Ibu anak 3 maut lepas doktor kata dia "terlalu muda" untuk kanser usus

lead image

Kanser usus antara pembunuh senyap kedua tertinggi di Malaysia. Tanda penyakit tidak kelihatan pada peringkat awal sehinggalah ia sudah terlambat seperti kes ibu ini.

Kisah menyayat hati tentang pesakit kanser usus besar

Bayangkan anda baru saja berusia 32 tahun dan lambat didiagnosis dengan kanser usus besar sehingga meragut nyawa anda sendiri. Inilah yang terjadi pada ibu malang ini. 

Nicole Yarran, dari Australia tidak sihat sejak beberapa tahun lalu. Beliau berjumpa doktor namun kanser itu tidak pernah didiagnosis oleh doktor bertugas. 

Jika doktor berjaya mengesan kanser itu lebih awal, ia mungkin mampu dirawat. Namun semuanya hanya terbongkar apabila Nicole hamil anak ketiganya. Ketika itu baru beliau tahu yang beliau menghidap kanser usus. 

kanser usus besar

Kredit: Facebook

Doktor kesan kanser usus hanya selepas mengandung

Menurut laporan Yahoo!, Nicole telah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat sejak tahun 2015 lagi. Ketika itu, beliau menghadapi masalah seperti berak berdarah, sakit di bahagian perut dan cirit-birit. 

Nicole baru berusia 30-an dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Doktor menjalankan beberapa ujian untuk mengesan punca penyakit Nicole.

Selepas ujian dikaji, doktor mengesahkan beliau menghidap sindrom irritable bowel atau ketidakselesaan pada usus. Nicole tidak mempertikaikan diagnosis tersebut tapi beliau percaya mungkin ada sesuatu yang tidak kena. 

Tiba-tiba apabila Nicole hamil anak ketiga, beliau digemparkan dengan berita kanser kolorektal (usus besar) yang dihidap beliau. Semuanya terbongkar apabila ujian imbasan kehamilan menunjukkan sesuatu yang aneh. 

kanser usus

Kredit: Cleveland Clinic

Doktor menemui tanda-tanda kanser di hatinya. Selepas menjalani pemeriksaan lanjut, doktor mendapati Nicole menghidap kanser usus yang biasanya terjadi pada warga tua. 

Nicole sempat melahirkan anaknya, namun kesihatan Nicole semakin teruk. Akhirnya pada bulan September lepas, Nicole maut akibat terlambat menjalani rawatan. 

Kes kanser kolorektal di Malaysia

Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Kanser usus adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia. 

Sehingga kini, ramai yang menganggap kanser usus sebagai satu “pembunuh senyap” kerana simptom penyakit tidak akan kelihatan pada peringkat awal. Sebab ia tidak nyata, doktor mungkin menyalah tafsir kanser tersebut sebagai masalah lain.

Kanser usus lebih berisiko terjadi pada mereka yang berusia 40-an, namun golongan muda juga tidak terkecuali menghidap kanser ini akibat persekitaran dan faktor-faktor lain. 

Siapa berisiko menghidap kanser kolorektal?

  • Jika anda/keluarga terdekat menghidap polip kolorektal atau kanser kolorektal
  • Jika anda ada penyakit radang usus seperti ulcerative colitis dan Crohn’s disease
  • Jika anda ada sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser kolorektal

Apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dalam kes ini adalah anda perlu peka tentang kesihatan diri anda. Jaga pemakanan dan gaya hidup anda. Jika anda mengesyaki sesuatu, segera dapatkan pandangan dan nasihat doktor pakar.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Yahoo!, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari