theAsianparent Logo

Ibu ini tak sangka sakit ketika menyusu sebenarnya tanda kanser servik yang menggerunkan!

Ibu, jika anda merasakan ada yang tidak 'kena' pada tubuh selepas melahirkan bayi, segera jumpa doktor agar kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik!

Tak siapa menduga. Jika dulu kita sihat, kuat, berani dan bertenaga. Tapi tak siapa tahu, tiba-tiba kita boleh jatuh sakit. Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu 38 tahun, Louise Gleadell yang menghidap kanser servik ini.

Beliau menghidap kanser servik selepas mengalami kesakitan pada payudaranya semasa menyusukan anak. Ia sebenarnya merupakan salah satu simptom kanser servik! Ibu cekal ini mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Joe, 12, Mateo, 10 dan Jude 22 bulan. 

kanser servik, pap smear untuk kanser serviks, tanda-tanda awal kanser, kanser pada wanita mengandung, kanser pada wanita hamil, penyebab kanser, kanser ovari wanita,

Simptom kanser servik boleh dikesan apabila ibu alami kesakitan pada payudara ketika penyusuan?

Tidak gentar untuk berkongsi kisahnya di Facebook, Louise mengatakan ketika menyusukan anak bongsunya, Jude (ketika itu berumur 5 bulan) dia berjumpa doktor. Pada masa yang sama, beliau menceritakan kepada doktor tentang kesakitan yang dialami semasa menyusukan bayinya.

Namun, doktor tersebut beranggapan kemungkinan air susu Louise terlalu banyak atau beliau mempunyai anak lagi selepas berehat panjang dari hamil. 

Tapi Louise berasa tidak sedap hati apabila anak bongsunya berumur 9 bulan. Louise melakukan ujian kesihatan. Daripada scan dan ujikaji yang dibuat, didapati Louise menghidap kanser servik peringkat 2!

kanser servik, pap smear untuk kanser serviks, tanda-tanda awal kanser, kanser pada wanita mengandung, kanser pada wanita hamil, penyebab kanser, kanser ovari wanita,

Ibu cekal hadapi derita kanser servik demi anak 

Siapa yang tak sedih dan bimbang apabila mengetahui diri tidak sihat atau ada kanser. Malah, Louise hanya memikirkan tentang anak-anaknya sahaja terutama yang paling kecil, yang memerlukan lebih banyak perhatian daripadanya.

Lebih menyedihkan, doktor memberitahu keadaannya semakin kritikal dan perlu menerima rawatan lanjut kimioterapi dan radiasi dengan harapan beliau dapat pulih dari penyakit kanser servik ini dan hidup bahagia bersama keluarga juga anak-anak. 

Namun begitu, semakin hari kanser yang dialami oleh ibu ini makin teruk. Walaupun tahu dirinya tidak akan hidup lama tetapi demi anak-anak, beliau tetap meneruskan perjuangan merawat kanser itu.

Beliau tetap melakukan radioterapi seperti mana doktor sarankan. 

kanser servik, pap smear untuk kanser serviks, tanda-tanda awal kanser, kanser pada wanita mengandung, kanser pada wanita hamil, penyebab kanser, kanser ovari wanita,

Kondisi kesihatan semakin teruk 

Keadaan semakin teruk apabila Louise turut mengalami tumor otak dan buah pingang yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam pada itu, Louise menggunakan khidmat pakat swasta untuk merawat penyakitnya iaitu Hallwang Clinic yang terletak di negara German.

Namun, kos rawatan agak mahal dan dia meminta sumbangan melalui Facebook miliknya. 

Sakit ketika penyusuan bayi: Apa yang patut anda buat?

Ibu, jika anda mengalami simptom yang sama seperti ini sebaiknya segera berjuma doktor. Beberapa perkara anda perlu ingat: 

  • Pertama kali anak menyusu badan lebih kurang 30 hingga 60 saat ibu akan berasa sedikit tidak selesa. Ada juga ketikanya ibu tidak tahu menyusu anak dengan cara yang betul hingga sukar menyusukan bayi. Tetapi, akhirnya anda akan rasa selesa nanti. Jika tidak dapatkan nasihat dari doktor O&G. 
  • Jika anak tidak menyusu dengan betul dan sekadar menghisap puting ibu, anda akan berasa sakit dan tak selesa. 
  • Sekiranya berasa berat pada buah dada tetapi susu tidak keluar semasa penyusuan. Sebaiknya anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Jika tidak anda akan alami bengkak susu yang parah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya