Tinjauan: Ramai Ibu Bapa Bersetuju Kartun Kanak-Kanak Ini Tidak Bagus Untuk Anak Mereka

undefined

Kartun Peppa Pig semakin menjadi kegemaran ibu bapa dan anak-anak. Tapi ramai juga ibu bapa yang merasakan kartun kanak kanak ini tidak bagus! Apa pendapat anda?

Anda atau anak-anak mungkin amat menggemari kartun kanak kanak yang berasal dari Britain ini. Peppa Pig menayangkan watak utama yang lawak dan tidak takut untuk bersuara. Namun, semakin lama, semakin ramai pula ibu bapa yang merasakan kartun kanak-kanak Peppa Pig ini tidak bagus untuk anak mereka. Ini membuatkan kami tertanya-tanya. Mengapa?

Walaupun kartun kanak-kanak Peppa Pig ini mendapat perhatian seluruh dunia, tapi masih ada ibu bapa yang merasakan kartun ini mendatangkan “masalah” pada anak mereka.

Selepas tinjauan dilakukan oleh pihak theAsianparent, kami menerima jawapannya. Ini 5 sebab kenapa ramai ibu bapa menganggap kartun Peppa Pig tidak bagus untuk anak mereka.

5 Sebab Kartun Kanak-Kanak Peppa Pig Tidak Bagus Untuk Si Kecil

1# Kartun kanak-kanak: Peppa tidak sopan dan kurang ajar pada ibu bapa

kartun, kartun kanak-kanak, kartun kanak kanak, kartun untuk mewarna, kartun untuk kanak-kanak, kartun untuk bayi, kartun untuk anak, kartun untuk belajar, kartun untuk belajar bahasa inggris, kartun untuk anak 2 tahun, kartun kanak kanak, kartun kanak2, kartun kanak-kanak sekolah, kartun kanak-kanak islam, kartun kancil, kartun kanak-kanak 2017, kartun peppa pig, peppa, peppa pig

Kredit: Metro

Peppa selalu menyebut perkataan “silly daddy“, kan? Walaupun ayat itu kedengaran biasa saja, tapi buat kanak-kanak, mesej yang akan diterap adalah tak salah untuk mengejek dan kurang sopan pada ibu bapa.

Dalam salah satu episod, Peppa sengaja mencipta kata laluan “daddy’s fat tummy” agar orang boleh masuk ke rumah. 

Salah seorang ibu bekerjaya berkata beliau terpaksa menerangkan pada anaknya bagaimana kata laluan yang diguna Peppa itu bersifat kurang ajar dan tidak sopan.

Baca juga: 3 kartun yang tidak akan membuatkan anda rasa bersalah membiarkan anak menontonnya

2# Kartun kanak-kanak: Peppa gemar mengarah dan kaki buli

kartun, kartun kanak-kanak, kartun kanak kanak, kartun untuk mewarna, kartun untuk kanak-kanak, kartun untuk bayi, kartun untuk anak, kartun untuk belajar, kartun untuk belajar bahasa inggris, kartun untuk anak 2 tahun, kartun kanak kanak, kartun kanak2, kartun kanak-kanak sekolah, kartun kanak-kanak islam, kartun kancil, kartun kanak-kanak 2017, kartun peppa pig, peppa, peppa pig

Kredit: Netflix

Nabila, seorang ibu dari Utara pula mengatakan kartun kanak kanak ini membuatkan anaknya menjadi suka mengarah dan kurang ajar. 

Maria, ibu dari Sarawak juga bersetuju. Menurut beliau, Peppa bukan saja seorang pembuli malah dia amat menggemari “perhatian”. 

Peppa selalu bercakap buruk tentang keluarga dan kawan-kawannya. Sudahlah dia juga tidak segan silu membuli adiknya, George.

Sebagai role model untuk anak-anak, ini mengajar mereka untuk bersifat celupar dan kaki mengarah. 

3# Peppa tidak menghormati kawan-kawannya

Sebagai seorang ibu bapa, kita mesti mahu anak-anak mudah membuat kawan malah melayan dan menghormati kawannya dengan baik. Tapi, karakter Peppa amat kurang ajar terhadap rakan-rakannya.

Kemudian, ibu bapa Peppa juga tak pernah menegur perbuatannya itu. “I don’t like you anymore! You’re not my bestfriend!” antara ayat yang selalu diucap Peppa.

4# Keluarga Peppa mempromosikan tabiat pemakanan tidak sihat

kartun, kartun kanak-kanak, kartun kanak kanak, kartun untuk mewarna, kartun untuk kanak-kanak, kartun untuk bayi, kartun untuk anak, kartun untuk belajar, kartun untuk belajar bahasa inggris, kartun untuk anak 2 tahun, kartun kanak kanak, kartun kanak2, kartun kanak-kanak sekolah, kartun kanak-kanak islam, kartun kancil, kartun kanak-kanak 2017, kartun peppa pig, peppa, peppa pig

Kredit: YouTube

Peppa bukan satu-satunya karakter dalam kartun kanak kanak ini yang tidak sesuai menjadi role model. Adiknya, George juga sama!

George suka melemparkan tantrum apabila dia tak dapat apa yang dia nak. Dia juga tidak suka sayur dan suka makan kek coklat.

Sebagai role model, ini mengajar anak-anak yang tidak salah untuk ada tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, sedangkan mereka masih muda dan memerlukan khasiat!

5# Peppa selalu cakap “tidak, tidak mahu dan yuck!”

kartun, kartun kanak-kanak, kartun kanak kanak, kartun untuk mewarna, kartun untuk kanak-kanak, kartun untuk bayi, kartun untuk anak, kartun untuk belajar, kartun untuk belajar bahasa inggris, kartun untuk anak 2 tahun, kartun kanak kanak, kartun kanak2, kartun kanak-kanak sekolah, kartun kanak-kanak islam, kartun kancil, kartun kanak-kanak 2017, kartun peppa pig, peppa, peppa pig

Kredit: LeapFrog

Mohd Khairi, seorang bapa kepada 3 anak pula berpendapat kartun kanak kanak Peppa Pig ini mempunyai terlalu banyak ayat/kata-kata yang tidak sesuai untuk dijadikan teladan.

Peppa bukan saja tidak menghormati ibu bapa dan rakan-rakannya, malah dalam hampir setiap episod, Peppa akan membuli ayahnya. Banyak lagi kartun yang sesuai untuk anak-anak anda. 

Adakah kartun kanak-kanak ini bersifat positif?

Mungkin ramai yang mengganggap kartun kanak kanak Peppa Pig ini menggalakkan anak menjadi nakal. Tapi ada juga yang tidak bersetuju. 

Kartun comel ini masih mempromosikan nilai sebuah famili dan bagaimana kita boleh bersifat positif dalam mengharungi kehidupan. 

Malah watak Mommy Pig pun amat bagus kerana beliau penuh sifat sabar dan kasih sayang. Walau apapun pandangan anda, gunakanlah kartun TV untuk kanak-kanak dengan bijak.

Kartun juga boleh membantu mereka belajar. Kalau anak anda suka kartun Peppa Pig ini, pastikan mereka faham yang

  • Kasih sayang dan rasa hormat pada keluarga, rakan-rakan dan orang lebih tua itu penting
  • Jadi ketua tapi bukan pembuli
  • Kena amalkan pemakanan yang sihat (sayur itu bagus!)
  • Jadi diri sendiri
  • Pilih perkataan yang baik dan mulut jangan celupar

Banyak benda berfaedah yang boleh diperoleh oleh anak jika mereka melihat TV, tapi ibu bapa juga perlu ada untuk membimbing dan mendidik mereka.

Jawab segala soalan mereka dengan penuh sabar dan terbuka 😉

Kredit gambar: mamaduckquacks.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak anda ketagih tengok tv? Mari cuba 5 tips berguna dari ibu ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!