4 sebab anak anda harus tengok Tayo The Little Bus berbanding Peppa Pig
Kenapa kartun Korea ini, Tayo The Little Bus menjadi fenomena baru di seluruh dunia? Adakah menandingi kartun Britain yang popular , Peppa Pig?
Kenapa kartun untuk kanak-kanak dari Korea ini, Tayo The Little Bus menjadi fenomena baru di seluruh dunia? Adakah ia lebih baik berbanding Peppa Pig?
Perasan tak, lepas melihat Peppa Pig, anak akan bersikap nakal kerana Peppa Pig?
Nah, anda mungkin mahu memperkenalkannya kepada animasi yang lain, seperti kartun untuk kanak-kanak dari Korea ini – Tayo: The Little Bus .
Kedua-dua animasi adalah disyorkan untuk kanak-kanak berumur tiga dan ke atas, menurut Media Sense Common.
Walaupun sesetengah ibu bapa mendapati kartun popular Peppa Pig menghiburkan dan mendidik, tapi ada sebahagian ibu bapa lain yang prihatin terhadap aspek-aspek yang bermasalah dalam persembahan.
Contohnya seperti cara Peppa bercakap dengan ibu bapanya.
Walaupun agak nakal dengan caranya tersendiri, kartun untuk kanak-kanak Tayo tetap bermain-main, ramah, dan terbuka untuk belajar daripada kesilapan.
Berikut adalah beberapa sebab untuk memperkenalkan anak anda kepada kartun Korea ini!
#1 Kartun untuk kanak-kanak ini menggalakkan tingkah laku positif
Dalam cara yang tersendiri, Peppa Pig menyampaikan mesej yang baik, seperti mencari humor dalam perkara-perkara kecil atau menjadi diri sendiri dan berpegang kepada jati diri.
Tetapi sesetengah ibu bapa berpendapat sikap Peppa boleh menjadi kasar dan nakal, khususnya dalam cara dia bercakap dengan orang dewasa. Contohnya, dia sentiasa mengejek atau memperlekehkan Daddy Pig.
Sementara itu, Tayo tetap menghormati walaupun menginginkan kebebasan, dan dia terus terbuka untuk belajar.
Walaupun dia membuat kesilapan, seperti ketika dia menyimpan rahsia anak anjing yang diselamatkan dari penjaga Hana, dia sering termotivasi oleh kebaikan.
#2 Kartun untuk kanak-kanak Tayo mengutamakan keselamatan!
Tayo dan kawan-kawannya sentiasa mengikuti peraturan jalan dan mengamalkan keselamatan sepanjang masa.
Kartun untuk kanak-kanak ini sentiasa menggabungkan peraturan lalu lintas ke dalam jalan cerita mereka. Ini menekankan kepentingan menghormati pihak berkuasa dan sentiasa selamat sepanjang masa.
Sementara itu, Peppa Pig dikritik oleh ibu bapa selepas menggambarkan watak-watak yang tidak memakai tali pinggang keledar di dalam kereta dan lupa pakai helmet semasa berbasikal.
#3 Kartun untuk kanak-kanak Tayo mengendali situasi kehidupan yang realistik dengan matang
Walaupun menyampaikan cerita tentang bas yang bercakap, kartun kanak-kanak ini masih ingin menyampaikan realiti yang sebenar.
“Walaupun memberi tumpuan lebih kepada kemahiran hidup dan kurang pada 123 dan asas-asas ABC, anak lelaki saya yang berumur 2 tahun dan saya sendiri sukakannya.
Anak saya jatuh cinta dengan roda pada lagu bas dan tentu saja menyukai Tayo ,” tulisan seorang ibu dan pendidik dalam kajian Tayo di media Sense Common .
Sebagai contoh, apabila Tayo tidak menunaikan janji, dia berusaha untuk membaikinya.
Dia tidak cepat mengadu apabila perkara tidak seperti yang dikehendakinya, dan dia sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Peppa Pig selalu merengek ketika dia tidak dapat apa yang dikehendaki.
Apa lagi, sesetengah organisasi percaya Peppa Pig menggalakkan jangkaan yang tidak realistik.
#4 Kartun untuk kanak-kanak Tayo menekankan kepentingan kebaikan dan persahabatan
“Saya tidak suka awak lagi! Anda bukan sahabat saya,” kata Peppa. Ini menjadi kata kunci biasa sepanjang persembahan.
Peppa Pig juga boleh menjadi pembuli kepada adiknya George Pig, dan seringkali mengecualikannya dari permainan.
Tayo, secara terbuka menawarkan kepada budak-budak bas muda untuk membantu mereka mencari jalan mereka. Tayo adalah rakan yang baik.
Sama ada anda seorang isi rumah yang menonton kartun untuk kanak-kanak Tayo atau Peppa , pastikan anda sentiasa meluangkan masa untuk bercakap dengan anak kecil mengenai setiap episod yang mereka tonton.
Walaupun rancangan TV benar-benar mempengaruhi tingkah laku, pelajaran yang diberikan oleh ibu bapa adalah yang paling berkuasa!
Mana antara kedua-dua kartun yang anda lebih suka, kartun Korea atau kartun Britian?
Kami ingin mendengar daripada anda dalam komen di bawah!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkartun-kanak-kanak-pokemon-spongebob/