Ibu terkejut kaki anak melecur lepas pakai kasut berlampu jenama terkenal ini!

lead image

Kasut berlampu telah menjadi trend kesukaan kanak-kanak sehingga bertahun-tahun. Tapi anda harus hati-hati dengan bahaya kasut berlampu ini.

Masa kecil-kecil dulu, kalau pakai kasut berlampu memang rasa bangga betul, kan? Mana taknya, dari jauh boleh nampak bercahaja bila jalan!

Dan yang pasti, trend kasut berlampu ini masih popular sampai ke hari ini. Tapi, tahukah anda di sebalik kecantikan kasut ini, ada bahayanya?

Kaki anak ini melecur akibat kasut berlampu

Baru-baru ini, Peyton — seorang kanak-kanak lelaki dari New York telah mengalami luka melecur tahap dua di kakinya. Menurut ibunya, Sherry Foster, kejadian ini terjadi ketika acara Water Day di sekolahnya.

Kasut Peyton basah semasa acara berlangsung. Walaupun sudah memakai sarung kaki, Peyton rasa tak selesa pada kakinya ketika tiba di rumah waktu malam.

“Saya periksa kakinya dan mendapati kakinya merah. Tapi saya fikir mungkin sebab sejuk selepas bermain air di sekolah.” Kata Sherry.

“Keesokkan harinya, dia balik dari sekolah dan berkata kakinya seperti terbakar. Ketika saya periksa, kakinya telah dua kali gamda lebih merah, melecur dan nampak menyakitkan!”

Pada pagi esoknya, Sherry membawa Peyton berjumpa doktor dan doktor merujuk Peyton ke pakar kaki. Doktor bertanyakan soalan tentang apa yang terjadi beberapa hari sebelum ini.

Ketika itu baru mereka menyedari yang lampu LED pada kasutnya tak menyala. 

Saat itulah Sherry dan Peyton menyadari lampu LED pada kasutnya mati.

“Ini menjadi petunjuk bahawa kasut berlampu LED milik Peyton penyebab dia mengalami luka melecur kimia,” Sherry menjelaskan.

Luka melecur kimia tahap dua akibat kasut berlampu

sepatu lampu 3 e1531773976874 Ibu terkejut kaki anak melecur lepas pakai kasut berlampu jenama terkenal ini!

Peyton didiagnosis mengalami luka melecur kimia tahap dua dan tiga di sepanjang telapak dan jari kakinya. Sherry akhirnya faham kasut berlampu Peyton memiliki bateri di dalamnya.

Ketika kasut berlampu itu basah, baterinya mulai mengeluarkan bahan kimia yang membakar kaki Peyton ketika berjalan.

“Saya tidak menyedari hal ini boleh terjadi kerana kasut ini dibuat untuk kanak-kanak, seharusnya ia dibuat dengan cukup selamat.”

“Anak saya seorang yang aktif. Ini sangat mengecewakannya. Ketika kejadian, ia adalah hari pertama cuti sekolah dan Peyton tak boleh keluar bermain dengan kawan-kawannya kerana kakinya dibungkus.”

Peyton menggunakan krim khas yang perlu digunakan selama tiga minggu untuk menyembuhkan luka terbakarnya itu.

Sherry ingin memberi peringatan pada ibu bapa tentang jenama kasut yang terkenal ini.

“Kami selalu membeli kasut dari Skechers dan tak pernah ada masalah. Kasut Peyton jenis Skechers Rays, lampunya mempunyai butang on/off. Ketika kejadian, lampunya tak dibuka.

Jika anda membeli kasut jenis ini, saya sarankan amda untuk tak membiarkan kasut ini basah atau biarkan anak bermain di lecak. Walaupun kanak-kanak sukakan kasut LED seperti ini, ibu bapa perlu terus berhati-hati.”

Respon pihak Skechers terhadap tragedi kasut berlampu

Menurut CafeMom, pihak Skechers tahu mengenai kejadian ini dan mahu bertanggungjawab.

“Produk kasut Skechers telah diuji demi keselamatan pengguna. Skechers adalah jenama keluarga dan telah menjual jutaan kasut lampu ke seluruh dunia tapi belum pernah ada lagi kejadian seperti ini yang berlaku.

“Post ibu Peyton pada 29 June 2018 membuatkan pihak Skechers sedar dengan kejadian ini. Kami telah menghubungi Sherry dan bertamyakan tentamg keadaan anaknya serta meminta agar kasut tersebut dihantar kepada kami.

“Kami akan melakukan penyelidikan. Walaupun kejadian seperti ini belum pernah berlaku, kami akan menangani perkata ini degan serius,” keterangan dari pihat Skechers.

JANGAN lakukan perkara ini jika anak anda menggunakan kasut berlampu LED

sepatu lampu 2 Ibu terkejut kaki anak melecur lepas pakai kasut berlampu jenama terkenal ini!

Kejadian kulit melecur akibat kasut lampu ini memang jarang berlaku. Tapi tak ada salahnya jika kita tetap berhati-hati.

Jika anak anda memakai kasut LED ini pastikan mereka tak lakukan perkara-perkara ini:

  • Jangan biarkan kasut LED basah. Seeloknya, simpan kasut ini bila hari hujan. Walaupun air hujan tak akan rosakkan kasut ini, tapi bahan kimia dalam bateri lampu kasut ini berbahaya.
  • Jangan tinggalkan dalam kereta yang berada di bawah terik matahari. Berhati-hati dengan suhu udara ketika menyimpan kasut. Suhu yang tinggi boleh membuatkan bateri dalam kasut meletup. Simpan kasut di tempat yang tidak terkena matahari langsung.
  • Jangan cuci kasut dalam mesin basuh. Jika anda ingin membersihkan kasut anak, gunakan kain dan air suam serta sabun yang lembut.

Adakah anak anda mempunyai kasut berlampu seperti ini?

 

 

 

 

 

 

Baca juga:

Sebelum pilih fesyen pakaian untuk anak-anak, ibu perlu fikir 10 perkara ini dulu