Doktor sahkan Elyana berpotensi lumpuh kerana selnya makin merebak!

lead image

Sama-sama kita mendoakan semoga Elyana cepat sembuh dan kuat berjuang melawan kanser itu

Pelakon dan penyanyi terkenal, Emeelya Elyana Emrizal atau lebih mesra disapa Elyana sedang bertarung nyawa dengan kanser limfoma tahap 4 kini. Malah, ia dikatakan boleh menyebabkan dia lumpuh

Suaminya, Khairul Anuar Hussin memberitahu Harian Metro bahawa kanser isterinya itu telah merebak ke bahagian tulang belakang. 

Menurutnya lagi, pada minggu lalu, Elyana mengadu kakinya seolah kebas dan tidak boleh berjalan. Kemudian, dia mengambil ubat tahan sakit namun tidak pulih. Ketika itu barulah Khairul memutuskan untuk membawanya ke hospital. 

Semasa di hospital, doktor mengesahkan  kanser limfoma tahap 4 beliau telah merebak ke tulang belakang. 

Doktor juga menyarankan penyanyi tersebut menjalani radioterapi dengan segera atau dia boleh menjadi lumpuh.

Oleh sebab itu, Elyana akan menjalani 10 sesi radioterapi yang akan disusuli bersama kimoterapi. 

Elyana derita kanser limfoma tahap 4 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/elyana 1.jpg Doktor sahkan Elyana berpotensi lumpuh kerana selnya makin merebak!

Terdahulu, penyanyi Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap 4 atau kelenjar tahap empat ketika tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza (GV4), tahun lalu. 

Penyanyi berkenaan memberitahu, dia disahkan menghidap kanser tersebut selepas melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu. 

Pernah satu ketika dahulu, dia mengilangkan diri kerana berubat. Namun kos perubatan yang menelan jumlah wang besar menyebabkan dia menggunakan alternatif lain. 

Elyana turut berkongsi, dia fobia untuk tidur di sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

Dia turut menambah, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana perlu menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah, tubuh yang mengembang dan rambut gugur. 

Dia juga mengingatkan pesakit kanser yang lain supaya terus positif dan berjuang melawan penyakit itu. 

Ciri-ciri pesakit kanser limfoma tahap 4 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/BH 20181026 ELYANA 8 3599226.jpg Doktor sahkan Elyana berpotensi lumpuh kerana selnya makin merebak!

  • Kalenjar limfa membengkak dan menjadi ketulan. Namun ia tidak membuatkan pesakit rasa sakit. Ketulan ini biasanya tumbuh di bahagian sekitar leher, ketiak dan pangkal peha. 
  • Berasa penat, lesu dan kurang bermaya kerana kanser limfoma boleh membuang sumber tenaga dalam tubuh manusia. 
  • Hilang berat badan tanpa sebab  
  • Berpeluh di malam hari kerana suhu badan meningkat lebih daripada tahap biasa. 
  • Kegatalan yang teruk juga merupakan ciri-ciri limfoma biasanya terjadi di bahagian tangan, kaki, bawah kaki atau seluruh anggota badan.
  • Demam hingga suhu meningkat lebih tinggi daripada biasa dan boleh mencecah sehingga 37.5 c. 

Khairul berharap peminat dan pengikut setia Elyana berdoa untuk pemulihan kesihatan penyanyi kesayangan ramai itu. 

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar Elyana kekal kuat untuk mengharungi cabaran ini. Buat peminat-peminat beliau, jangan lupa mengirim doa buatnya dan sentiasa memantau kesihatan diri.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Asiaone, Berita Harian, Iluminasi 

Baca juga:

Pemergiaan Syahid – Bintang Syurga Yang Terkorban Kerana Kanser Limfoma

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!