Bayi Bakal Buta Kerana Kanser Mata - Ibu Tahu Tanda Kanser Mata Kanak-Kanak?

lead image

Seorang kanak-kanak bakal kehilangan mata kiri kerana Retinoblastoma. Kanser mata ini hanya menyerang kanak-kanak, jadi anda perlu tahu tanda-tandanya!

Pernah tak anda dengar tentang kanser Retinoblastoma? Ia merupakan kanser mata yang menyerang kanak-kanak. Kanser ini jarang berlaku, tapi seorang bayi sembilan bulan bakal hilang mata kirinya kerana kanser ini!

Akibat kanser mata, bayi ini bakal buta sebelah mata

Faraz Ahmed, bayi berusia sembilan bulan yang berasal dari Pakistan ini telah didiagnos dengan kanser Retinoblastoma selepas berlaku pembengkakan pada mata kirinya.

Ibu Faraz, Rubina Ahmed berkata, tiga minggu lepas, mata anaknya normal seperti kanak-kanak lain.

“Tiga minggu yang lepas, Faraz demam dan secara tiba-tiba mata kirinya mula bengkak.

“Kami membawanya ke hospital dan doktor hanya memberikan ubat. Tapi, beberapa hari selepas itu, benjolan pada matanya mula kelihatan.

“Bimbang melihat keadaanya, kami terus mengejarkan anak kami ke hospital.” kata Rubina.

Selepas melihat mata Faraz, doktor sarankan Rubina dan suaminya Fayaz Ahmed untuk menghantar anak mereka ke hospital lain yang terletak di Karachi, 200 batu jauh jauh dari tempat tinggal mereka.

src=http://lifeinnaples.net/magazinewp/wp content/uploads/2016/03/retinoblastoma.jpg Bayi Bakal Buta Kerana Kanser Mata   Ibu Tahu Tanda Kanser Mata Kanak Kanak?

Kredit: Life In Nepal Magazine

Doktor di hospital di Karachi mengatakan mereka perlu melakukan pembedahan untuk membuang mata kiri Faraz bagi mengelak ia dari merebak ke satu badan.

Fayaz yang hanya bekerja sebagai penjual minuman tepi jalan ini terkejut selepas mendengar keterangan dari doktor.

“Hampir gugur jantung saya bila doktor beritahu perkara itu. Tapi, ini saja cara untuk saya selamatkan nyawa anak saya.

Ali Tahir, Doktor dan Pakar Onkologi berkata yang Faraz perlu menjalani pembedahan ini dengan segera dan mata kirinya harus dikeluarkan.

“Malangnya itu satu-satunya rawatan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawanya,” katanya.

Apa tanda kanser mata Retinoblastoma pada kanak-kanak?

src=https://cached.imagescaler.hbpl.co.uk/resize/scaleWidth/620/cached.offlinehbpl.hbpl.co.uk/news/PGH/Baby Front cdp 20130910123307158.png Bayi Bakal Buta Kerana Kanser Mata   Ibu Tahu Tanda Kanser Mata Kanak Kanak?

Kredit: GPonline

Retinoblastoma adalah kanser yang menyerang kanak-kanak. Kerana ia merupakan kanser yang jarang berlaku, ujian untuk mengesan kanser ini tak dilakukan.

Tapi, ibu bapa boleh mengesan kanser mata ini dengan lebih awal. Jadi, penting untuk anda sering periksa perubahan pada mata anak anda.

Ini antara beberapa tanda yang perlu anda perhatikan:

Jika anda melihat tanda-tanda ini berlaku pada mata anak, cepat bawa anak ke hospital untuk diperiksa.

Penting juga untuk anda sentiasa melihat apa-apa perubahan pelik yang berlaku pada anak anda supaya anda dapat menanganinya dengan lebih awal.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: 

Perkongsian ibu ini menyelamatkan nyawa anak orang lain dengan kanser mata!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!