Kanak-Kanak Hilang Selepas Ditinggalkan Tidur Berseorangan Dalam Bilik
Sepasang ibu bapa telah mengambil keputusan yang amat mereka kesal hingga kini...
Anda bercadang untuk menikmati masa berdua dengan pasangan selepas menidurkan anak dalam bilik hotel? Batalkan niat itu sekarang!
Ya, mungkin kalian berdua sudah lama tidak dating berdua tanpa anak-anak. Lagipun, apa salahnya? Anak tidur lena, monitor untuk bayi ada, pekerja hotel boleh menghubungi anda jika ada apa-apa, dan anda hanya makan di restoran bawah hotel!
Tapi, perbuatan itu mungkin mengundang bahaya.
Fikir semula tindakan anda…
Baru-baru ini, tindakan sepasang ibu bapa yang meninggalkan anak mereka tidur berseorangan di dalam bilik hotel dikecam hebat masyarakat. Alasan ibu bapa terbabit, mereka hanya pergi makan di restoran bawah hotel!
Akan tetapi, sesetengah komen pedas yang ditinggalkan untuk mengecam tindakan pasangan itu nyata bernas. Salah satu komen tersebut adalah:
“Ia satu langkah bodoh! Ramai orang ada akses untuk bilik hotel. Anda membahayakan anak anda sendiri!“
Tapi, mengapa masyarakat amat mengecam tindakan pasangan tersebut?
Semuanya kerana hal ini.
12 tahun lepas, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun telah hilang dari bilik apartmen yang disewa ibu bapanya ketika percutian di Portugal! Dan kanak-kanak itu masih tidak dijumpai sehingga kini!
Kes kehilangan Madeleine McCann
Kes kehilangan Madeleine McCann mungkin telah berlaku 12 tahun dahulu dan masih belum diselesaikan hingga kini. Namun penekanan utama di sini adalah bahaya meninggalkan kanak-kanak tidur seorang diri.
Menurut laporan The Sun, Madeleine adalah seorang kanak-kanak yang ceria dan lincah. Usianya bakal masuk 4 tahun sebelum dia tiba-tiba hilang dari apartmen Praia da Luz pada tanggal 3 Mei tahun 2007.
Kini, Madeleine sepatutnya berusia 16 tahun. Semuanya bermula apabila ibu bapa Madeleine, Kate dan Gerry mengambil keputusan untuk pergi makan malam di restoran berhampiran selepas Madeleine tidur.
Selepas pukul 10 malam, mereka pulang ke bilik dan mendapati Madeleine hilang dan tingkap bilik kanak-kanak itu pecah!
Kes ini mendapat perhatian ramai dan kembali panas pada tahun 2017 apabila teori mendapati Madeleine mungkin keluar dari bilik untuk mencari ibu bapanya, dan diculik pelaku pemerdagangan manusia!
Apa yang pasti, kanak-kanak itu hilang setelah dibiarkan tidur berseorangan dalam bilik!
Tiada penangkapan dilakukan, walaupun beberapa suspek telah dikenal pasti. Ibu bapa mangsa juga pernah dituduh sebagai suspek kejadian! Tetapi semua tuduhan telah dijatuhkan dan kes ini ditutup pada tahun 2008 sebelum ia dibuka kembali.
Siasatan masih dijalankan sehingga kini. Namun, kes kehilangan Madeleine kekal menjadi antara kes kehilangan kanak-kanak yang paling misteri. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori mengekori rapat kes ini, namun Madeleine masih tidak dijumpai hingga kini.
Pada bulan April tahun 2012, pasukan polis United Kingdom telah mengeluarkan sebuah gambar yang dijana komputer menunjukkan anggaran muka Medeine ketika berusia 9 tahun. Gambar tersebut seperti di bawah:
Langkah berjaga-jaga untuk ibu bapa
Oleh itu, ibu bapa semua — anda diminta untuk sentiasa berhati-hati. Perbuatan meninggalkan anak berseorangan boleh mengundang bahaya!
Tetapi jangan risau, anda masih boleh menikmati masa berdua dengan pasangan, walaupun dengan anak-anak! Cubalah kreatif sedikit. Mari tengok bagaimana anda boleh merapatkan hubungan sambil memastikan anak-anak selamat:
- Ubah rancangan – jika anda fikir boleh check-in hotel dan biar anak tidur sebelum anda dating, ubah rancangan sekarang!
- Romantis dalam bilik – anda boleh saja pesan makanan hingga dalam bilik (jika bercuti). Atau, hias bilik seromantik habis, dan nikmati makanan sambil lihat pemandangan.
- Ambil pengasuh – ini perkara wajib! Jika anda benar-benar ingin berduaan dengan pasangan, upah pengasuh untuk menjaga anak-anak anda! Tak kisahlah siapa pengasuh itu — mungkin anak saudara, mak, nenek, kawan dan lain-lain. Pastikan pengasuh ini juga boleh dipercayai!
- Sesetengah hotel atau penginapan ada menyediakan perkhidmatan “jagaan” untuk menjaga anak-anak tetamu.
Usah pandang rendah isu meninggalkan anak seorang diri ini. 12 tahun lalu, Madeleine telah hilang dan tak dijumpai sehingga kini. Mana tahu, tanpa pengawasan anda… anak anda yang bakal menjadi mangsa seterusnya! Elakkan, Ya Tuhan!
Sumber rujukan: The Telegraph, The Sun, dan CNN