6 trik bagaimana Puteri Diana ajar Putera William dan Putera Harry makan sayur

undefined

Mungkin sukar untuk ibu ajar kanak-kanak makan sayur. Jadi, Chef diraja Amerika ini akan merungkai bagaimana tips memasukkan sayur dalam makanan anak.

Seorang chef diRaja American, Chef Darren McGrady telah merungkai kisah pemakanan Putera Harry dan Putera William iaitu bagaimana trik Princess Diana untuk mengajar anak-anaknya makan sayur.

Walaupun kedua-dua putera ini tidak cerewet soal pemakanan, namun masih ada beberapa tips yang dikongsikan oleh mereka yang sesuai untuk anda mencuba. Ia merupakan cara mudah untuk ajar kanak-kanak makan sayur.

Jadi jom guna 6 trik dari Puteri Diana ini untuk ajar anak-anak kita makan sayur!

6 trik ajar kanak-kanak makan sayur dari keluarga diraja Amerika

1. Mula ketika kecil

kanak-kanak makan sayur, sayur dan kanak-kanak, cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur makanan kuatkan ingatan anak

Melalui perkongsian McGrady, semasa menghantar anak-anak diraja itu ke nurseri, mereka sudah diajar dan diperkenalkan dengan sayur-sayuran sedari kecil. Nurseri diraja itu bukan hanya bertujuan mengasuh semata-mata tapi turut mendidik anak-anak diraja itu.

Malah, pengasuh di nurseri tersebut turut mengawal menu harian dan memastikan Putera William dan Putera Harry mengambil banyak sayur-sayuran sihat. Mereka juga memperkenalkan makanan orang dewasa tapi masih dalam menu dan kuantiti yang sihat.

2. Memperkenalkan makan orang dewasa

Ketika berada di meja makan, Puteri Diana akan menghiburkan anak-anaknya dengan menghidangkan makanan seperti mana orang dewasa makan.

Lebih mudah lagi, kedua-dua putera tidak pernah cerewet apabila makanan dihidangkan di hadapan mereka. Ini kerana, kanak-kanak akan berasa bosan apabila dihidangkan makanan kanak-kanak setiap hari.

Jadi tak ada salahnya, sesekali beri makanan dewasa kepada mereka.

3. Buatkan sayur menjadi potongan kecil

kanak-kanak makan sayur, sayur dan kanak-kanak, cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur makanan kuatkan ingatan anak

Kanak-kanak akan rasa kecewa apabila melihat pinggan yang terhidang hanya berisi sayur-sayuran sahaja. Pendek kata tak ada kreativiti.

Jadi untuk membangkitkan selera anak, boleh mencampurkan sayuran-sayuran yang pelbagai dalam satu hidangan seperti yang dilakukan Chef di raja ini. McGrady akan memotong brokoli dalam potongan kiub dan menambah kentang lenyek ke dalamnya.

Selain turut menghidangkan kubis bunga dalam pinggan anak diraja itu.

4. Hidangkan makanan kegemaran anak-anak

Setiap hari Sabtu, Putera William dan Harry akan berlatih tenis. Sesudah itu. mereka akan mendapatkan muffin comel di bar snek di sana.

Selain itu, mereka juga menyukai jeli lembut dan mentega kacang. Trik lain dikongsikan adalah memperkenalkan makanan baru kepada anak-anak anda. Cuba tambah bahan yang anda tahu anak suka. Contohnya, sekiranya anak-anak sukakan sate ayam jadikan ia menarik dengan pelbagai sos kacang.

5. Jangan terlalu banyak peraturan ketika makan

kanak-kanak makan sayur, sayur dan kanak-kanak, cara meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur makanan kuatkan ingatan anak

Walaupun Puteri Diana suka kanak-kanak makan sayur terutama William dan Harry tetapi ada ketikanya dia akan membawa mereka ke McDonald juga. Sedikit sebanyak ia menggembirakan anak-anaknya yang ketika itu masih kecil.

Menurut McGrady, ada hari tertentu Puteri tersebut akan letakkan kebebasan untuk memilih makanan dan memenuhi permintaan anak-anak. 

6. Biarkan anak-anak bantu memasak

Pernah satu ketika, Harry mempelajari ilmu masakan dan mencubanya di rumah. McGrady turut menyatakan kanak-kanak akan rasa teruja untuk bantu memasak di dapur dan ada ketikanya orang dewasa dapat belajar sesuatu daripada anak kecil.

Walaupun anda seorang tukang masak terhebat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto kredit :  Pop Sugar

Sumber : thekitch, today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/makanan-minda-yang-terbaik-kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!