Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!

lead image

Kanser prostat paling kerap berlaku pada lelaki! Anda risau? Ehemmm.. dengar kata ejakulasi yang lebih kerap boleh mengurangkan risiko kanser prostat? Betul ke?

Risau tentang kanser prostat?

Kanser prostat adalah kanser yang paling kerap berlaku dekat lelaki! Prostat adalah kelenjar bersaiz “walnut” yang ada di belakang zakar, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekitar uretra.

Prostat penting untuk menghasilkan cecair air mani. Tapi, bila kanser menyerang prostat, anda dalam bahaya!

Jika anda seorang lelaki (atau isteri) yang bimbang tentang kanser prostat, ada satu langkah pencegahan yang anda boleh buat dalam bilik tidur sendiri untuk mengurangkan risiko kanser.

Buat apa? Ha…

Menurut beberapa kajian, ejakulasi secara kerap sama ada semasa seks, semasa anda melancap, atau semasa tidur, terbukti mengurangkan risiko kanser prostat!

Kaitan:

13 Bukti Hubungan Seks Buat Wanita Makin Cantik

Adakah ejakulasi sangat berkesan untuk kanser prostat?

Menurut kajian 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Urologi Eropah, ya, ia agak berkesan!

Kajian melibatkan 32,000 lelaki yang direkod sejak tahun 1992 hingga 2010. 

Mereka mendapati lelaki yang melakukan ejakulasi lebih daripada 21 kali sebulan dalam usia lingkungan 20 tahun, kurang mengalami risiko kanser sebanyak 19%.

Peluang mereka untuk mendapat kanser prostat lebih kurang daripada mereka yang hanya melakukan ejakulasi sebanyak 7 kali sebulan ataupun kurang.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/toilet paper.jpg Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!

Sumber gambar: Teenlife

Lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun pula macam mana?

Untuk lelaki dalam lingkungan 40 tahun, anda boleh mengurangkan risiko sebanyak 22%.

Menurut Jennifer Riders, penyelidik kajian – ejakulasi dan aktiviti seks yang selamat sepanjang dewasa adalah stategi yang baik untuk mengurangkan risiko kanser prostat.

Namun, kajian tidak memutuskan beberapa kali seorang lelaki harus berejakulasi untuk mengurangkan risiko.

Tapi, doktor mencadangkan hubungan intim perlu dilakukan dengan kerap. Semakin kerap ejakulasi berlaku, semakin rendah risiko kanser prostat.

Ini bukan kali pertama penyelidik telah mengkaji kaitan tentang kekerapan ejakulasi dengan risiko kanser.

Pada tahun 2003, satu pasukan penyelidik dari Australia telah membandingkan kekerapan ejakulasi kira-kira 2,300 lelaki.

Separuh daripada peserta kajian ini telah didiagnosis dengan kanser prostat. Mereka mendapati perbuatan ejakulasi 5-7 kali seminggu boleh mengurangkan kemungkinan kanser sebanyak 36% berbanding mereka yang berejakulasi sebanyak 2 kali seminggu.

Tapi, penyelidik tak pasti mengapa ejakulasi boleh mengurangkan risiko kanser…

src=https://media.giphy.com/media/8GbvxxFHJDBa8/giphy.gif Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!

Giphy

Riders memberitahu Reuters yang pasukannya mempunyai satu teori tentang kaitan ini:

“Kekerapan ejakulasi adalah ukuran taraf kesihatan secara keseluruhan seorang lelaki. Jika mereka melakukan ejakulasi yang sangat rendah (0 – 3 kali sebulan – mereka lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan dan mati awal kerana sebab-sebab lain dan bukannya kerana kanser prostat. “

Namun, kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti mekanisme biologi yang bertanggungjawab untuk mengurangkan risiko ini.

Sumber: Attn

Baca juga:

Wanita Muslimah Tulis Buku Panduan Seks Halal Yang “The Bomb”!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!