Ini bahaya anda tak tahu jika anak naik gelongsor pakai kasut getah

lead image

Seorang bapa meletakkan anak di atas riba semasa bermain gelongsor dan kasut getah yang dipakai anaknya menyebabkan anaknya patah kaki

Bila nak cari kasut yang selesa untuk anak, mesti kita nak memilih kasut getah ala-ala Crocs, kan? Mana taknya, kasut macam tu sesuai nak dipakai kalau bercuti dekat pantai tak pun berjalan di mall. 

Tapi ada juga beberapa kemalangan yang terjadi sebab kasut ini termasuklah kaki anak masuk ke dalam lubang eskalator yang tengah bergerak, dan cederakan anak.

Sekarang, seorang ibu nak anda tahu risiko kasut getah dan kali ini apabila ia melibatkan taman permainan. Lebih spesifik, gelongsor dengan anak atas riba ketika anak pakai kasut getah.

Bahaya kasut getah dan letak anak atas riba semasa bermain gelongsor

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/sliding with a toddler on the lap 1.jpg Ini bahaya anda tak tahu jika anak naik gelongsor pakai kasut getah

Seperti petang hari biasa, Matthew dan Kayla membawa anak mereka Emelyn dan Joseph ke taman permainan.

Sudah menjadi kesukaan Emelyn untuk duduk di riba mereka sambil turun dari gelongsor besar. Malah, ribuan ibu bapa membawa anak atas riba semasa bermain gelongsor.

Tapi petang itu, Emelyn memakai kasut getah murah seperti Crocs yang dibeli di pasaraya. Ini saja kasut yang mahu dipakai Emelyn untuk melindungi kaki kecilnya itu.

Ketika mereka turun dari gelongsor, kaki Emelyn mencengkam tepi gelongsor plastik dan kakinya terperangkap antara kaki ayahnya dan tepi gelongsor itu!

Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan kaki Emelyn patah hingga ke tibia dan perlu memakai sarung untuk merawat kakinya!

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/sliding with a toddler on the lap 2.jpg Ini bahaya anda tak tahu jika anak naik gelongsor pakai kasut getah

Kayla lega apabila mendapat tahu yang Emelyn akan sembuh dalam masa beberapa bulan. Tapi dia kongsikan pengalamannya sebagai peringatan kepada ibu bapa tentang bahaya bermain gelongsor sambil meletak anak di atas riba.

Dia berharap kejadian seperti ini tak akan berulang lagi kepada kanak-kanak lain.

“Saya tak salahkan kasut itu atau gelongsor. Saya juga tak salahkan sesiapa atau apa-apa atas kemalangan ini kerana ia adalah: KEMALANGAN.

Ada kemungkinan perkara ini akan berlaku dengan kasut lain atau ketika tak berkasut.

Tapi doktor mengatakan kasut getah membuatkan cengkaman menjadi lebih kuat dari kasut lain. Jadi saya berharap ibu bapa akan lebih berhati-hati jika anak anda memakai kasut jenis ini,”

Menurut doktor, Emelyn akan membuka sarungnya dalam masa 4 bulan, lebih awal dari yang dijangka. Emelyn juga sudah mula merangkak perlahan-lahan untuk bergerak.

Kenapa letak anak atas riba semasa bermain gelongsor berbahaya?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/slide3.jpg Ini bahaya anda tak tahu jika anak naik gelongsor pakai kasut getah

Walaupun sudah banyak kemalangan gelongsor yang berlaku, masih ramai ibu bapa yang meriba anak semasa turun dari gelongsor tanpa berfikir dua kali.

Menurut kajian Universiti Winthrop di New York, 14% kanak-kanak patah kaki disebabkan mereka duduk di riba orang dewasa semasa bermain gelongsor.

Pihak Akademi Kanak-Kanak Amerika pula berkata, saiz dan berat orang dewasa merupakan sebab utama kepada kecederaan kanak-kanak semasa bermain gelongsor.

Kanak-kanak yang turun gelongsor sendiri mempunyai risiko yang lebih rendah untuk cedera berbanding turun dengan orang dewasa.

Penggunaan kasut getah dan cengkamannya juga membuatkan peratus untuk kecederaan serius semakin tinggi.

Jadi, jangan biarkan anak anda turun gelongsor besar bersama anda di atas riba.

Ia mungkin kelihatan tak berbahaya tapi risiko kecederaan adalah tinggi. Biarkan anak anda bermain dengan gelongsor yang sesuai dengan usia mereka dan sentiasa perhatikan mereka di taman.

Apabila anak anda bermain gelongsor sendiri, adalah lebih baik jika mereka tak memakai kasut untuk mengelakkan kealangan seperti Emelyn ini berlaku.

Panduan keselematan semasa bermain gelongsor

  • Kanak-kanak perlu menaiki anak tangga satu persatu sambil memegang pemegang untuk pergi ke atas. Jangan memanjat gelongsor untuk pergi ke atas.
  • Pastikan anak anda duduk dengan tegak dengan kaki ke bawah bukannya kepala atau secara terbalik.
  • Jangan biarkan anak turun bersama rakan sebaya mereka atau berkumpulan.
  • Sentiasa ingatkan anak untuk periksa bawah gelongsor sekiranya ada orang atau apa-apa yang menghalang mereka di bawah sebelum turun.

Ikuti langkah-langkah keselamatan ini, walaupun ia nampak remeh, tapi ia boleh menghalang kemalangan seperti ini berlaku lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore
 
Baca juga:
 
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!