Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Dari perubahan hormon yang bagaikan 'roller coaster' hinggalah perubahan fizikal yang tidak di sangka, semua ini akan ditempuhi oleh ibu baru. Mari lihat ilustrasi menarik (dan sangat benar) ini.

Wanita akan mengalami perubahan paling ketara ketika dia menjadi seorang ibu. Bermula dari saat hamil, hinggalah ke momen-momen membesarkan anak.

Dari perubahan hormon yang bagaikan ‘roller coaster’ hinggalah perubahan fizikal yang tidak di sangka.

Walaupun setiap cabaran wanita sebagai ibu berlainan, namun Ingebritt ter Veld dan Corinne de Vries telah mencipta ilustrasi tentang pergelutan yang dilalui ibu muda.

Kartun yang diilustrasi olehnya sungguh lucu. Malah, ia memberi gambaran yang tepat tentang perihal seorang ibu.

Cuba anda lihat sendiri, siri ilustrasinya;

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Sesuatu yang tidak dapat disangkal!

Kehamilan betul-betul menjadikan wanita bersahabat baik dengan tandas.

Tidur yang tidak lena akibat kerap bangun ke tandas hingga terasa mahu tidur di tandas. Saya yakin ramai wanita yang sudah melaluinya merasai perkara yang sama.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Tidur yang selesa? Lupakanlah sahaja.

Jika anda merupakan bakal memasuki fasa kehamilan, anda akan memerlukan bantal. Banyak bantal! Oh ya, apabila bayi sudah hadir, waktu tidur bukanlah pilihan.
Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Terlalu sensitif

Ya, anda bukan sekadar sensitif, tetapi akan menjadi terlalu sensitif. Sehingga anda boleh menangis atas sebab yang terlalu remeh. Suami, pujuklah, hormon yang menjadikan mereka begini.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

 

Perkara yang tidak diingini terjadi

Memang banyak perkara yang anda takut akan terbuat, namun ketika hamil, ia terjadi dan ianya diluar kawalan! 🙂

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Orang sekeliling

Memang kita tidak akan dapat lari dari mereka. Ada yang terlalu mengambil tahu hingga membuatkan anda resah.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Perkara menggelikan

Perkara yang sebelum ini mungkin membuatkan anda rasa geli, tidak lagi selepas anda menjadi ibu.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Nikmati saat-saat pertama kali di dalam hidup

Ya, selepas menjadi ibu, ada banyak pengalaman baru yang akan anda lalui. Kadang-kala, ia pengalaman yang tidak pernah terfikir langsung akan terjadi!

Nikmatinya kerana saat pertama kali ini hanya datang sekali seumur hidup.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Cerita seram tentang berpantang

Percaya atau tidak, anda akan melaluinya dan rasa takut itu akan muncul. 

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Payudara

Anda tidak akan lagi dapat melihat payu dara asal anda, seperti sebelum anda menjadi ibu.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Muntah

Jika dulu, anda akan dan mampu untuk mengelak dari muntah. Setelah menjadi ibu, anda akan berkejar kepada anak anda jika dia sedang muntah.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Mengepam susu

Jika Sukan Olimpik ada acara mengepam susu, pasti andalah juara.

Anda obses dengan mengepam susu untuk anak anda. Jika anda tertinggal salah satu bahagian pengepam anda, tiada siapa akan memahami keresahan anda.

Pelukis Ini Melukis Ilustrasi Pergelutan Ibu Muda Dengan Gambaran Yang Tepat

Kembang dan mengecut

Setiap bahagian badan anda umpama belon. Mengembang dan mengecut. Tetapi ada satu bahagian yang tetap akan lebih besar dari sebelumnya, iaitu hati anda yang dipenuhi kasih sayang terhadap si kecil.

Benar bukan apa yang digambarkan oleh artis ini? Ia memang mencabar. Namun ia semuanya berbaloi demi si kecil yang disayangi. 🙂

Sumber: hippegeboortekaartjes

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!