Karangan Untuk Ibu Bapa Daripada Pembaca 13 tahun yang Berjaya

undefined

Berikut adalah beberapa tips yang saya ada untuk menanamkan minat membaca dalam anak sepanjang hayat.

Dalam satu karangan bertajuk “Bagaimana Saya Belajar Membaca,” seorang anak gadis berusia 13 tahun, Bianca Florence, ada berkongsi beberapa strategi bagaimana memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.

Jom kita baca dan menghayati perkongsian jujur dari hati oleh anak yang bijak ini.

“Bagaimana saya belajar membaca” oleh Bianca Florence.

Karangan Untuk Ibu Bapa Daripada Pembaca 13 tahun yang Berjaya

Saya suka membaca. Ia merupakan satu kemahiran yang penting dalam kehidupan saya.

Kemahiran membaca saya telah membantu saya sepanjang tadika, sekolah rendah, dan sekolah menengah dan saya yakin kemahiran membaca  akan membantu saya pada masa akan datang.

Berikut adalah bagaimana ia berlaku.

Ibu saya mengajar saya membaca sejak saya masih bayi menggunakan kad indeks yang mempunyai perkataan dan tulisan tangan di atasnya.

Dia kemudian mengajar saya untuk membaca melalui permainan yang membentuk perkataan atau ayat mudah dengan kad tersebut.

Pembelajaran cara ini dipenuhi dengan banyak gelak ketawa, keseronokan dan kegembiraan.

Saya rasa yang belajar membaca sedari awal adalah sesuatu yang sangat istimewa dan akan saya ingat selalu.

Kemudian, saya masuk ke tadika dan saya adalah satu-satunya murid yang tahu membaca.

Pada mulanya saya mengaku, saya menyembunyikan daripada guru saya yang saya boleh membaca.

Saya tidak tahu mengapa, tetapi apabila guru tadika melihat saya boleh membaca, dia seperti tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia membuat saya berasa istimewa. Dia bangga dengan saya, dan ia mempunyai kesan yang besar pada saya.

Saya mahu menjadi seorang pelajar yang hebat. Sejak itu, membaca bukan sahaja mempengaruhi kerja saya di sekolah tetapi juga aspek lain dalam hidup saya seperti rutin harian saya.

Rutin awal sebelum tidur.

Karangan Untuk Ibu Bapa Daripada Pembaca 13 tahun yang Berjaya

Sepanjang hidup saya, saya telah mempunyai rutin tidur yang konsisten.

Ibu bapa saya akan membaca dengan saya di katil dan kami akan memilih cerita yang mempunyai kaitan dengan aktiviti yang saya lakukan baru-baru ini.

Setiap Halloween, kami akan membaca The Teeny Ghost dan pada bulan Christmas, kami membaca The Mouse Before Christmas.

Kami membacanya berulang kali setiap tahun, dan saya sangat teruja apabila masuk musim yang berbeza dan tertunggu-tunggu untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan musim itu.

Kegembiraan membaca ini telah dipupuk dalam diri saya sejak itu, dan saya fikir membaca adalah sebahagian daripada personaliti saya.

Ia telah membantu saya untuk menonjol di sekolah kerana saya dapat menambah pelajaran kelas.

Oleh kerana saya telah membaca banyak buku mengenai pelbagai topik, guru-guru saya sentiasa boleh bergantung kepada saya untuk meneruskan topik perbincangan.

Membaca secara berdikari.

Karangan Untuk Ibu Bapa Daripada Pembaca 13 tahun yang Berjaya

Walaupun saya sentiasa suka membaca dengan ibu saya, saya paling suka baca sendiri.

Saya banyak membaca buku misteri, dan saya benar-benar terpaut dengan idea membaca buku bersiri.

Guru gred pertama saya juga adalah seorang yang minat membaca; apabila dia membaca di kelas, dia akan menggunakan suara watak yang berbeza untuk menarik perhatian saya.

Apabila tiba masa untuk menulis laporan buku pertama saya, guru saya menyerahkan saya salinan The Meanest Doll in the World dan saya mula membaca semasa perjalanan pulang ke rumah.

Saya membaca kesemua 304 muka surat dalam beberapa hari; saya tidak dapat meletakkan buku saya dan tidak mahu berhenti membaca!

Saya berasa amat bangga dapat menghabiskan sebuah buku yang tebal dan ia benar-benar menambah keyakinan saya untuk menangani bahan yang lebih mencabar.

Pada masa kini, setiap kali saya membaca sebuah buku yang baik, ia seperti percutian yang sempurna yang telah membawa saya ke lawatan yang saya impikan (secara imaginasi).

Buku adalah “waktu rehat” saya dari hari yang sukar di sekolah atau pengisi masa yang sempurna semasa menaiki kereta untuk masa yang lama.

Kini, saya berada di sekolah menengah, dan saya masih suka membaca cerita-cerita tentang kisah wanita yang melakukan perkara menakjubkan.

Saya mencari buku-buku yang mencabar saya, bukan kerana perbendaharaan katanya yang sukar atau banyaknya bilangan muka surat.

Tetapi, kerana ia mempunyai watak-watak wanita yang tabah dalam menghadapi cabaran dalam hidup mereka dan mencapai matlamat mereka.

Saya baru sahaja selesai membaca Between Shades of Gray.

Ia merupakan satu cerita inspirasi hidup dan mengisahkan hubungan erat di antara watak Lina dengan keluarganya.

Ia menjadi kegemaran saya yang baru.

Tips kepada Ibu Bapa untuk Meningkatkan Pembacaan Anak-anak Untuk Sepanjang Hayat.

Karangan Untuk Ibu Bapa Daripada Pembaca 13 tahun yang Berjaya

Berikut adalah beberapa tips yang saya ada untuk mana-mana ibu bapa yang ingin menanamkan minat membaca dalam anak mereka untuk sepanjang hayat:

1) Yang paling penting, membaca setiap hari. Ibu saya sering membaca kepada saya.

Bacalah, walaupun anda fikir anak anda tidak memahami apa yang sedang dibaca atau mungkin mereka tidak akan ingat apabila mereka dewasa kelak.

Walaupun sekarang saya seorang remaja, ibu dan saya masih membaca dengan kuat antara satu sama lain pada waktu malam.

Bulan ini, kami sedang membaca Between the Lines. Ia ditulis oleh seorang ibu dan anak perempuan remajanya, dan ia sesuai untuk masa membaca.

Ia seperti kami ada kelab buku kami sendiri!

2) Jika anak anda mempunyai minat yang khas, gabungkannya ke dalam bacaan.

Berikut adalah satu contoh.

Saya suka menyanyi, jadi ibu dan saya akan mencari lirik lagu baru dan menyanyi bersama-sama berulang-kali.

Menyanyi berulang sampai saya dapat membaca dengan sendiri adalah penting. Ibu juga tingkatkan minat saya dalam permainan.

Sehingga hari ini, kami masih bermain permainan lisan seperti Mad Libs, dan turut mengajak semua ahli keluarga bermain bersama-sama.

3) Saya cadangkan ibu bapa membawa anak melawat ke perpustakaan supaya mereka sentiasa ada pilihan yang terbaik, selain daripada bahan bacaan di rumah.

Saya cadangkan masukkan beberapa buku bukan-fiksyen juga, kerana saya sentiasa seronok membaca tentang tokoh-tokoh sejarah seperti Helen Keller dan Albert Einstein dalam siri buku Who Was.

Berikut adalah ringkasan cadangan saya:

  • Mulakan sedari awal; sejak bayi lagi.
  • Membuat membaca rutin harian.
  • Menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan dengan lagu-lagu dan permainan.
  • Berbangga dan puji usaha anak anda.
  • Buat banyak pengulangan.
  • Menyediakan buku yang banyak di rumah seperti di perpustakaan!
  • Memberi perhatian kepada minat anak anda.
  • Membaca fiksyen dan juga bukan-fiksyen.
  • Membaca bersama-sama mencipta hubungan yang rapat

Kesan paling besar  tentang bacaan ialah; ibu saya dan saya begitu rapat sehingga ke hari ini kerana kita banyak menghabiskan membaca bersama-sama.

Ikatan ibu-anak perempuan kami telah tercipta untuk selama-lamanya, dan ia bermula pada hari saya pulang ke rumah dari hospital selepas dilahirkan!

Sejak itu, ibu banyak membaca kepada saya.

Mengimbas kembali keseluruhan zaman kanak-kanak saya, saya kini menyedari bahawa persahabatan datang dan pergi, begitu juga dengan guru-guru, tetapi ibu saya kekal sebagai rakan terbaik dan rakan kongsi saya yang akan sentiasa berada di sisi saya.

Apabila ibu bapa terlibat dalam aspek pembelajaran kehidupan kanak-kanak, sesuatu yang baik akan berlaku kepada kanak-kanak tersebut.

Mereka akan melihat ibu bapa mereka sebagai guru mereka, iaitu seseorang yang berusaha untuk membantu mereka dalam perjalanan hidup mereka dan menjadikan diri mereka lebih baik sebagai seorang manusia!

Rencana diterjemahkan daripada Psychology Today.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!