. Tidak mempercayai orang dewasa
  3. Ingin bunuh diri
  4. Cuba mengelak sesuatu benda fizikal atau seksual
  5. Ada gangguan tidur, sering mimpi ngeri, takut untuk tidur
  6. Cuba mencederakan diri sendiri
  7. Tidak mahu ke sekolah, berjumpa doktor atau balik ke rumah
  8. Berahsia
  9. Meragam dan melakukan keganasan
  10. Gemar menggigit sesuatu

Walaubagaimanapun, kajian juga telah membuktikan kanak-kanak yang pernah melalui gangguan seksual akan lebih mudah pulih jika mereka mempunyai sokongan dari orang dewasa.

Sokongan anda amat penting dalam membentuk semula hidup kanak-kanak ini yang musnah.

Sumber rujukan: Channel News Asia dan Psychology Today

Kredit gambar: Upsocl

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner