X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

6 min bacaan
40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Jom kita semarakkan cinta dalam rumah tangga dengan mengucapkan 40 ayat cinta untuk suami ini di hari yang istimewa seperti ulang tahun perkahwinan!

Dek kesibukan menguruskan rumah tangga dan hal anak, kadangkala kita terlupa tentang pasangan. Kali ini, kami ingin menampilkan 40 ayat romantik untuk suami agar asmara dalam perkahwinan anda kembali membara!

Ibu boleh guna pakai salah satu cadangan kami di bawah ini dan ubahlah bahagian kata romantik untuk suami seperti yang anda rasa sesuai, ok? Sama ada cakap secara terus, tulis status di laman sosial atau tulis dalam kad ucapan.

Atau jika anda ingin lebih kreatif, tulis dalam surat cinta dan sembur haruman peribadimu. Pasti dia akan ingat sampai bila-bila!

Inilah ayat romantik untuk suami yang kami senaraikan untuk ibu sekalian

ayat cinta untuk suami

Kredit: Unsplash

1. Hari ini aku bersyukur atas pemberian Tuhan yang terindah, iaitu dirimu. Saya sayang awak, suami! Selamat ulang tahun.

2. Suamiku, maafkan aku yang sering berkata kasar kepadamu. Aku rasa menyesal, dari lubuk hatiku yang terdalam. Apapun yang kukatakan, percayalah aku selalu mencintaimu.

3. Terima kasih kerana telah menemaniku dalam perjalanan terindah dalam hidupku. Selamat Hari Kita, sayang!

ayat cinta untuk suami

Kredit: Unsplash

4. Semua bintang berkilauan, tapi hanya satu yang paling bercahaya. Itulah dirimu, suamiku. Happy Anniversary, love.

5. Kita telah meniti hari bersama, melalui suka dan duka. Teruslah berada di sisiku, agar aku kuat melangkah bersamamu mewujudkan semua mimpi kita.

6. Terima kasih untuk hari-hari yang penuh cinta. Semoga ia terus bersemi hingga akhir nanti.

7. Dulu kau telah membuatku jatuh cinta. Namun kini aku sedar, aku sebenarnya jatuh cinta padamu setiap saat.

8. Orang selalu bertanya, mengapa aku mencintaimu? Jawapannya adalah, aku berasa kuat ketika bersamamu.

9. Sayang, kelak kita akan semakin tua. Namun bagiku, kau tetaplah yang terindah.

10. Cinta kita tercipta di atas rasa saling percaya. Kesabaran dan pengertianmu selama ini adalah pendinding yang membuatku tenang dan terlindung.

Ucapan ulang tahun perkahwinan: Dirimu adalah segalanya untukku…

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Kredit: newskini.com

11. Aku pernah mencari separuh hatiku yang hilang. Dan kau membawa sebentuk hati yang utuh. Happy anniversary!

12. Dirimu adalah hadiah terbaik yang dikirimkan Tuhan untukku. Jangan pernah berputus asa kerana aku akan selalu ada di sampingmu. Selamat Ulang Tahun, kekanda.

13.  Suamiku, terima kasih atas semua penat lelah yang harus kau tanggung, demi aku dan buah hati kita.

14. Bilangan tahun yang kita lalui bersama, mengajariku satu perkara. Bahawa tidak ada yang lebih baik dan lebih tulus, selain dirimu.

kata romantik untuk suami, ayat cinta untuk suami, kata romantis buat suami, ayat untuk suami

Kredit: Corsswalk.com

15. Sedih dan bahagia datang silih berganti. Aku tak menyesal semua itu kerana inilah jalan yang kita pilih. Cinta adalah jawapan dan penyelamat kita. Happy Anniversary.

16. Kehadiranmu membuat hidupku penuh warna. Jangan pernah penat membuatku tersenyum.

Stories Rakan Kongsi
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
Zespri Green Kiwifruit – a much needed fibre boost for your child!
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important

17. Jangan pernah berhenti mencintaiku, seperti matahari yang selalu mencintai bumi.

18. Suamiku, kau adalah pahlawan yang sebenar bagiku. Semoga abang terus sihat, kuat dan bahagia.

19. Kadangkala, aku berasa yang aku tidak memerlukan apa pun, kecuali pelukanmu. Masih sudikah abang memelukku dalam setiap sedih dan gembiraku?

20.Kau langit, aku laut. Dan cinta kita selalu bertemu di ufuk bumi. Selamat ulang tahun suamiku!

Ucapan hari lahir buat suami: Kau membuatku kuat…

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Kredit: redaksi.com

21. Kau mungkin tak sempurna. Namun, kau selalu membuatku sempurna. Cinta adalah yang membuat kita sempurna, dan aku bahagia kerana memilihmu.

22. Tahukah engkau, aku tak pernah menduga, bahawa aku memerlukan dirimu setiap saat.

23. Bila cinta adalah udara. Maka, kau adalah nafasnya. Sayang, kau adalah alasanku bertahan. Mari kita bersama saling menguatkan hingga akhir nanti.

24. Kau dan aku. Moga terus menjadi kita, selamanya.

25. Kita seringkali berselisih faham. Namun sejujurnya, aku hanya ingin engkau tak berpaling dariku, kerana aku tak pernah berpaling darimu.

26. Terima kasih telah mendamaikan sisi hitam dan putih dalam diriku. Terima kasih kerana telah menyayangi anak-anakku. Terima kasih atas cintamu. Happy birthday, my love.

27. Aku akan mendampingimu, walau apapun yang akan terjadi. Kerana kita satu. Aku adalah kau. Dan kau adalah aku.

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Kredit: redaksi.com

28. Luatan ini terlalu luas untuk dijelajahi sendirian. Jadilah nakhoda dalam bahteraku hingga maut memisahkan.

29. Jalan sukar yang kita lalui bukanlah sesuatu yang akan memusnahkan cintaku padamu. Peganglah tanganku erat-erat dan mari teruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi utama, syurga kita.

30. Separuh hatiku telah kau bawa sejak hari itu. Separuh jiwamu telah bersamaku sejak pertama kali kutatap matamu. Satu harapanku, setialah selalu.

Ayat romantik untuk suami: Cintamu menerangi hidupku…

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Kredit: redaksi.com

31. Jangan berjalan di depanku, kerana aku mungkin tak dapat mengejarmu. Jangan berjalan di belakangku, kerana engkau mungkin akan kehilangan jejakku. Berjalanlah di sampingku, mari kita hadapi dunia bersama.

32. Wahai angin, sampaikanlah betapa aku sangat mencintai dan merindukannya. Dia jauh di sana, tapi dekat di hatiku. Jarak yang terbentang bukan halangan bagi cintaku padamu, kekasih sejatiku. Selamat menyambut hari kita!

33. Kau datang padaku di saat duniaku gelap gelita. Cintamu adalah pelita yang menerangi jalanku. Hanya Tuhan yang boleh membalas kebaikanmu. Semoga kesihatan menaungi dirimu agar kita boleh tua bersama menyaksikan anak-anak kita dewasa.

34. Ini jalanku, itu jalanmu. Cinta menyatukan jalan kita di suatu persimpangan, dan kita tak akan berpisah selamanya.

35. Jika ‘I love you’ sudah lama engkau tidak dengar dariku, biarkan aku mengatakan ‘I love you’ hari ini. Happy anniversary, honey.

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Kredit: Unsplash

36. Sayang, aku tak pernah mengerti cinta sebelum kita berjumpa. Kau adalah cinta pertama dan terakhirku selamanya. Hug n kiss, husband.

37. Tahun-tahun yang berlalu tak akan memupuskan cintaku padamu, wahai suamiku. Peluk cium, dari isterimu.

38. Untuk kehidupan di syurga, aku tetap ingin menjadi isteri dan bidadarimu. Selamat ulang tahun pernikahan, sayangku.

39. Jika dirimu adalah gula, maka akulah semutnya. Aku telah mencintaimu sejak pertama kita bertemu mata. Semoga kita akan selalu bersama hingga maut memisahkan. Happy birthday, sweetheart.

40. Kau dan aku berjalan berpegangan tangan menuju  ke pentas dunia, tempat kita menyanyikan lagu cinta sepanjang hari. Damaimu adalah damaiku. Sakitmu adalah sakitku. Satu keinginanku, menjadi tua di sampingmu. Happy anniversary.

Wah, indah sungguh ayat cinta untuk suami di atas ini. Ibu, sudahkah anda menjumpai kata-kata indah yang paling menyentuh dan bakal membuat si dia ‘cair’?

Jangan lupa untuk diucapkan agar suami kita tahu apa yang tersemat di hati.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 petanda yang suami atau bakal pasangan itu adalah jodoh sejati anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai
Kongsikan:
  • Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

    Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

  • 8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

    8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

    Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

  • 8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

    8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.