Seorang Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas Di Baby Spa

Share this article with other mums

Sebuah rakaman CCTV telah menunjukkan seorang kanak-kanak hampir mati lemas apabila pelampungnya terbalik ketika dibiarkan mandi bersendirian di dalam kolam

Sebuah rakaman CCTV yang telah dikongsi di Facebook menunjukkan seorang kanak-kanak hampir mati lemas apabila pelampungnya terbalik ketika dibiarkan mandi bersendirian di dalam kolam.

Posting asal oleh The Alternative tidak menyata di mana kejadian itu telah berlaku tetapi selepas itu, Daily Mail telah melaporkan kejadian itu telah berlaku di pusat renang Leyou Baobei di Zhaoyuan, wilayah Shandong, China pada 17 Mei.

 

Kecuaian Staf 

Pada permulaan rakaman itu, kanak-kanak itu sedang menggunakan sebuah pelampung berwarna merah jambu dan sedang bermain air di dalam kolam. Pelampung yang digunakan nampaknya macam pelampung jenis kerusi(swim ring seat) dan bukan pelampung leher bayi.

Tidak lama kemudian, rakaman menunjukkan staf spa bayi itu telah meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian dan tiada orang lain di bilik tersebut. 

Kolam kanak-kanak tersebut terletak bersebelahan dengan dinding kaca yang menghala jalan laluan dalam pusat membeli belah. Kelihatan macam kepala dua orang lain yang sedang duduk di kawasan luar bilik kolam tersebut, tetapi saya pun kurang pasti.

Dalam keseronokan, pelampung kanak-kanak tersebut telah terbalik dan untuk lebih dari 1 minit kanak-kanak telah cuba untuk terbalikkan dirinya untuk bernafas, tetapi tidak terdaya.

Dari rakaman tersebut, saya tidak pasti siapa yang telah memaklumkan orang-orang yang sedang duduk menunggu di luar, tetapi mereka telah bergegas masuk untuk menolong kanak-kanak itu.

Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan dan di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Pekerja pusat renang Leyou Baobei, enggan memberi sebarang ulasan apabila orang ramai menyalahkannya kerana membiarkan kanak-kanak tersebut tanpa pengawasan di dalam kolam. 

Berapa lama sebelum anak lemas?

  • Pergi mengambil tuala (10 saat), kanak-kanak di dalam tab mandi boleh tenggelam.
  • Menjawab telefon (2 min), kanak-kanak boleh pengsan.
  • Layan abang Poslaju untuk sign pakej (4-6 min), kanak-kanak boleh tenggelam di dalam tab atau kolam dan boleh mengalami kerosakan otak.

Berapa banyak air boleh mengakibatkan kelemasan?

  • Hanya beberapa inci air dalam tab mandi.
  • Sebaldi air.
  • Apa-apa jumlah air yang menutupi mulut & hidung.

 

JANGAN TINGGALKAN ANAK BERSENDIRIAN KETIKA MEREKA BERENANG!

Malah spa bayi yang bereputasi, mempunyai syarat di mana ia adalah wajib untuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak untuk berada di situ.

Tetapi kalau sudah berada di situ pun, ibu bapa juga kenalah perhatikan anak mereka pada setiap masa, kerana kanak-kanak boleh lemas dengan sekelip mata.

Ya, memang salah staf yang cuai itu, tetapi jangan ambil ringan kanak-kanak yang sedang bermain air. Ia tanggungjawab kita juga sebagai ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak kita sendiri. Jangan ingat senang je dah bayar, biar orang lain yang tengok-tengokkan.

Jika berlakunya apa-apa nanti, siapa yang sakit hati? Kalau betul-betul dah lemas anak itu, nyawa yang hilang tidak akan kembali.

 

Sumber rujukan lain: YMCA

Kanak-kanak hampir lemas pelampung terbalik

Rakaman cctv – Seorang kanak-kanak hampir mati lemas apabila pelampungnya terbalik ketika dibiarkan mandi bersendirian di dalam kolam.

Posted by The Alternatif on Wednesday, 17 May 2017

Baby Health & Safety Parenting tips